Tabung Masa Depan ...

Tuesday, May 22, 2012

Petua Pelik Orang Dulu2

Salam Selasa Untuk Petua!
Orang dulu2 memang kaya sangat dengan bermacam2 petua.   Tapi pernah tak, you all dengar petua2 yang pelik2.  Ini antaranya yang nak saya sharekan dengan semua.

1.  Kalau tak nak sakit pinggang, kerap asahkan pinggang kita pada kaki tangga sambil baca selawat 3 kali. InsyaAllah, terhindar dari sakit pinggang.

2.  Kalau kena loya dan muntah2 teruk sewaktu kehamilan, ambil tali kasut yang lama dan ikat buat macam rantai dan gantung pakai kat leher.  InsyaAllah muntah2 dan loya itu akan berhenti.

3.  Kalau kaki selalu kena macam ular2 (urat tegang dan menarik) sewaktu hamil, cari akar daun yang banyak menjalar di tepi2 jalan tu. Pastu bersihkan dan ikat dan pakai buat macam gelang kaki. Jangan lupa baca selawat 3 kali masa pasang akar daun tu. InsyaAllah takkan kena ular2 lagi. 

4.  Kalau  tak nak hujan turun waktu majlis kenduri, minta anak2 dara sahaja menyalakan pelita dan letak bawah dapur.  Lepas tu campakkan baju ke atas atap rumah.  InsyaAllah hujan tak kan turun sewaktu majlis.  Satu lagi ambil cili merah dan cucukkan ke lidi.  Lepas tu pacakkan ke tanah dalam pasu bunga.  Pun InsyaAllah hujan tak turun waktu majlis berlangsung.

5. Kalau nak halus dan cantikkan muka, golekkan telur ayam kampung yang baru dikeluarkan oleh ibu  ayam (masih rasa macam suam2 tu) ke muka kita. Tapi waktu masih muda remajalah. InsyaAllah, muka kita akan kekal licin dan cantik sehalus telur dikupas.

Dan satu lagi ni, entah nak share ke tidak..........Ish Ish Ish.. serba salah lak pulak!

.... Kata orang tua2, sebab apa ramai orang dulu2 yang kekal cantik dan berseri wajah walau dah berumur hingga kini?.  Jawapannya ialah dulukan waktu "kawan baik" kita datang, mereka hanya menggunakan kain sahaja sebagai pelapik. Lepas tu, kain akan dicuci untuk dipakai semula.  Jadi selepas mereka mencuci kain lapik yang tersebut, maksudnyer dah bersihlah kain itu tapi dalam keadaan masih basah, mereka menggosok dan mengelapkan wajah dengan kain yang tersebut.  Itulah rahsia kekal berseri hingga kini.  Yang ini saya tak cubalah sebab zaman saya dah gunakan yang ini........................HuHuHu

( ehsan cik google)

Eh,  you all ade tak petua2 yang pelik juga?  Sharelah..........

Lupalak, lagi satu orang dulu suka buat puasa sunat untuk menjaga kesihatan agar kekal sihat. Yang ini tak peliklah dan selamat berpuasa juga pada semua yang berpuasa sunat hari  ini dan di bulan Rejab!

2 comments:

Nurfara Hani said...

Banyak petua ni boley diikut,,

QasehnyaRania said...

ala petua no 5 tu..dah tak boleh buat dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...