Tabung Masa Depan ...

Tuesday, May 08, 2012

Petua Redakan Demam Panas

My bongsu daughter demam semalam.  Perkara yang paling saya takut sekali apabila dia demam adalah, kalau terkena serangan sawan akibat panas badan yang terlalu tinggi.  (Pernah terjadi once at her age of 3).  So saya memang akan sentiasa pantau suhu badan, agar sentiasa mantain dan tidak terlalu tinggi.

Selain dari memastikan dia diberikan ubat2 samada secara oral (sirap paracetamol) or ubat suppositories diberi melalui punggung (stok ubat memang sentiasa ada untuk kes2 kecemasan) kita juga boleh redakan suhu panas badan anak2 dengan cara ini.

Ambil beberapa helai daun limau nipis, bersihkan. Biasanya orang kata boleh juga gunakan daun bunga raya. Kaedahnya sama. Letakkan air dalam bekas dan ramaskan daun2 limau tersebut kemudian sapukan ke seluruh badan anak.  Kalau boleh mulakan dengan bismillah, dan selawat 3 kali. InsyaAllah, akan reda sedikit panasnya. (Serasi atau tidak bergantung kepada masing2lah). Tapi tak salah mencubakan.

(ehsan cik google)
Yang penting, kalau anak2 demam panas, sentiasa basahkan badan dan kepala, pakaikan baju yang nipis dan tidak terlalu tebal. Pastikan anak2 minum air secukupnya. Kalau agak2 susah tu, tampalkan saja "cool fever" kat dahi tu.  Bagi ibu2 baru, yang masih tiada pengalaman, harap ini dapat membantu.

Satu je, my daughter ni, walau demam macammana pun sekolah memang tak pernah skip.  Malam demam teruk, esok pagi lepas makan ubat terus pergi sekolah.  Alasannyer.  adik nak dapat hadiah kedatangan terbaik lagi tahun ini! (Tahun lepas dia dapat hadiah tu!).  


 

5 comments:

pizli said...

Hehehe anak saya pun taknak ponteng walaupun tadika.. Hari tu nak balik kampung yang saya ambik cuti kena tunggu dia habis sekolah baru balik hehe..

mama maman aka yana said...

bagus la tak ponteng.. :)

slm kenal. blogwalking sini..

Kesuma Angsana said...

Salam kenal.. Tq both for the comments. En. Pizli : citer kita samalah, dia ni dah 2nd year @ tadika. Ari tu nak blk kg hari jumaatpun terpaksa tunggu dia pergi sekolah dan balik baru nak bertolak. Yana: Mmg bagus, tp kita lah dok risau anything happen kat sekolah nnti. Ni kalau x dpt anugerah x tau nak cakap apalah! Apalah yg seronok sgt kat sekolah tu...

LydSunshine said...

Salam. Dah follow blog ni.

Dulu masa saya kecik, mak saya gunakan daun durian belanda, juga dgn kaedah yg sama. Dulu senang le, pokok durian blanda ada tanam kat tepi rumah. Skrg jgn mimpi la nak jumpa.

Kesuma Angsana said...

Tq LyD... oh ye ke.. org2 tua lebih tahu byk dari kita.. But daun durian belanda bagus tuk halau cik2 siti klu ada kat umah tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...