Tabung Masa Depan ...

Thursday, May 17, 2012

Sah Adi Putra Fail Cerai

Hari tu macam baru je baca tentang cerita Pelakon Adi Putra, yang katanya baru pulang dari mengerjakan umrah. Dan juga cerita2 tentang perkahwinan mereka yang masih tidak dikurniakan cahaya mata.  Juga cerita2 bagaimana Adi Putra sebagai suami tetap sayangkan isterinya walaupun masih tidak punya zuriat sendiri hingga kini. Untuk pengetahuan, isteri beliau pernah hamil tetapi keguguran beberapa kali. Lepas tu ada juga gambar2 mereka berdua sebagai cover sebuah majalah.  So sweetnyer waktu itu!.

Tapi betul2 terkejut juga bila baca kat Mstar Online berita ini. 

Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei.
Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.
Dalam pada itu, Adi yang merupakan pelakon dari Singapura turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya.

(ehsan google  -  gambar waktu saat2 gembira bersama)
                                     
Begitulah, jodoh pertemuan ajal maut semuanya di tangan tuhan.  Saya............... (no komen!). Hanya mereka yang tahu sebab dan punca sebenarnya.  Doakan saja yang terbaik ye!

2 comments:

kasihredha said...

harap2 jgn lah sampai bercerai kan...kesian

Kesuma Angsana said...

betul2 moga2 ada jln terbaik utk mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...