Tabung Masa Depan ...

Saturday, May 05, 2012

Scha Al-Yahya Milik Awal Ashaari

Belum terlambat rasanya, untuk saya ucapkan tahniahlah buat Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari kerana telah selamat diijabkabulkan pada sekitar jam 9:15 malam tadi. Dengan hanya sekali lafaz sahaja Scha Al Yahya telah dinikahkan dengan Awal Ashaari di mana majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa kepada Scha sendiri dengan dibantu oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jawi Putrajaya.
(credit : Rotikaya.com)
Akhirnya bersatu juga mereka.  Selepas banyak cerita2 sensasi sebelum ini.  Kisah Scha yang mulanya intim dengan seorang "Pelakon Lelaki Idaman Malaya" tu dulu.  Lepas tu citer gaduh dan rampas bagai.  Tak termasuk cerita "Sisi Lain" si Awal Ashaari.  Kisah tak habis disitu, even dah bercintapun ada juga cerita2 kurang sedap didengar tentang hubungan mereka. Beberapa siri dan sessi penafian itu dan ini dibuat. Namun akhirnya Awal melamar (walaupun cara lamaran itu dibuatpun ada orang sensasikan juga).  Begitulah dunia artis.  Kalau mereka tu bukan artis,  ado orang lain kisah! Tapi sebalik semua cerita dan gossip itu, mereka akhirnya bersatu juga sebagai pasangan suami isteri yang sah.  Begitulah kuatnya jodoh mereka bak kata orang kalau dah jodoh tak kemana. Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan tuhan. Doakan saja yang terbaik untuk mereka berdua, pasangan sama cantik sama padan ini, moga kekal hingga hujung nyawa! Lepas ni nak dengar cerita tentang "Awal & Scha Jr." pulak ye.  

Tapi, lagu ini untuk kita semua juga.  Enjoysssssss!

                                                    (credit : www.youtube.com)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...