Tabung Masa Depan ...

Friday, May 18, 2012

Sedekah Membawa Keberkatan

Salam Pagi Jumaat.  Satu hari yang saya pasti ramai menanti, untuk menghulurkan sedekah.  Walau dalam erti kata sebenarnya bersedekah itu tidak mengira hari, waktu dan masa.  Kalau di masjid2 biasanyer akan penuh lah dengan sedekah2 yang dihulurkan oleh orang ramai antaranya buah pisang ataupun pulut kuning mahupun makanan2 yang lain.  Tabung masjidpun pasti penuhlah hari ini.

Amalan bersedekah itu amatlah besar fadilatnya. Antara 3 fadilat utama bersedekah adalah :-
1.  Murah rezeki
2.  Sebagai penolak bala; dan
3.  Panjang umur .... InsyaAllah.

Kita juga disarankan mendahulukan sedekah kepada ahli keluarga sendiri, anak isteri, adik beradik dan kemudian barulah kepada jiran2 dan orang2 lain yang memerlukan jika masih ada lebihan. Sesunggguhnya, bersedekah tidak mengurangkan harta kita, malah ianya akan bertambah dan bertambah lagi.  

Harus juga diingatkan, apabila matinya seorang anak Adam itu, maka terputuslah amalannya kecuali  3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.  Begitulah besarnya fadilat sedekah itu, sehinggakan orang yang sudah dihukumkan masuk nerakapun, boleh menjadi ahli syurga dengan kurnia Allah Ta'ala, berkat amalan sedekahnya walaupun hanya dengan bersedekah seteguk air.

Teringat dulu2, waktu kecil2 pernah tinggal dalam suatu kawasan kediaman masjid berdekatan istana Sultan Selangor di Bandar Diraja Klang. Saya, kakak dan rakan2 sentiasa menanti2kan kedatangan hari Jumaat.. Satu, sebab hari itulah kami dapat makan buah2 pisang yang sedap, dua,  sebab dapat makan pulut kuning  yang dicecah 'Kari Telor Rebus' yang memang2 enak dan power! (Budak2 lagi kan masa tu!) Hari Jumaat bak hari raya kecil buat kami!

Aa...Tapi yang ini "Kari Arnab' yang diberi oleh one of my bongsu daughter's friend mum. Thanks so much Kak An.(Norehan). Rasanya memang2 sedap, sampai my hubby and my bongsu daughter bagi licin semua dan tak sempat yang lain nak merasapun.  Panjang umur, murah rezeki Kak An sekeluarga atas sedekah ini! Amin.........(Dah call dia pun cakap tq sambil2 minta resepi! he he he)

'KARI ARNAB'
 

Esok Hari Sabtu, Hari ini  Hari Jumaat,
Hari Ahad basikalku pulak pancit,
Kalau Kak An rajin2 tu lagi nak membuat,
Jangan lupa ye, hulur2lah lagi kat sini, tak banyak sikit!
 .......... ha ha ha (apa pantun la ni!).

Cheers! dan Salam....................


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...