Tabung Masa Depan ...

Thursday, May 10, 2012

Setiap Hari Adalah Hari Ibu

Dalam satu berita baru2 ini, Malaysia hanya berada di tangga ke 41 dari 165 negara sebagai 'Tempat yang sesuai untuk menjadi Ibu". Norway di tangga teratas sekali. So, fikir2kan lah!. Sekarang ni, rasanyer ramai yang  sedang menunggu2 kedatangan hari ibu untuk diraikan pada Ahad ini kan.  Tetapi sebenarnya, tarikh Sambutan Hari Ibu berbeza bagi negara2 di seluruh dunia.  Cer baca info kat bawah ni hasil usaha penat lelah cari  gali info dari cik google!

13 Mei 2012 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

6 Mei 2012 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

27 Mei 2012 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2011 bagi negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2012 bagi negara Thailand 


22 Disember 2012 di Indonesia

 
As for me, setiap hari juga merupakan Hari Ibu ! Doakan yang terbaik untuk semua yang telahpun bergelar ibu.  Kata my daughter yang bongsu tu, dia risau sebab tak beli apa-apa hadiah lagi. (Actually dia dah beli rose secara senyap tapi dah ter'accidently' tunjuk kat saya, so xde supriselah lagi. Itu yang sibuk sangat nak cari hadiah len tu!) Dan saya kata tak perlu semua hadiah itu, cukup sekadar ciuman, pelukan dan doa aje.  Kalau ada gift itu dah jadi satu bonus! Terus dia cakap, sayang Ummi! and hugged me..... Ala la Touching nyer! 

You all ade tengok video tentang ibu yang mendera anak tu tak? Kecoh Satu Malaysia semalamkan.  Tak perlulah nak sharekan video kat sini kerana apapun, keadilan sudahpun ditegakkan dan  HARAP KITA SEMUA DAPAT AMBIL IKTIBAR. (Nak tengok juga cari kat sini http://www.youtube.com/watch?v=tts-0BXCs5c).  Entahlah, kalau kucing pun tahu sayangkan anak,  apatah lagi kita manusiakan!

( ehsan google )
Yang pasti, hari Ahad ni semua restoran2 dan kedai2 makan, baik di hotel, restoran besar ataupun kedai makan biasa akan penuh sesaklah! Tak percaya, tengoklah nanti.



1 comment:

paridah said...

KASIH N SYG IBU TIDAK MENENTU HARINYA..SO RAIKANNYA DGN MENYUKAKAN HATINYA TNPA MENGGURIS PERASAANNYA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...