Hari tu baru nak bertanya2 siapakah lagi artis2 Malaysia yang akan melangsungkan perkahwinan selepas ini. Dan dah pun terbaca cerita ini. Pada 6 Jun ini, penyanyi hitam manis, Noorulhuda Abd Wahab, 35, atau
Nurul Wahab akan melangsungkan pernikahan beliau. Majlis dijangka diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri sekitar 200 tetamu di di Dutchess Place manakala majlis resepsi sebelah lelaki pula akan dibuat di Bali pada 14 Jun, 2012 pula. Satu yang pasti, beliau tidak bercadang untuk mengundang Ajai (bekas suami) ke majlis bersejarah itu sebagai tanda beliau telah melupakan bayang2 perkahwinan sebelum ini. (Syabas Nurul!). Untuk info mereka pernah bersama pada tahun 1996 sehinggalah bercerai secara rasmi sekitar tahun 2006 .(Kalau tak silap!). Yelah buat apa nak dikenangkan benda2 yang dah lepas. Paling penting kita kena mulakan hidup baru. Hidup harus diteruskan juga sebalik apapun kisah duka kita!
Tidak merahsiakan siapa bakal suami beliau, jejaka dari
Perancis yang dikenali sebagai Eric Daniel Depp, 47 yang telah dikenali lebih setahun lalu. Eric telah melamar di hadapan ibu-bapanya dan kemudian menyarungkan cincin pada Februari tahun ini.
Antara yang akan terbabit dalam majlis itu nanti pastinya Rizman Ruzaini dan Bon Zainal selaku penaja
pakaian pengantin, pihak Zaha Wedding Planner (untuk pelamin), Dutchess Place
(lokasi pernikahan nanti) dan Jakel (I like) sebagai penaja fabrik. (mesti cantik ni!)
Sedikit petikan kata2 Nurul,
"Saya tidak pernah meletakkan sesiapa, bangsa atau warna kulit untuk
mengahwini saya. Semua yang berlaku adalah ketentuan dan rakan saya yang
memperkenalkan saya dengannya."Apa yang saya tahu, sudah lima tahun dia tinggal di Malaysia dan dia
seorang yang sukakan agama, budaya dan terutama sekali Malaysia."Alhamdulillah selepas lima tahun hidup sendirian, saya akhirnya telah
dipertemukan dengan Eric yang mempunyai ciri-ciri yang saya sukakan,"
katanya yang turut memberitahu bahawa Eric telahpun memeluk Islam dan
juga pernah mendirikan rumahtangga sebelum ini.
![]() |
| (gambar : google / tupai.com.my) |
Apapun tahniah buat Nurul! Jadikan pengalaman perkahwinan sebelum ini sebagai panduan terbaik untuk terus bahagia dan melayari perkahwinan untuk kali kedua.

3 comments:
hahahha..rasanya memang dah jadi kebiasaan..
isteri/suami tak jemput bekas suami/isteri bila berkahwin semula..
ex wife suami sy pun tak jemput kami berdua masa dia kahwin..(kalau jemput pun pasti suami tak pergi) yg jemput kami anak2 aja..
alhamdulillah
roserose.. apapun terpulang pd pndgn masing2kan
mama pipie.. doakan yg terbaik je
slm kenal both of u n tq 4 commentnyer ye!
Post a Comment