Tabung Masa Depan ...

Monday, May 21, 2012

Tak Habis2 Lagi Kisah Rita Dan Aidil

Nampaknya kemelut rumahtangga antara aktress Rita Rudaini Moktar dan suaminya Aidil Zafuan Abd. Razak bagai sudah tiba ke penghujungnya.  Rita melalui kenyataannya di Kosmo Online mengaku sudah tiada hati pada Aidil Zafuan, setelah diceraikan dua kali sebelum ini dan kini menyerahkan segala2nya kepada Allah kerana hati beliau telah benar2 remuk dan kecewa kini.

RITA menafikan dia pernah meminta cerai daripada Aidil Zafuan.


Kali pertama Rita diceraikan Aidil Zafuan ketika sedanag mengandungkan anak keduanya iaitu Airit Rafqa, 1, dan kemudiannya Aidil Zafuan menarik balik perceraian tersebut.

Lapan bulan selepas penarikan cerai tersebut Rita sekali lagi diceraikan Aidil Zafuan apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya bahawa dia tidak boleh hidup sebumbung lagi bersama pelakon itu.
Namun, Khamis lalu, ramai yang terkejut apabila Aidil Zafuan sekali lagi menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap Rita.

Rita dalam nada kesal memberitahu: "Saya sudah tak ada hati untuk dia dan serahkan semuanya kepada Allah. Hati saya sudah remuk apabila dua kali diceraikan tanpa sebab."

Anda boleh ikuti temu bual Kosmo! bersama Rita selanjutnya kat sini je!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...