Tabung Masa Depan ...

Friday, May 04, 2012

Tangis Suka Duka Jumaat

Salam Jumaat semua!

Ada dua perkara yang nak saya sharekan hari ini.  Satu, berita sedih yang mengesahkan kematian Bob Kuman atau nama penuhnya Husni Mohd Rawi kira2 jam 4.38 petang semalam.  Allahyarham mengalami komplikasi jantung, darah tinggi dan paru2 berair.  Jenazahnya akan dikebumikan di kampung halaman beliau atas permintaan keluarga.  Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman  Kepada isteri dan keluarga, harap sabar dan bertabahlah dan apapun jua hidup harus diteruskan.  Yang pasti kita tentu merindui bakat lakonan seorang yang bernama Bob Kuman. Al-Fatihah........
(ehsan mstar online)
Kedua, berita gembira tentang budak warga Belanda yang menjadi mangsa penculikan sebelum ini, Nayati Modliar yang telah selamat kembali ke pangkuan keluarga, setelah dibebaskan oleh pihak yang menculik beliau petang semalam di R & R Sungai Buloh. Syukur Alhamdulillah. Keluarga beliau khabarnya, telah membayar wang tebusan seperti yang telah diminta. Pihak polis kini, sedang menyiasat secara menyeluruh berkaitan pihak2 yang terlibat. Semoga mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpalnya. Jadi, pada ibubapa di luar sana, berhati2lah dan sentiasa pantau anak2 agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Jadikan kisah ini sebagai panduan dan iktibar.

(ehsan google)


Dan saya masih lagi sebak.............

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...