Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
|
Macammana yang kita semua dah tahu, atau mungkin ada yang tak tau lagi, ni nak khabar2kan, nombor WWW 1 adalah milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar yang telah berjaya membida pada harga RM520,000 (memetik berita Kosmo Online).
Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal
agensi tersebut.
Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ
Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju
Junction dan Bandar Sri Permaisuri.
Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu
mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu
MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1
(RM202,000).
Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.
Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.
Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga
tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd. Harga WWW 9 ialah RM350,000.
Nombor tu memang satu hal lah, but ......>>...Wow, manalah datang duit berkepok2 macam ni kan! ( Kalaulah..., Berangan2 ... ). Lebih baik pergi ukur baju di badan sendirilah, raya dah nak dekat ni..... huhuhu.
9 comments:
nice info.. trima kasih follow saya.. follow awak blk..
kalau lah ade duit banyak tuh..confirm saya buat banglo sebijik..lagi berbaloi..hehe
akak ingat ww (wordless wednesday)
hehe..bg duit tu kat dalca lg bgoz...no plat je pon..huh
tq dik
me too LR
k KR : he he he
eh... Dalca nk jugak tu he he
WWW 1 ada di Johor sekarang ni..
Post a Comment