Tabung Masa Depan ...

Friday, June 22, 2012

6 Tahun Faizal Tahir Dalam 60 Minit

Anda peminat Faizal Tahir !  (Superman tu.... syhhhhhhhh)

Faizal Tahir. Satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi.  Bermula dengan satu kumpulan Nasyid Nirwana (kalau x silaplah) sebelum mengundur diri untuk bergelar penyanyi solo. Dirinya mula menonjol selepas bergelar naib juara One In A Million yang disandang si manis Suki.  Di dalam pertandingan realiti tv inilah bakat luar biasa yang ada pada Faizal Tahir begitu terserlah. Dan Malaysia mula memandang bakat besar seorang anak muda bernama Faizal Tahir.  Namun beberapa insiden selepas itu, seakan cuba menenggelamkan bakat beliau.  Tapi itulah, kalau sudah tertulis rezeki beliau, dengan kejayaan terbesar beliau meraih beberapa kemenangan dalam Anugerah Juara Lagu 23 pada tahun 2008, Persembahan Terbaik juga Vokal Terbaik menerusi lagu "Sampai Syurga' sekaligus meletakkan nama Faizal Tahir dalam kelasnya yang tersendiri. Persembahan hebat dan kemenangan bergaya yang cukup2 superb dan awesome bagi saya. Dan kejayaan demi kejayaan yang menyusul kemudiannya, terus meledak dan membuatkan nama beliau meniti di bibir peminat2 seni tempatan. Kejayaan yang berjaya diraih selepas itu membuktikan kehebatan satu2 nya Faizal Tahir.

Bertolak dari kejayaan2 itulah bersama pengalaman yang dihimpun selama 6 tahun, Faizal Tahir julung kalinya akan mengadakan Konsert solo beliau yang pertama pada 1 Julai,2012 hari Ahad bertempat KL Live Kuala Lumpur dalam satu persembahan yang dijanjikan pasti hebat selama 60 minit. So, kepada semua peminat2 Faizal Tahir jangan lupa cepat2 cari tiket konsert sebelum kehabisan.  Takut menyesal nanti.  (Hajat hati nak pergi juga tapi En Hubby tu jawabnyer.......... sori sorilah nanti !). Info tiket di www.ticketpro.com.my.

Sejujurnya saya sendiri sangat2 meminati lagu "SYAMPAI SYURGA" ini yang dinyanyikan dengan cara yang tersendiri oleh Faizal Tahir.  Dan menjadi antara lagu wajib sessi suka suki karaoke bersama anak beranak sehingga hari ini. Tak suka?...... Layannnnnnnnn jelah!

                                                              (  credit : youtube.com )

31 comments:

Kakzakie said...

Ohhh... peminat Faizal tahir ye. Kakak tak mengikuti pun perkembangan dia. Just gitu-gitu aje...

Kesuma Angsana said...

kakzakie : idoklah minat sgt.. suka lagu n vocal dia.. orng dia biasa2 je hehe

cinnamon.com said...

ha ah just gitu2 juga..samalah dgn kak zakie..

wantie said...

tak bapa minat dia ni. tapi kalau ada dia kat Tv tu tengok jugak la

Kesuma Angsana said...

cc : like i say minta lagu n vokal nyer

Kesuma Angsana said...

wantie : camtu pown boleh hihihi

Rai said...

suka gak lagu dia yg kau bagaikan udara tu..tu ke tajuk dia.. tak pernah dengar dari mula sampai habis..teruk tak?
sbb sejak kontroversi dia tu..husband saya ban dia.. hahaha.. nak minat lagu pun saya tak tunjuk sangat.. nanti kena kutok..haha

eima said...

tak minat punnn ....
tp keseuma peminta tegar kan ... siap boleh cite satu persatu ....ramai yg minat FT ni

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy penyanyi jarang minat..sekadar dgr lagu je...sy salu minat pelakon hikhik..dasar suka verangan kan

Zie said...

suka lagu2 dia.. best

LydSunshine said...

Oooo... minat faizal tahir rupanya kesuma ni. Saya pun suka kebanyakan lagu2 dia. Boleh layan la. Vocal dia mantap kan? Antara penyanyi lelaki yg bersuara mantap.

Nurul Husna Mohd Hassan said...

saya jarang minat penyanyi, saya suka lagu je selalunya :)

~LoVE PiNk~ said...

hee peminat faizal tahir!!sama la kita..wec to da club hehehe..
smpi hari ni masih frust FT xmenang mase mentor ari tu..:(

Liza @ Adzriel AB said...

suara dia nyanyi lagu apa pun jadi je dgn gaya sendiri. sedap.. lagu ni pun sedap.

Chekgu Azrine said...

suka jugak pada lagu2 faizal tahir..mostly best2..

salam perkenalan juga..

Kesuma Angsana said...

Rai : cer nyanyi cikit hihihi ,pelan2 ler takut cik hubby awak dengar

Kesuma Angsana said...

eima : bukan peminat tegar sebenarnya but salute dgn bakat dia tu!

Kesuma Angsana said...

Rina aka Cik Betty : lari tajuk dah ni hehe

Kesuma Angsana said...

Zie : me too!

Kesuma Angsana said...

LS : minat lagu, bakat n suara dia ,, tersendirilah

Kesuma Angsana said...

Nurul Husna : saya pun mcm tu lah

Kesuma Angsana said...

LovePink : bknlah minat sesgt kat FT tu but realy admire vocal n his big talent ... mentor tu bukan dia yg nyanyi orng len... klu dia pasti boleh !

Kesuma Angsana said...

Liza@Adzriel AB : betul lagu x sedap pun jad best ! itu yg mahal pada FT tu

mayangsayang said...

saya pun minat sgt ngan dia ni, perasan tak dia selalu x menang juara lagu walaupun lagu yg dia nyanyikan sedap dan ada kelainan... (asik persembahan terbaik aje, itu mmg semestinya sbb FT mmg mantop)...

Kesuma Angsana said...

Chekgu Azrine : me too! moga perkenalan berterusan ye

Kesuma Angsana said...

mayang : x sangka peminat tegar FT ni juga hihi...

sisdee said...

hehehehe i pun minat FT wlupun ada yg kata..org bndar jek minat dia..kesah kan..yg pnting dah minat..pnah smpai mimpi2 tau kikiki...

i minat sejak dia kat One in the million lagi...

nik rosmawati said...

suka FT. suka gaya dan suara dia :)

Kesuma Angsana said...

sisdee : smpai mimpi tu. mmg 1 in d million lah

Kesuma Angsana said...

NR : yup dia mmg tersendiri dr segala segikan

NurSalihah Norman said...

KA, FYI. Leha sangggattt minat kat Faizal Tahir! Leha minat dia sejak minggu kedua dia dalam program realiti OIAM sampai lah sekarang... Dengar nama, tengok nama, atau nampak dia kat iklan, saya akan jerit2 depan TV... dia lah satu2nya artis favourite leha tauu :)giler kan leha ni? heheheheh ^-^ thank u sbb buat entry pasal Faizal Tahir :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...