Tabung Masa Depan ...

Saturday, June 09, 2012

Antara Johan & Zizan, Mana Lebih Lawak ?

Entry lambat hari ni sebab bb semput cam siput.  Aduyai siap salah publish lagi sorry......

Belum terlambat rasanya nak ucapkan tahniah pada Zizan kerana berjaya bergelar Juara Super Spontan.  Juga pada Johan yang menjadi Naib Juara.  Dua nama yang punya peminat2 & pengikut2 yang tersendiri.  Popular dengan trademark mereka JOZAN bermula dengan rancangan Raja Lawak Astro, kedua-duanya mendaki puncak kerjaya dengan begitu cemerlang hingga kini.

 ( Google image)
Sedikit info ringkas tentang mereka dari carian google :-

Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau popular sebagai Johan Raja Lawak merupakan seorang pelawak dan pengacara popular Malaysia. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak serta dinobatkan sebagai naib juara Maharaja Lawak. Beliau juga seorang penyampai radio Era.Fm dan mengendalikan riuh pagi era berasa Ray dan Hanif. Mereka bertiga dikenali sebagai JoHaRa pagi Era. Johan adalah anak saudara pelawak veteran,Salleh Yaakub. Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011). Johan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn (Rozlinawaty Ismail) sebelum Johan bergelar selebriti lagi (katanya !).
 
Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 April 1984 dan berasal dari Dungun, Terengganu. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama. Beliau juga merupakan peserta Maharaja Lawak dan bergandingan dengan Johan serta dinobatkan sebagai naib juara Maharaja Lawak. Menjadi pengacara tetap Melodi yang baru dan bergelar pengacara lelaki TV paling popular  dalam ABPBH baru2 ini.

Menariknya lagi, kedua2 mereka popular dengan filem hantu. Johan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) and Zizan (Hantu Boceng). Bukan nak melaga2kan kedua nya ya!  Frankly speaking, saya sedikit lebih sukakan lawak Johan berbanding Zizan, bukan menidakkan bakat Zizan cuma saya lebih sukakan idea2 lawak Johan yang bagi saya bernas dan berwawasan (anyway, it's a lawak only ye).  But satu yang pasti, saya memang suka lawak JOZAN. Bagi saya mereka terbaik! Bila Johan & Zizan bergabung menjadi JOZAN, meletop kebabomm!!!.  Mereka sebenarnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain!. 

Apa pula pendapat dan pandangan anda ? Siapa yang lebih anda minati ? 

6 comments:

Miss BaNu said...

sy suka dua2..johan best..zizan best..diorang ni saling melengkapi..bila bergabung mmg meletup..JOZAN mmg best..hope pas Super Spontan dpt tgk diorang berdua beraksi bersama lgi..

محمد شهريل القنيطري said...

kalo saya suka zizan..kekadang zizan lbh spontan n cool..hehe..btw dua-dua best!!JOZAN

weschairs said...

setakat ni untuk lapis baru. dua orang ni je la lawak gila2 punya best pun..

ummiross said...

salam..thank you folo,ummi dah folo sini juga.
Ummi pun suka dua2, tapi suka zizan lebih sikit kot, hikhik!!

Proton Edar Sdn Bhd said...

Salam kenal.dari kak nor.cinnamon.com

cinnamon.com said...

salam kenal,dr kak nor
cinnamon.com

p/s komen yg satu lg tu.dr blog suami tersilap..heh sorry ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...