Tabung Masa Depan ...

Thursday, June 21, 2012

Apa itu JPAM ? Dan Apa Tugas Mereka Sebenarnya ?

Saja2 nak berkongsi informasi di pagi Khamis ni!.

My second daughter join badan beruniform ni kat sekolah.  Wat happened beberapa hari lepas, dia tanya saya soalan macam kat atas tu.  Terdiam ler jugak sekejap.  Tahu sebenarnya tapi sebelum nak jawab tu, kenalah cari betul2 dan explain kat dia kan.. So, nampak ler cerdik sikit mak dia ni. HuHuHu. Details lagi boleh cari dan baca kat sini  TENTANG JPAM  or JABATAN PERTAHANAN AWAM.
( civildefence.com)

Fungsi Pertahanan Awam

Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia :
  • Menggubal dasar – dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.
  • Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai.
  • Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada program yang penting bagi Keselamatan diri mereka.
  • Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa.
  • Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara.
  • Melakukan tugas–tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh Negara.

Peranan Pertahanan Awam

  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221. 

Kita pun boleh memohon untuk menjadi Sukarelawan  JPAM ini kalau berminat .  Bila explain panjang lebar cenggini kat dia, mesti my second daughter tu ternganga2 nanti and angguk2 sambil cakap OOOOOOO. HeHeHe.  Taklah nanti bila ditanya apa itu JPAM, kita jawab lak macam ni, kalau ada Ular besar boleh panggil mereka tangkap, atau kalau  tetiba air banjir masuk rumah, boleh panggil JPAM tolong.  Sebab skop kerja dan peranan mereka lebih luas lagi sebenarnya. Ok sampai sini dulu pagi ni ye!

16 comments:

Cik Jajika said...

Saya pun sukarelawan JPAM. Tugas JPAM ini luas. Di mana perlukan sukarelawan, di situ ada JPAM. 1 bnda lagi, ahli JPAM bukan mereka yang tak tahu pape but semua sukarelawan perlu jalani latihan asas dahulu sebelum layak mendaftar dan mendapat no ahli.

Banyak kelebihan menjadi ahli JPAM ini sebenarnya.

sis intan said...

..salam...adik akak keje kat JPAM...akak selalu buli dia, sbb asik keje tangkap ular jek hehe :))

mayangsayang said...

amboi bebudak sekarang.. kalau anak mayang tanya pun x tau nak jawab ape.. jawapan skema selalu yang mayang jawab, tunggu sat umi nak gugel dulu... nak ngaku x tau tidak sekali ko.... hehehehhe.. sekarang anak dah pandai kalau kita diam aje depa yg jawab .."Umi kena gugel dulu baru tau jawapan dia laa... cuba umi wat" hamboi dalam ati berkata2 lawan toke bebudak ni....

Kesuma Angsana said...

Cik Jajika : tq utk feedback n komen u

Kesuma Angsana said...

Sis intan : tu lah psal.. anak yg kecik tu pun klu sbb JPAM je ingat psal ular hihihi

Kesuma Angsana said...

Mayang : tulah pasal kena juga asah otak yg berkarat ni n baca info terkini.. klu anak tanya semua dihjg jari je.. hehehe

kakcik said...

Segak juga uniform JPAM ni. :)

Kesuma Angsana said...

kakcik : berminat ke

Cinta Misteri said...

Tugas JPAM antara lainnya, mmbntu polis, tentera & bomba.

Manan Qayyim said...

dulu pernah gak nak masuk JPAM masa zaman sekolah muda2 dulu...
tapi dak aktif pun mase tu...

Kesuma Angsana said...

CM : betullah tu

Kesuma Angsana said...

Manan Qayyim : le camtu pulak alkisahnyer

cinnamon.com said...

suka berunifrm kan..

Rai said...

rasanya dari buat PTPTN tu baik bagi bebudak tu jadi JPAM kan..hehe..

Kesuma Angsana said...

CC : segak dan kemas kan!

Kesuma Angsana said...

rai : cadangan yang bagus tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...