Tabung Masa Depan ...

Sunday, June 24, 2012

Bila Sang Adam Yang Digelar Lelaki Pulak Membebel

Jam belum pun pukul 12.00 tengahari.  But, saya dah siap setelkan kerja2 rumah.  Boleh siap terus masak lagi for lunch. Sayur campur kacang panjang, tempe, tahu dan cendawan, sambal ikan + kentang pedas, dan satu lagi paling simple ikan masin sepat goreng bawang. Taklah nanti En. Hubby tu2 bising bila balik dari kebun.  Kalau tak alamat peninglah kepala dengan bebelan dia.  Siapa kata orang lelaki ni tak membebel.  Selalu kalau membebel tu, mesti orang kaitkan dengan kaum hawa. Tapi sebenarnya, orang lelaki pun ada yang kuat membebel juga. ( Gambar bawah ni bukan lelaki2 yang kuat membebel ye, tapi peserta master chef celebriti yang sedang rancak bersiaran di TV sekarang ni. Kuat membebel juga ke mereka2 ni  ?) 

 ( bukan they all ni ye ! )



Kita mungkin juga terfikir, kenapa orang lelaki pun suka membebelkan.  Walaupun, ramai yang tak mengaku.  Sebabnya mereka membebel tanpa sedar.  Ada2 ajelah sebab dan alasan, kalau ditanya kenapa mereka membebel.
-  Salah satu cara melepaskan tekanan dan membebel bila perlu sahaja.
-  Bebelan orang lelaki lebih bersifat membina atau membetulkan kesilapan.
-  Orang lelaki lebih straight forward, tak simpan dalam hati, jarang merajuk so sebab tu mereka main cakap je (membebellah tu!).
-  Orang lelaki ni, kalau menegur lebih suka secara terus dan biasanya takkan ingat apa yang mereka telah mereka bebelkan.
-  Dah hangin satu badan bila isteri tak juga buat2 apa2 kerja yang disuruh, memang kena bebellah.
-  Orang perempuan pun apa kurangnya suka membebel juga so just give and take jelah (boleh !).

Memang tak boleh terima juga, kalau lelaki ni membebel tak tentu pasal.  Kekadang kita pulak yang membebel balik bila dah tak tahan.  Macam ni bila cerita nak habis!... Huhuhu...... What say Uols?

39 comments:

syazana amira said...

heheh.. diorang kalau bebel lagi macam mak nenek.. hahaha..

CikMai said...

antara mai dgn si dia, dia lebih banyak membebel nasihat itu ini , eheeee :P

Kesuma Angsana said...

SyazanaAmira: betul tu hehe

Kesuma Angsana said...

CikMai: tulah kkdg pening kepala dgr kan!

Acik Erna said...

kesuma..dirumah acik ni ada 4 orang lelaki..tapi tak de sorang pun suka bebel..acik sorang je..he he

Miss BaNu said...

hehehehe lelaki kalau membebel biasa jer xpe laa tpi bila diorang start membebel kasar ckp bukan2 yg tuh la yg pling x suka haha..

Kesuma Angsana said...

AcikErna : mcam tu pulak ke, baguslah

Kesuma Angsana said...

Miss Banu : betul jugak tu!

eelobor said...

tak suka sangat membebel.... suka terus terang dan straight to the point jer.

Papa Mifz said...

papa mifz pun kadang2 membebel gak...tapi bertempat la...hehe

kasihredha said...

akak pun suka tgok master chef selebriti tu...
rasanya AA yg juara membbel

Woofer Storm said...

sis,biasanya lelaki ni suka membebel benda yang betul.hehee

Azee Hana said...

lelaki bile dah bebel,,,perghhhh,,haha

kaishin said...

biasanya kalau dah tak tahan sangat keluar juga bebelan tu hehe

keli menari said...

Bebel tak kena tempat tu memang ada je bagi perempuan ,bebel tak lari lah dari perempuan..Huhu

Momo said...

lelaki kalau membebel straight je.. kadang2 sakit telinga mendengar..(pengalaman..hehe)

Salwati Sapei said...

salam sye dtg dri segmen yg samehttp://prettywatie.blogspot.com/2012/06/segmen-jom-tingkatkan-follower-anda.html

sudi2kanlah jenguk blog sye yerr.=)

Kesuma Angsana said...

eelobor : kkdg bila ckp straigh tu x sedar2 dh membebel

Kesuma Angsana said...

papa mifz : ngakupun hehe

Kesuma Angsana said...

KR : saya pun rasa cm tu hihi

Kesuma Angsana said...

WS : dia rasa betul, org len kata x betul hehe

Kesuma Angsana said...

azee hana L: betul lebih dari owg pompuan tu!

Kesuma Angsana said...

kaishin : x tahan apa bendanya!

Kesuma Angsana said...

KM : x semua pompuan ye hehe

Kesuma Angsana said...

momo : sgt2 sokong u

Zurina Hj.Zainal said...

selalunya dia org membebel utk menegur dan memberi nasihat yg membina....tapi sakit telinga jugak kalau diaorg ni membebel....haishh....

ViviLim@Mrs.Nurulazmi said...

hehehehehe....bila lelaki membebel ayat mmg straight forward n bikin hati sang bini sedikit luka...tapi bila kita halusi balik bebelan tu, sbnrya ia adalah reminder/advice. ada betul jugak apa yg dibebel...hehehehe...vi nak merajuk pun terus terbantut niat pasal apa yg dibebel tu fakta...hehehehe....

suka tengok dato fazley masak2 kat masterchef celebriti...=)

wan nurul hezrina said...

semua bebelan kekadang untuk perubahan yang positif=)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

lagi makan dalam kalau dorang membebel :)

Kesuma Angsana said...

ok tq akan jgk2 nnti

Kesuma Angsana said...

ZZ : mmg x boleh blah klu org lelaki ni membebel

Kesuma Angsana said...

VVlim@MNA : saya pown suka!

Kesuma Angsana said...

WNH : positif xpe takut klu negatif camno

Kesuma Angsana said...

NurulHusna : betul tu!

fieda said...

bebel utk positif ok la..mcm suami saya mmg membebel kalau tgk bdk2 ni membazir elektrik..

Kesuma Angsana said...

fieda : klu bebel tang ni boleh terima lah kan!

Denaihati said...

bak kata alyarham tan sri p.ramlee, bukan marah, nasihat..heee
tak suka membebel dan dibebel juga

Kesuma Angsana said...

Denaihati : tq singgah. betul tu hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tak suka dgr lelaki membebel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...