Apa menu lunch hari ini ?. Opps, jangan lupa makan buah dulu sebelum makan nasi ye. Makan buah ni memang bagus tau, apalagi kalau dimakan at least 15 minit sebelum kita jamah nasi tu. Dan bukan dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan Kata orang kalau makan nasi dulu baru makan buah2an akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan sukar untuk memahami pelajaran andai bersekolah atau akan menurunkan konsentrasi jika kita bekerja.
Ini adalah kerana asid amino, L-tryptophan yang ada di dalam perut
yang menjadi dasar terbentuknya vitamin B lain iaitu Niacin yang
digunakan untuk menghasilkan serotonin. Zat serotonin akan menghantar
signal ke otak kita seterusnya akan mewujudkan perasaan nyaman dan
menyebabkan kita merasa mengantuk.
Jadi, sudah tentu selepas
menjamah nasi atau makanan berat, kita akan mengantuk dan ingin tidur.
Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin
dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat
mengelakkan perkara ini terjadi. So, lebih baik makan buah dulu baru kita makan nasi.
Nak listkan antara buah-buahan feveret saya .... Tara..
Jambu & Betik - Banyak Vitamin C. Jambu kaya serat dan baik untukk sembelit dan betik ada karotin yang baik untuk mata seorang blogger cam saya. hehehe
Epal - Makan sebij Epal sehari menjauhkan kita dari EN. doktor. (Betul ke). Walau kandungan Vitamin C dalam epal agak rendah tetapi ia ada anti oksidan dan flavonoids yang dapat menolong menurunkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar ( saya kan ada diabetes walaupun under control!).
Kiwi - Sumber terbaik untuk kalsium, magnesium selain Vitamin E dan serat. Vitamin C dalam kiwi 2 kali ganda lebih banyak dari sebiji oren tau!
Strawberi - ( jarang2 beli sebab harga mahal ler untuk buah yang fresh! ). Punya kuasa anti oksidan paling tinggi antara buah2an dan boleh melindungi badan dari penyakit barah.
Mangga - Bagus untuk ibu hamil, sebab mangga ada fosfurus.
kabohidrart dan protein. Juga karotena sejenis anti oksidan yang dapat
melindungi badan dari beberapa jenis kanser seperti kanser usus dan kanser tulang. Kaya Vitamin C dan serat.
Kurma - Penuh khasiat. Menolong mencerdaskan minda (dapat ler idea2 tuk entry dalam blog) dan mengurangkan risiko bagi penyakit jantung dan kencing manis. Ia mengandungi potasium, kalsium dan zat besi yang menyihatkan sel darah merah. Baik untuk kanak2 yang sedang membesar bagi membentuk minda yang sihat dan cergas. (Kurma katogeri buah ke ? buah keringkan..... hentamlah labu!)
Hakikatnya semua buah2an bagus, asalkan saja tidak diambil secara berlebihan. Tapi satu aje Raja Buah tu saya tak makan ye. Durian... No No No!
Sumber info dan gambar ( cik google, baca dan pengetahuan sendiri )


46 comments:
suka semua buah tapi sangat malas kalo buah yg kena kupas kulit.. aiisshh...
mungkin tak di praktikkan kot. kalau mkan buah dulu baru makan nasi, last nasi pun saya tak makan sebab dah kenyang makan buah. ngee
kalau makan buah selepas makan nasi memang selalu sangat buat. walaupun dah tau menda ni tapi susah betul nak ubah tabiat. haishhh
tak pe kita berubah perlahan lahan k
wow info yang menarik.Fahz suka buah ciku n pisang. :)
my peberet fruit : durian - rambutan
heheheheh
suka mangga! ;D
sya pulak
1.durian
2.rambutan.
3.jambu madu.
4.plum.
5.nangka..
6.pisang.
7.epal hijau
8.limau gong xi fa choi
9.nenas
10.pelam nyicah huhuhu
P/s: hihi jgn mrah kak kesuma :)
saya suka buah cempedak... goreng lagi sedap, tapi berminyak la pkal bila digoreng.. tak suka buah oren pasal malas nak kupas kulit
Kakak semua buah suka tapi makan bukan kerana khasiat tapi sebab ikut sedap tekak. Kakak suka betik dan kiwi..
SEmua buah kat atas nih PU suka kecuali betik...hehehe
tak tau la nape takleh trime betik nih..rase melekat jer kt tekak...huhu
makan buah memag sedap. tapi tu lah rajin cari nasi dulu lepas tu baru makan buah, haishh tak bagus betul cara pemakanannya.
selalu makan epal....
jambu dan betik suka. tapi rasanya dah lama giler tak makan betik.
haaaaaaaaa
durian ada khasiat tak? heeeeeee
paling suka DURIAn...& MANGGA...tapi TERbaik kalau BUAH yang dah siap dikupas, dikopek atau dipotong hehehe...ngappp sajoo...
hehe suka mkn buah-buahan ni..baik utk kesihatan..
Salam. saya suka semua yang anda listkan...Serius saya sangat suka
nabi pun da sarankan makan buah kurma dulu sebelum makan nasi.. cuma orang kita je suka terikut dengan budaya barat yang mengggalakkan makan main menu dulu baru makan buah..
Fahz : suka jugalah buah ciku n pisang but for me takut angi klu makan byk
mulan : malas kupas tu standard lah hehe
wantie.: saya dah praktikan lama cuma kkdang lupa lah!
Miloaismilo : rambutan ok.. durian.. lari dulu lah
Asmara : Me too!
CM : tak mau geng sbb suka durian.. hihihi
NA : cempedak.. tk gemar sbab bila makn cam tercekik ler hihi
KZie : ikut tekak ye! gitu lak...
PUmmi : Makan betik sbb nak bagi lawas pagi2 tu !huhuhu
rai : setuju ngan kamu!
MWardah : suka? sama tekak ler kita TQ singgah
Missbanu : Betul tu
Cik faye : x mo kawan ler sbb awak minat durian...
AD : hehe.. Durian punya kulit boleh wat baling anjing yang menyalak tak tentu pasal tu hehe
Ietams : Mmg tu lah cari kita biasanya!
kak suka semua buah..lgi2 buah tempatan..
mmg mkn sebelum makan yg berat2..terutamanya buah semangka..
Semua buah yang KA suka,ummi pun suka juga..
buah-buahan bagus untuk kesihatan :D
Suka juga makan buah..tapi kdg2.. tak sempat nak makan pun..
saya suka makan buah betik..nak pulak kalau simpan dalam fridge :)
semua buah yg dlm list tu sy makan kecuali strawberri..tak leh terima lak tekak ni hehe
Kak Kesuma, info yg bagus ni.. Suka makan buah-buahan tempatan.. Kalau buah import paling suka buah strawberi dan plum.
CC : buah semangka ??? thinking2
Ummmiross : Samale kita cam tu!
Hafzee : mmg bagus pown !
Rinna : biasalah tu
LR : biasala tu... sy pun macam tu ler,, cik hubby tukang ptg bubuh dlm fridge pas tu kita bagi perabis hehe
kaishin : strawberi best apa!. paling byk khasiat lak tu .. rugi2 x makan huhuhu
Nur-nba : samalah kita
buah jambu dan buah acem..(asam) hehe..faveret..
Momo : jambu yes but asam2 xleh amik sgt takut kena gastrik cikit2 ok je
Post a Comment