![]() |
| ( ehsan cik google) |
Sapa2 suka makan buah Oren sila angkat tangan ?. Wah ramainya. Sebab ianya senang untuk didapati dan harganya pula sangat2 berpatutan. Mampu belilah senang citer!. Sebalik semua itu , Oren juga sememangnya kaya dengan vitamin dan mineral, antaranya:
1. Vitamin C
Vitamin C berperanan dalam pembentukan kolagen (komponen dasar pembentukan jaringan saraf dalam tubuh). Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga berperanan menyerap zat besi bukan organik (zat yang
bukan berasal dari haiwan) yang membantu mencegah anemia (kekurangan sel
darah merah). Ia terbukti mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas
yang mencetuskan pelbagai penyakit, juga mencegah pembentukan sel
kanser.
Selain itu, pengambilan vitamin C ini berupaya mencegah kenaikan LDL
(lemak jahat) yang merupakan faktor utama penyakit jantung. Ia juga
bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan
dapat mencantikkan kulit dengan memperkuatkan sel-sel kulit dan
mempercepatkan pembaikpulihan jaringan yang rosak.
2. Karbohidrat
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Oleh yang demikian, ia sesuai untuk sesiapa yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

3. Folat
Folat dapat menurunkan kadar homocysteine, sejenis asid amino yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Demikian, ia berupaya menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
Folat dapat menurunkan kadar homocysteine, sejenis asid amino yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Demikian, ia berupaya menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
Selain itu buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin
(vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid
pantotenik (vitamin B5), vitamin B6 dan fosforus.
Tidak perlu banyak, sebiji oren bersaiz sederhana setiap hari adalah
mencukupi untuk keperluan tubuh badan anda. Jadi, nak tunggu apa lagi?
Makanlah oren hari ini untuk mendapatkan jantung yang baik, kulit yang
cantik dan badan yang sihat!
Pendek kata buah oren ini mempunyai kaitan dengan kesihatan jantung kita, penglihatan,
pelalian dan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Di samping memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu
perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah. Hebatkan !
Jom makan buah Oren sebiji hari ni!. Tak payahlah nak tunggu sampai Tahun Baru Cina tiba untuk makan buah Oren free. Hu Hu Hu
(Sumber google dan pembacaan internet )
Entry awal2 pagi ini, sambil tonton EURO 2012 boleh gitu ! hehehe

11 comments:
thanks for sharing..
ayu suka belah 4... lepas tu makan sambil layan pelanggan.. hari2 wajib buat, sbb ayu suka ke arah sihat..
PS: ahad dpt tmpahan kek orange.. wah!! sambil buat, sambil makan sebiji u kesihatan....
have a nice day KA
i suka oren hehehehe tapi limau yg CNY tu tak leh mkn byk sbb limau tu dia peram kan...huhuhu
suka yg manis...
yg masam tak termakan lak...
hihi biasanya bila CNY baru makan berkotak2
AYu : syoklah mcm tu. ari2 sebiji oren! n kek oren mesti sdp ni! ... tq same to u ayu hv a very nice day ya!
sisdee : aa saya pun dgr mcm tu juga. tpi sebab dah free hentam sajalah hehe
rasp : betul tu kdg manis btl kkdg dapat yg masam mmg x leh nak masuk lah jawabnya
KasihRedha : samalah kita , satu sbb masa tu harga murah n masa CNY tulah byk dpt free hehehe
kalau mkn oren musim CNY alamatnya sakit tekak ler :)
Dylla Abas : mmglah selalu nyer gitu
saya dan anak2 mmg suka buah oren ni. sbb mase preggy mmg makan smpi lebam!
Post a Comment