Tabung Masa Depan ...

Tuesday, June 12, 2012

Entry Khas Untuk Kaki Bola EURO 2012

Entry Petang2 ni !

Baca kat Kosmo Online ler  ni!.  Sesuailah untuk semua kaki2 bola yang sentiasa nak tengok dan dapatkan update2 terbaru sempena wabak demam EURO 2012 yang baru aje melanda. Nasib baik saya tak terkena jangkitan virus tu walaupun, hampir2 nak kena sipi2 akibat penangan orang2 sekeliling. Takut juga, sebab penyakit ini membawa kepada gejala2 tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang hanya ingat bola, bola, bola dan gol, gol, gol. Hu Hu Hu ( Takpe antibody saya kuat ni !)



SEJAK mula ditubuhkan pada tahun 1996, beberapa inovasi telah dilakukan oleh stesen TV satelit berbayar negara, ASTRO Malaysia Holdings Sdn Bhd (Astro) bagi memberi khidmat terbaik kepada para pelanggannya.

Setelah tampil dengan kemudahan seperti saluran Definisi Tinggi (HD), 3 Dimensi (3D), Astro First dan, Video Atas Permintaan (VOD) Astro B.yond Perakam Video Peribadi (PVR), kini Astro memperkenalkan perkhidmatan terbaharu yang dikenali sebagai saluran Astro On-The-Go. Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rozana Rozhan berkata, perkhidmatan tersebut memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menonton saluran menerusi peranti sama ada melalui iPad atau komputer riba.

“Buat permulaan, sebanyak 11 saluran yang disediakan merangkumi hiburan dan informasi serta ditawarkan secara percuma kepada para pelanggan Astro sehingga 31 Ogos ini.

“Bagaimanapun, untuk fasa pertama ini, Astro On-The-Go hanya boleh ditonton menerusi komputer riba dan iPad. Kemudian pada fasa kedua yang akan bermula pada 1 September ini, pengguna iPhone dan Android boleh menikmati perkhidmatan ini,” ujarnya. 

Berita lanjut klik kat SINI LER KAKI2 BOLA MALAYSIA!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...