Tabung Masa Depan ...

Sunday, June 10, 2012

Kebaikan & Khasiat Kubis


Suka makan kubis tak ?. Kubis or Kobis ni adalah antara sayur yang paling kerap saya masak untuk menu kat rumah.  Kekadang tumis2 macam tu saja, or masak gulai lemak putih atau pun jadi sayur tambah sebagai pengganti salad.  Bila baca2 kat magazine, baru tahu kubis ni ternyata punya khasiat tersendiri.

Menurut kajian, Kubis sebenarnya sangat2 berkhasiat apalagi jika dimakan mentah. Ia dikatakan telah ditanam lebih 4000 tahun yang lalu (dah lamakan!) dan amat2 popular dikalangan orang2 Rome and Mesir kuno. Ada pula kajian menunjukkan bahawa sayur kubis mempunyai elemen2 penting yang dapat meningkatkan kekebalan dalaman tubuh serta membantu melambatkan proses penuaan. Malah kalau nak kuruspun boleh amalkan makan kubis atau dibuat salad..  Kerana 100 gram kubis boleh membekalkan 27 kalori tenaga dan akan membuatkan perut kita sentiasa penuh dan kenyang. So, taklah kita makan banyak!

Satu lagi nak sharekan, kelopak kubis ini juga berfungsi sebagai bahan tuaman untuk melegakan luka dan kesakitan kulit. Tapi yang selalunya, saya gunakan sebagai tuaman untuk melegakan susu dada yang membengkak sewaktu selepas melahirkan anak. Caranya mudah saja, ambil kelopak daun kubis tu, bersihkan dan lekatkan (tuamkan) pada susu badan yang membengkak tu.  InsyaAllah akan lega sedikit. You all pernah lakukan perkara yang sama tak?.  

P/s.: My daughter memang suka buat salad dari kubis, but kubis yang warna purple tu lah!

8 comments:

sweetsourlife said...

suka makan kubis..celur cicah budu..hihi

mama aini said...

assalam KA..mama pun suka mkn kobis..thnks shre info tentang kobis ni.. :)

KorN said...

suka gak makan kubis.. rangup2 gitu... baru la feel

man said...

thanks for sharing..good info.

Kesuma Angsana said...

SSL : saya pun suka mkn ngan budu !

Kesuma Angsana said...

Salam MA : saya pun suka !

Kesuma Angsana said...

Korn : mmng makan ranggup wat ulam best giler!

Kesuma Angsana said...

man : sama2 berkongsi ilmu kan !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...