Tabung Masa Depan ...

Monday, June 04, 2012

KISAH MISTERI Batu Hampar Sarang Harimau

Akhirnya sampai jua dengan selamat @ my home sweet home even dah lewat malam2 ni.  Internet pun dah back to normal tapi since masih penat simpan dulu citer2 tentang cuti2 malaysia saya tu.  Lama rasanya, tak kongsikan cerita2 misterikan.  Oklah, malam ini saya nak sharekan citer yang ini!

Nampak tak gambar kat bawah ini!


Kat kawasan kebun ini sebenarnya terdapat satu batu hampar besar yang bergaung.  Ceritanya begini. Dulu2 kawasan perkampungan ini selalu diganggu oleh seekor harimau yang sering berkeliaran dan menyebabkan ramai orang kampung tidak berani keluar ke kebun untuk menoreh getah.  Sedangkan itu merupakan mata pencarian utama penduduk kampung pada masa itu.  Oleh kerana sudah tidak tahan lagi dengan gangguan harimau yang tersebut, maka penduduk2 kampung telah bermuafakat untuk memasang perangkap.  Seekor lembu telah diletakkan di atas batu hampar yang tersebut sebagai perangkap harimau.

Keesokan harinya, beberapa penduduk telah datang ke gaung tersebut dan memang benar harimau tersebut telahpun terkena perangkap dan berada di bawah gaung tersebut di atas kawasan batu hampar itu.  Keputusanpun diambil untuk membunuh saja harimau yang tersebut.  Malangnya, tidak ada seorangpun dikalangan orang2 kampung yang berani untuk membunuh harimau itu.  Puncanya kerana mereka sendiri, tidak pasti samada ianya benar2 seekor harimau ataupun seekor HARIMAU JADIAN.  Sudahnya, mereka membiarkan saja Harimau itu terperangkap di batu hampar yang tersebut hingga berpuluh2 tahun masa berlalu. Bagi mereka harimau yang terperangkap itu tidak mungkin akan dapat keluar dari lembah bergaung itu. Dan tanpa punca makanan pasti lambat laun ia akan mati juga. Tetapi sejak dari peristiwa itulah, tidak ada sesiapapun yang berani berada di kawasan tersebut hinggalah ke hari ini.  Sebab itu, bila En. Hubby tebas dan bersih2kan kawasan kebun ini, semua orang terkejut dan bertanya2.  Takde ke benda2 pelik berlaku?. Alhamdullilah, takde pulak apa2 yang terjadi setakat ini. Ramai orang masih percaya kewujudan harimau jadian itu hingga kini, walau kita tidak dapat melihat dengan mata kasar kita sebagai manusia. Wallahua'lam.

Tapi, ada satu lagi cerita di kawasan kebun ini yang akan saya sharekan di lain entry.  Penuh misteri dan benar2 berlaku di depan mata !.  So tunggu ye! Salam & Nite Semua....................

3 comments:

wantie said...

interesting tul citer tu. berani la pulak hubby kamu pergi tebas. mungkin tu cuma citer je kot.

tak sabar nak tau citer msiter berikutnya.

Kesuma Angsana said...

my hubby mmg cenggitu.... nnti kita citer lg ye kena tunggu!

LydSunshine said...

baru je baca entry ni. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...