
Salam Pagi Isnin. Saja nak kongsikan satu lagi cerita misteri dengan you alls pepagi Isnin ni!
Masih ingat dengan cerita kisah-misteri-batu-hampar-sarang hari tu. Yang ini pun berlaku di tempat yang sama. Dulu2 arwah abah suka sangat pergi membersihkan kebun ini, bila we all balik kampung bercuti. Satu hari, sewaktu menebas, tiba2 hujan panas turun waktu tengahari. Abah terus berteduh di bawah sebatang pokok hinggalah tertidur. Bila sedar, alih2 dia telah berada di tempat yang lain pula. Terkejut dengan keadaan itu, beliau segera pulang ke rumah tanpa bercerita kepada sesiapa. Petangnya Abah tiba2 diserang demam panas dan badan rasa lemah2.
Malam itu pula, tiba2 Abah memanggil2 emak. Anehnya, suara beliau kedengaran lain. Agak garau dan kuat dari biasa. Suara itu mengatakan Abah harus menggantikan sesuatu yang telah Abah rosakkan. Berulang2 kali dia memberitahu pada emak perkara yang sama hingga tertidur.
Awal2 pagi esoknya Arwah Atuk menyuruh saya memanggil salah seorang pakcik(Arwah) saya yang mahir dalam pengubatan tradisional ini. Sebaik sampai, beliau memulakan sessi perawatan dan menanyakan Abah apa yang dia mahukan. Abah memberitahu, ada seorang lelaki berbadan tegap dan berjubah datang dan memberitahu bahawa Abah telah terduduk di atas telur yang menjadi permainan anaknya sewaktu hujan panas semalam. Sekarang anak beliau menangis tak berhenti2 dan meminta Abah menggantikan telur yang telah pecah itu. Bukan itu saja beliau juga mahukan seekor ayam hitam dan juga ibu pulut untuk memujuk anak beliau.
Pakcik saya mengangguk2kan kepala dan terus mengatakan yang beliau berjanji akan menggantikan telur yang tersebut dan lain2 yang diminta sebagai tanda minta maaf dengan kadar segera. Tengahari itu juga emak dan arwah nenek menyediakan segala yang diminta dan petangnya Pakcik saya telah menghantarkan semua yang diminta ke tempat di mana Abah saya telah tertidur sewaktu hujan panas tempuh hari.
Alhamdullillah, selepas itu, Abah kembali pulih dari demam panas yang menyerang dan sakit2 badan juga hilang. Menurut Pakcik, kawasan kebun saya itu memang merupakan kawasan mainan dan laluan orang bunian. Entahlah, peristiwa ini telah berlaku hampir lebih 25 tahun dulu. En. Hubby setakat ini, alhamdullilah tidak ada apa2 yang pelik berlaku cuma ada sedikit kisah aneh. (Yang ini saya akan cerita di next entry ye). Mungkin sekarang tempat itu dah menjadi laluan ramai orang ke kebun masing2kan. Jadi tak lah sunyi dan semak samun lagi macam dulu2. Apapun ini kisah yang benar2 berlaku. Terpulang samada nak percaya ataupun tidak. Walllahua'lam................
10 comments:
seram
menyeramkan aje ni..
KR : seram ke ? saya yg tgk lgi seram !
CC : xpe seram sejuk pagi2 isnin ni hehe
uii seram gak kan
suka..teruskan bercerita
HK : suka... kena follow terus ye! TQ
Ietams : klu jadi depan mata mmg ler seram !
Bagus. Diseluruh dunia banyak terdapat orang bunian. Kalau kami sebut dengan Orang Bunian atau Orang Kebenaran.
Biasa kalo mintak telur dgn pulut ni jin kan?
Post a Comment