Di Malaysia ni, kata orang kalau nak jadi artis or celebriti mesti lengkap dengan pakej. Harus cantik and wajib bersuara merdu untuk penyanyi. Kalau pelakon lak, mestilah cantik dan punya karisma tersendiri. Betul ke?. Kalau takde semua tu, jangan harap nak popular. Ye ke?. Masalahnya kekadang bila dah cantik tu, berlakon lak keras macam kayu. Pastu kalau menyanyi pulak, muka dan gaya dah ada, bila bukak je mulut, suara aduyai ke laut !. Bagi saya, Datuk Siti Nurhaliza antara penyanyi yang datang dengan pakej lengkap, wajah cantik dan suara merdu yang di kira bonus!. But for me juga, Azlan (The Typewriter) walau tak berapa punya rupa tapi dia juara dari segi suara. Memang power suara dia!
![]() |
| ( Fr google ) |
Begitu juga celebriti2 dari luar negara. Dan paling saya kagumi adalah Oprah Winfrey. Kalau nonton program bual bicara beliau memang lekat dah dan tak berganjak2 dah. Memamg best dan tersendiri. Dikenali sebagai wanita berkulit hitam dan imej gemuk, beliau berjaya mengenepikan semua kekurangan itu dan menempatkan diri beliau dalam dunia glamour penyiaran yang selama ini dikuasai oleh orang berkulit putih.
Oprah Winfrey pernah berjaya menguruskan badannya sebanyak 60 pounds sewaktu zaman kemuncak kerjayanya dan menjadi inspirasi kepada ramai orang, namun mungkin Oprah umpama yoyo yang senang naik dan turun sehinggalah tubuh beliau kembali gemuk semula. Apapun paling saya salute, dalam keadaan begitu, Oprah yang sememangnya dikenali dengan keyakinan diri yang tinggi, tetap terus laku dan digemari hingga kini. Bukan kerana tubuh atau rupa, tapi kebolehan dan bakatnya yang luar biasa. Itu yang jadi No. 1 dan utama!
So, apa pendapat anda bakat atau rupa yang lebih penting ?? Tepuk dahi, tanya lah cik hati...................

28 comments:
bakat la sbb 'tak lapuk dek hujan, x lekang dek pns'.. ;-)
KA : me too.. i pilih bakat dari rupa
bagi liya bakat.. tp zaman sekarang ni mojiriti orang lebih suka tengok pada rupa. kalau cantik / hensom cepat sangat orang sanjung.
kalau tanya majoriti dok kata bakat le penting. tapi dah lumrah manusia ni suka nengok yang cecantik je. kekadang cantik tu leh overlape bakat yg non ado tu. hehehe...
bukan kata oprah je, kat mesia pun banyak yg tak cantik tapi berbakat. cth mahadzir lokman. tengok la bila dia mengacara. bergema suara dia.
kat Mesia susah sikit bakat nak challenge dengan rupa...tapi nasib baik yg 'ada rupa' sekarang pun dah ramai yang 'berbakat', jadi tak adalah sakit hati sgt kalau tgk tv *LoL*, cth mcm Izara Aisyah tu...menjadi sungguh watak jahat dia :-)
Kt jpn 1st bakat even x lawa pun org still minat...org kiter plak suka nk Tgk yg indah2 jer...bakat jatuh no 2..d(^_^o)
salam jumaat... 1st... thanx sudi jenguk rumah saya...
saya setuju yang DATO SITI artis yang punya pakej lengkap... sekrg ni rasanya dah tak tengok rupa tapi bakat...
Bg CiM ofcoz bakat paling utama..tp..biasalaa Malaysiakannn... Org kita suka tengok rupa dulu..
Salam. Bagi saya, yang pertama skali bakat perlu unik. Kalau bakat yg gitu2 je tak best jugak. Pastu rupa pun penting jugak. Rupa cantik rasa suka je nak tgk. Then perangai kena jaga. Saya suka artis yg tak byk gosip dan tak banyak scandal. Tapi kalau penyanyi... yg paling penting selepas bakat ialah lagu yg sedap. Kalau bakat macam whitney houston, rupa cun mcm puteri kayangan tapi nyanyi lagu yg langsung tak sedap. Heh. tak jadi jgk.
salam kenal,
yang penting bakat, rupa boleh buat i.a black mentor... hehe
hanya sekadar pandangan peribadi
tp skrg ni org pandai 2 2 kan, bg nureen baek bakat lg baik dr ada ropa ja wat pa klau bakat hampeh :P
ofcos la bakat.. zz pilih bakat la.. kalau rupa ok tpi berlakon nmpk x real x best pun kn??hehe
kalau dtg sekali pakej rupa dgn bakat satu bonus la..tp kalau ada bakat jer tgkla watak apa dia dapat...rupa ni subjektif..
tp kalau utk penyanyi lagi bagus ada rupa kot terutama perempuan sbb sekadar suara jer susah sikit nak naik
rupa kot ,suara boleh pakai auto tune haha
LH : agree mmg cenggitu lah skang ni
Wantie : aa betul tu, saya pun admire gak bakat Mahadzir lokman tu leh cakap dalam byk bahasa lak tu , tabik spring lak kat dia
Cik faye : Yup Izara antara muka baru yg bagus with come dgn wajah komersial
Lady Ayu : Klau lah Msia ni mcm kat Jepun tu, kita ni pun boleh jd artis kan he he
dwaty : Tq kembali !
CM : Dah namanyer Msiakan!
LS : betul lah tu pandangan masing2kan
Mas : Salam kenal juga... Black memang punya vocal yang mantap
Nureen : amboi cam lepas geram je hihi
ZZ : yup agree wit u!
Cik Betty : nice name, x teringin ke jd retis2 ni,, hehehe
OL : Ko sorang je lah yg pilih tang rupa ! suara klu dah kelaut pakai auto tune pun x jadi hikhikhik
suara la penting..muka cantik/hensem tapi suara hampeh kena boo je la kan :D
Post a Comment