Tabung Masa Depan ...

Friday, June 15, 2012

Peristiwa Israk dan Mikraj

Tau tak apa dia Peristiwa Israk Dan Mi'raj ni.  Kalau masa kecik2 dulu kat sekolah Ustaz akan buat ceramah2 dan lepas tu mesti ada jamuan makan kecik2 punyalah.  (Kekadang pulut kuning dan rendang, best2 !). So, masa tu makan jadi No.1, dengar ceramah jatuh No.2. Cuma bila dah meningkat dewasa baru tau, betapa besar ertinya peristiwa ini kepada kita umat Islam. Kita patut mengambil iktibar dari peristiwa besar ini. (Jangan ingat nak cuti je!)

Peristiwa Israk dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab (bagi tahun ini Hari Ahad 17/6/2012) tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Dikenali juga Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18).

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah. Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Panjang lagi ceritanya... boleh sambung  BACA KAT SINI YER !



28 comments:

LiYa HaNiF :: said...

thanks for sharing yer..

Anonymous said...

Israk Mikraj de cuti ke? ngri mana?

Kesuma Angsana said...

Salam, ada cuti state le. NS , perlis kot n mana tah x ingat cer cek kalender

Kesuma Angsana said...

LH : tak rugi pun berkongsi info yg baik... kekadang kitapun leh terlupa kan!

wantie said...

betapa besarnya kekuasaan Allah

Kesuma Angsana said...

wantie : rasa kerdil sgt kita disisiNYA kan! insaf2

wahida said...

walaupun dah tahu, tetap kagum...besar betul kuasa Allah...

Arina Shamsul said...

mari kita perbanyakkan selawat keatas junjungan besar kita nabi muhammada s.a.w. :)

~Sweet Honesty~ said...

kurang jelas sebenarnya ttg isra'mikraj ne.. tpi dah faham sikit pas baca entry ne..thx for the entry..

dah follow sini..(^_^)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

nice sharing :)

mekasih singgah & follow saya. saya dah follow balik :)

eB said...

alhamdulillah. pengisian yg indah :)

Kesuma Angsana said...

Wahida : betul tu!

Kesuma Angsana said...

AS : sama2 lah kita ye

Kesuma Angsana said...

SH : tq

Kesuma Angsana said...

NHMH : tq ye

Kesuma Angsana said...

eB : berkongsi ilmu dgn semua

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nice sharing
sometime teralpa bagus juga ader yg tlg ingat balek @.@

ViviLim@Mrs.Nurulazmi said...

bila baca part kenangan kecik2 di mana tujuan no.1 nak makan2 and dgr ceramah jatuh pada no.2, buat vi tersenyum sb teringat zmn kanak2 vi jugak. beriya pergi surau kalu ada sambutan ikraj mikraj sb nak makan rendang ayam...hihihihihi...
nasib baik dh bsr tak mcm tu lagi.
pengisian yang indah. I like it =0)

cinnamon.com said...

salam KA.

Nice sgt..dah baca juga mengenai kisah Isyrak Mikraj..

miss chillax said...

tq akak. dh nak dekat daa. ahad ni aje :D

Kakzakie said...

Tiba sudah israk & mikraj bererti tak lama lagi kita akan menjalani ibadah puasa. Penghayatan peristiwa itu sebenarnya utk kita lebih bermuhasabah bahwa Maha berkuasa Allah perjalanan baginda dari masjidilharam ke masjidilaqsa dan sidartul muntaha - betapa besarnya kekuasaan Allah.

Kesuma Angsana said...

Lady Ayu : ye sama2 kita ingat mengingatkan..

Kesuma Angsana said...

ViviLim@MNA : tq sbb suka...perkongsian utk semua

Kesuma Angsana said...

CC : tq sudi baca n komen ye

Kesuma Angsana said...

MC : tq juga sudi baca

Kesuma Angsana said...

Kakzakie : mmg insaf sagt2.. bgitu besar kekuasaan Allah swt

Adylia Qarissa said...

3 negri jer cuti, n9, perlis n kedah...

Kesuma Angsana said...

AQ : tq 4 yr info ye hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...