Ok, sebab hari ni hari Selasa, special day untuk berkongsi petua, saya nak kongsikan satu lagi petua tengah2 hari buta ni ha. Yang ini, khas untuk semua yang rajin ke dapur atau yang tengah belajar merajin2kan diri ke dapur. (he he he)
![]() |
| ( Cik google ) |
Macammana nak mengelakkan dari minyak terpercik waktu sedang menggoreng. Tak kisahlah goreng ikan ke, ayam ke, kuih2 ke or benda2 lain. Sakit juga kalau terkena percikan minyak panas ni. Tu satu hal, lepas tu nak mengelap keliling dapur yang kotor dengan minyak lagi dah jadi dua hal.
Cara paling mudah, letakkan sedikit garam halus dalam minyak sebelum menggoreng. Lepas tu bolehlah mula menggoreng seperti biasa. InsyaAllah minyak takkan terpercik keluar. Taklah anak2 dara nanti, boleh bagi alasan takut terpercik minyak panas bila suruh memasak di dapurkan. Padahal, malas... HeHeHe Cubalah! (Ada orang siap boleh celup tangan lagi dalam minyak waktu menggoreng.... jangan tiru aksi tu ye!).
Ala, kalau dah terkena minyak panas sikit tu cepat2 jelah sapu ubat gigi or kicap ! .... Cheersssssss

17 comments:
saya letak losyen.. apa jenis losyen sekalipun..hehe
btw..follow you back...:)
salam kenal sis :)
momo : boleh juga rasanya!
Nini D : ye slm kenal juga tq sdi singgah !
Terima kasih kerana berkongsi petua. :)
thanks for the info. saya ni kalau goreng kaki ayam or ati ayam mesti kena tutup kuali tu. kalai idak habis malatop! minyak bertaburan kat lantai.
dah satu hal pulak nak kena mop!
Terima kasih banyak untuk info ni ye.
wahh nak try la.. supaya tidak bertambah lagi parut minyak di tgan hahahaha :P
terima kasih untuk petua ni kak.. syieda pun taktau ade petua untuk ni. kalau dikampung mak selalu sambung kalau minyak tu mula meletup2.. tapi sekarang stay rumah sewa, syieda lari la jauh2.. dah xletup baru alih lauk.. kahkah..
lepas ni dah xpayah lari-lari dah :)
thx.. petua yg bagus.. bleh try
thanks for sharing sis..petua ni memang berguna sangat pada saya :)
paling tak suka bila goreng hati ayam..memang akan terpercik gak laa :(
saya pun kalau terkena minyak sapu ubat gigi atau kicap...
salam kenal, tq jengah blog saya dan follow..:)
oooooo mcm tu ye..kak asyik terpercik minyak aje..kalau bab goreng2 ni..tambah2 ikan..
tq byk2.
saya selalu mengalami masalah kenak percik minyak masa goreng ikan/ayam. sakit kalau minyak tuk percik byk. Alhamdulillah, after baca entri ni, pasti saya akan amalkan petua ini nanti. TQVM atas perkongsian petua ini =0)
owh buh garam ye..ok2 nanti saya buat :D
Post a Comment