Artikel ini wajib dibaca semua pemandu kereta tak kira lelaki atau perempuan!
Kisah ini di ambil dari forum carigold.com.. Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.
Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.
Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"
"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.
"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.
"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.
Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.
"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.
Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.
Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.
Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.
"Besok saya call" kata saya.
"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.
Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.
Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!
Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.
Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.
Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.
Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012
*****************************************************
Bumper
belakang kereta bersifat 'anjal' tambahan perlanggaran berlaku sewaktu dua-dua
kereta sedang berjalan. Untuk menjawab persoalan mengapa ada bunyi hentaman
tetapi tiada sebarang kerosakan.
54 comments:
Banyak kes macam ni.. Diaorang curi kereta terus pun ada.
pizli : takut ngan mcm2 kes skang ni !
scaryyy....
Kerata jenis apa ya yang dilangar tu
... .kalau nak tengok juga, ajak pergi ke petronas atau tempat yang terang2 dan ramai org.... alasannya " kat sini gelap, mana nampak..."
skrg dengar byk kes mcm ni..takut kalau terjadi pd diri sendiri!
harap2 jgn la.... takut!
p/s: sy tag awak..jom join kalau rajin.. :)
http://greenyhouse.blogspot.com/2012/06/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html
rai : so kena hati2 ye
Onlajer : xde pulak ditulis.. klu ada nnti saya update
NizamAriff : betul tu setuju ngan kamu! tq
MGH : betul tu : insyaAllah klu free sya jgk nnti
dah baca kat blog lain tadi, mmg bahaya, nnt nak inform ngan hubby pasal kes ni...
Takutnye... nasib baik x turun kan..
wahida : just be alert all the time ye!
MA : alhamdulillah xde apa2
masyaallah, kalo eB ms tuh, x terpikir pn. hu3
serammmmmmmmmmmmmmmm....
itulh sekarang ni mcm2 sib baik dia tk turun... sib baik dia pk panjang..
iishh zaman sekarnag mcm2 kan.. nasib laa dia tak turut alhamdulilah tuhan beri dia petunjuk
ya Allah..mujur xde ape2 kan. bahaya betul zaman skang ni. aritu saya pun ade jugak berlaku kes mcmni, tp dgn sorg lady la. mase tu tgh byr tol. mmg ade dgr bunyi dentuman kt bumper belakang. tp bila check blk xde ape2. rupa2nya ade 4WD dh hentam satu kete viva kt tol sebelah. nasib baik lah. klau x, menangis jugak. sbb baru je pas accident org langgar..huhuhu
dah follow back, 318 :D
mereka cari mangsa...kalau terkena pada diri sendiri terus pecut tak nak tunggu, takutnya...mesti ada geng lain
modus operandi penjahat sekarang ni terlalu banyak..kita hidup dalam keadaan sentiasa prejudis...kalau tak prejudis, dikhuatiri yg buruk berlaku pula
naseb baiklah dia tak keluar...aduss..bahaya tul....tq sbb share cerita ni
Syukur tak apa2..
mmg tak terfikir nak jd macam ni kan..
yelah biasanya kita kalau dah jd sesuatu kt kerete sebolehnya nak cepat2 keluar dn tgk! dlm tu ada bahaya kita tak tahu..
mmg patut la dia tak keluar, sbb rasanya mmg modus operandi perompak tu.
lagi satu, syukur lah sebab dia dilindungi. mungkin sebab dia dah solat isyak siap-siap, maka allah lindungi dia dari kezaliman.
dah macam2 cara dan makin agresif para perompak+pencuri ni.. syukur takde pape.. ;)
betol itu....berwaspada itu sgt2 baik....bahaya xkira dimana dgn siapa dan bila....
nsb baik2 xjadi apa2...
eB : tulah kena sentiasa alert kita ni
Mrs.Eady : next time hati2 juga
zie : tu lah! nasib dia baik kan
SitiNursyuhada : so kita kena lebih berhati2lah kan
kowaiii ne
kalo ai jadik macam tue x stop dah terus gi balai polis report jer....
Sue-Rya Qistina: nama dekat2 nama my daughter. tulah jst careful next time n tq follow back
Qhaifa Nur : selalu nyer kes2 mcm ni mereka ada geng2 yg len
DaddyZiyyad : betul tu, sgt2 sokong !
MamaGee : share utk kebaikan semua!
mamy harraz : ambil pengajaran dari citer ni ye!
gadisBunga : nice comment! moga Allah lindungi kita juga ye!
aizamia3 : moga it will not happen to us kan!
seramnya dengar cerita macam ni..nasib baik orang tu bijak dan tak turun dari kerete..kalau x..xtaw lah
Nyue : betul sentiasa berwaspada
GincoMerahJambu : kkdang kita kena pk dulu sebelum ambik apa2 tindakan. n pling penting jgn memandu berseorangan waktu malam
lepas baca ni seram juga rasa...
moga jadi peringatan pada kita semua
macam2 cara orang nak merompak sekarang ni, harus berwaspada... huhu takut la plak...
baca dah info ni, ada membe fwd email ni... so, kene berhati-hati...skang ni mcm2 bley jd
fuhh ngeri dengar...nasiblaa org tuh bijak..kalau x ntah apa jadi..mcm2 taktik..bahaya oo...
bahayanye
tetiba teringat kat hubby. sebab memalam memang selalu dok suruh di poergi beli burger la, nasi padprik la....
yus : betul lah tu jdkan ingatan selalu
maszmadi : careful ye
HF : betul tu
MissBanu : orng skang ni mcm2 kan
ietams : mmg pown
wantie : nxtime ingat2kan en hubby supaya berhati2 ye
LadyAyu : mgkn masa tu bit panik kot!
Post a Comment