Salam semua !. Memikirkan apa yang nak dikongsikan hari ini.
Menjenguk blog sana tuan rumah tengah mabuk 3 bulan, jenguk blog sini pula, masih lagi alahan dan morning sickness. Baca kat blog yang itu, Puan blogger tunjuk gambar scan perut, dan baca blog yang ini, si blogger bapa publish gambar bawa isteri pi check-up!..Aduhai sekarang ni musim hamil sedonia ke ? He He He. Tahniah pada semua rakan2 blogger tak kira yang 1st timer or dah kali yang ke 3 or ke 4 or ke sepuluh. Ada ke?. Dan pada blogger2 bapa yang tetap sabar dengan kerenah orang rumah2 yang preggie tu. I'm happy for uols too!. Pada yang masih single mingle tu, bila lagi ?
Saja2 berkongsi cerita bila menerima kelahiran ataupun baby baru. Lain2 petua boleh terjah kat N3 petua sebelum ini ye. Mesti banyak persoalan yang keluar terutamanya dari ibu2 baru. Antaranya :
- Macammana nak susukan anak nanti ?
- Macammana nak merawat bayi kalau ada masalah atau tika bayi sakit ?
- Kenapa bayi ni asyik tidur je !
dan paling banyak ditanya kenapa bayi menangis. Betul tak?.
![]() |
| ( google image ) |
Bagi saya antara sebab bayi menangis adalah
- rasa lapar (kenalah bagi susu. Biasanya lepas menyusu bayi akan tidur semula)
- perut x selesa atau kembung ( paling selalu terjadi. So cuba gosok minyak telon or minyak yuyi (minyak paling femes skang ni) tu diperut dan telapak kaki or bagi sikit gripe water )
- Bila lampin basah - (tak kira lah samada buang air kecil atau besar. Mesti bayi tak selesa dan menangis)
- Perlukan perhatian dan rasa diri keseorangan ( sebab dah duduk lama dalam perut emaknyer, so bayi akan terasa lebih selesa bila kita peluk dan pegang seperti mana sebelum dia dilahirkan).
- Ketidakselesaan samada bayi rasa terlalu panas atau terlalu sejuk;
- Atau memang kerana bayi itu sakit !
Paling2 penting ibu2 muda kena faham, menangis itu sebenarnya adalah satu cara bayi2 ini berinteraksi dan berkomunikasi dengan kita. Janganlah malu bertanya specially pada orang2 tua, parents kita yang lebih berpengalaman.
Lama2 nanti anda pasti akan jatuh hati pada sang buah hati yang baru ini, dan akan sentiasa pula rindukan tangisan beliau. Tak percaya tengoklah nanti. Moga semua bakal2 ibu tak kira yang baru atau yang lama, dipermudahkan jalannya yek!
Kawan2 yang lain ada info yang yang dkongsikan juga ke ?. Silakan.
Info : Pengalaman, pembacaan dan info kawan2

23 comments:
best kan dapat berkongsi
tahun subur kot tahun ni kak hehehe.
sbb lain baby nangis ....kena kaco ngan hantu ..hehehe
so be careful jgn nk keluar2 rumah time senja, balik lewat2 mlm ..
:) kebetulan pulak saya pun baru pot entri ttg preggy :)byk petua org mengandung nie
bakal2 ayah just bca ja..hehe
sekarang bukan musim hamil, sebab...
setiap masa ialah musim hamil...hehehe..
saya kerja di wad bersalin dulu, sepanjang masa ada aja org bersalin!
memang bermacam-macam pengalaman ketika mengadung, melahirkan dan membesarkan anak. Saya banyak juga berkongsi mengenai ini dari anak pertama sampai ke 4.Paling banyak anak yang ke 4 rasanya, dari mengetahui kehamilan, pengalamn melahirkan, pengalaman anak kena kuning semua mmg saya catitkan di blog. Kata orang untuk kenangan di hari kemudian kan...
ehehehe...musim kottt..kan baru lepas cuti skolah aka musim mengawan...yang kahwin tu kahwin..yang dah lama kahwin pegi honeymoon..hehehe..
baby tak suka baring je,rajin2 lah arahkan bapaknya dukung jalan2 he
emm betul tu ramai kawan2 yg bakal dapat anak tahun ni.. yang dah beranak pun ramai hehehe suka sangat..
sama2 lah kita kongsi yer..
awwww rindunyer zaman ader baby
moga ada rezeki ai jugak nanti
dah lama tunggu utk second baby ni ngeee
Betul bila anak-anak dah besar macam kakak ni rindu nak ada baby lagi nak lihat dia menangis, ketawa, main dsb.. sebab tulah kakak suka masuk blog yg tayang anak-anak sebabnya kakak teramat sukaaaaa pada anak-anak:)
Dh hampir 13 thn tak merasai nikmat mengandung sehingga melahirkan, menyusukan.....
Tahun 2012 ni memang tahun mengandung & beranak untuk para blogger..heheheheh.
bukan tahun mengawan erk :)
memang musim kot .h.hehehehe
waahh kat blog pun berjangkit ke??ingt kat office ni je!
swonok baca cerita kengkawan preggy nieh, kat opis ni pon ada 4 orang yg tgh preggy, alhamdulillah rezeki dorang kan.. masz ni ntah bila lah nak tambah.. dah windu bau baby dah ni.. huhu
masa memula mmg kekok tapi bila ada anak mmg banyak usaha nak tahu semua ttg baby=)
betul tu.. buka sana mengandung.. buka sini mengandung.. mmg musim mengandunglah agaknya.. sya pun teringin gak.. tp blm dikurniakan Allah utk tmbah anak lg...
maaf kawan2 terpaksa komen satu utk semua, masa x mengizinkan.. tq singgah n komen.. saya sgt apreciate !.. hrp2 memahami yek!
musim..hihi..
best cite2 pengalaman mcm ni.berkongsi penalaman tambahkan ilmu tanpa kita sedari.. :)
best baca cerita org preggy ni boleh tmbah banyak ilmu lagi hihi
Post a Comment