Suka ria hati baca cerita ni. Antara berita yang saya nanti2kan. Kalau benar, tahniah ye Datuk Lee Chong Wei!. ( Dengar cerita calonnya ahli sukan negara jugakan! )
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei semalam menerima
pengtauliahan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan
Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSS- TLDM) daripada Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Chong Wei berkata anugerah tersebut yang berkuat kuasa 1 Mei lepas
sekurang- kurangnya memberi dorongan kepadanya dalam persediaan
menghadapi Sukan Olimpik London 2012 hujung bulan ini. "Anugerah ini menyuntik semangat saya untuk bermain dengan lebih
baik, tambahan pula saya baru pulih daripada kecederaan kaki yang
dialami pada Piala Thomas yang lalu."
Beliau berkata demikian pada majlis yang berlangsung di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur semalam. Chong Wei yang bakal melangsungkan perkahwinannya tahun depan
berkata, penyertaannya pada Sukan Olimpik kali ini adalah yang terakhir,
dan segala perancangan mengenai perkahwinannya hanya akan diumumkan
selepas temasya sukan itu.
"Sekarang saya hanya fokus kepada latihan untuk memberi persembahan terbaik dan memperoleh pingat untuk negara," katanya. Mengulas lanjut mengenai pengtauliahan pangkat itu, Chong Wei
berharap ia mampu menggalakkan lebih ramai ahli sukan profesional
menyertai pasukan beruniform seperti PSSTLDM. "Sebagai penerima pangkat, saya akan berkongsi segala pengalaman,
suka duka sebagai atlet yang berjaya mempertahan kedudukan ranking No. 1
dunia selama empat tahun berturut-turut," katanya.
Chong Wei menduduki ranking No. 1 dunia mulai 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.
Sumber DARI SINI

35 comments:
kawen ngan sape?
wow.. dah nak kawin dah die erh..baguslah
wahhh....untung la dato lee chong wei menerima pengtauliahan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia :))
siapakah wanita itu?
tau lama dah yg dia kapel ngan ahli sukan negara gak. Tapi tak tau la yg dia nak kawin ni ngan yg tu ke yg lain. hehehe..
sama la cam org len dia pun nak kawin gak. pas ni tunggu anak dia pulak main badminton.k
wah mesti sama2 atlit kan???
siapa yg xnk kawinkan? hehehehe
mesti lah nak kawin gak... hehehheh
ooo nak kawen .....ingatkan dia mmg dah kawen..hehe :)
dgn wong mew choo la... sapa lg
kata nyer ngan WMC kapel dia dari dulu tu. x conpem lah lg
eloklah tu umur pun dh byk kan!
tahniah buat diakan!
eloklah kawin petrikan status yg sah kan KA...
LYAFrina : klu ahli sukan tu rasanyer WMChoo tu, x tau ler klu ade yg len!
wantie hang pi lah risik2 kan sekampung tu!. peh tu publish kat N3 hehehe.. klu dua2 jaguh badminton anak2 mesti hebat juga kan! hehe
katanyer mcm tulah dwaty! hihihi
Queen betul tu klu x nak kwin bermasaalahlah tu hehe
siapa yg x nak kawin kan cik mayangsayang hihi
Tihara : nampak mcm dh kawin ke ? hihihi
anies , klau betul ngan WMC ni bestlah ,,psgn secocok gitu!
yup betul, KA sokong 100%
cayalah lah chong wei...bkn senang nk ranking no1 dunia slma 4 thun...
betuah la siapa gerangan yg bakal menjadi isteri dia tu..:)
dah sampai jodoh..
salam kesuma..klu betullah gossip tu,TAHNIAH datuk.Sapalah gadis yg bertuah tu ya:D
oh wowww..tahnia :)
betul tu Dalca !
ramai yg kata WMChoo tu, tp kena tunggu ler pengesahannya datuk LCW nnti
betullah tu fieda dah smpai jodoh diakan
siapapun dia, mmg bertuahlah
cendol apapun happy for him kan!
waa beruntung siapa yg kahwin dgn datuk lee ni. kereta bersusun kot.
mmg beruntung lah!
Bertuah Wong Mew Choo..
Post a Comment