Tabung Masa Depan ...

Monday, July 23, 2012

Kongsi Tips Hias Rumah Bila Nak Dekat Raya Ni !

Ingat tak N3 KA semalam, citer tentang misi busy jalan2 ngan my mum and my sisters tu!. Antara satu daripada beberapa misi penting adalah, mencari barang2 untuk deko rumah sempena raya nanti.  KA dok menemankan si bongsu tu duduk menunggu di kerusi kaunter. Hanya komen dari jauh je! He He He. Layankan ajelah antara yang sempat di snap2 !  

( Tengah membelek2 dulu )
( My daughter yang berpuasa dok tunggu kat kaunter je ! Siap komplen penatlah tunggu )

(Antara yang menarik )
( Sessi memilih )
Sebenarnya, nak menghias deko rumah ni ada juga caranya.  Bukan main hentam belasah gitu je. Oleh itu,  sebelum kita nak mulakan langkah menghias, pastikan maklumat asas hiasan dalaman dikenal pasti. Ini penting bagi membantu anda membuat pilihan terbaik.  Ok, KA nak kongsikan info ini untuk semua.

Menurut penulis laman web About.com Guide, Coral Nafie, ada 20 perkara yang sama sekali patut dielakkan ketika menghias rumah. Antara 13 dari 20 perkara itu adalah :-

  • Buat pilihan sendiri
    Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.
  • Elak mengecat dulu
    Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.
  • Jangan pilih cat dari kertas contoh
    Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.
  • Jangan pilih warna dalam kedai
    Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.
  • Jangan abaikan psikologi warna
    Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.
  • Elak dekorasi paksa
    Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.
  • Jangan abaikan titik fokal ruang. Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.
  • Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding. Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.
  • Elak bina sekatan
    Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.
  • Jangan beli kerana murah
    Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.
  • Jangan melabur kerana aliran gaya Ini kerana kelengkapan direka mengikut gaya semasa lazimnya tidak kekal lama. Cari kelengkapan lebih berharga sepadan wang dibelanjakan.
  • Utamakan penampilan ruang dengan menyingkir semua kelengkapan usang dan hodoh dipandang. Memang keindahan itu hak mata yang memandang tetapi elakkan cuba menyukai sesuatu yang sememangnya anda tidak suka. Sebaiknya dibuangkan saja supaya kediaman tambah indah dan kemas.
  • Jangan lupa perincian
    Belajar memahami perincian yang boleh tampilkan keunikan gaya hiasan dalaman. Misalnya, lampu meja, kusyen hiasan berbeza fabrik dan rona, lilin beraroma serta jambangan bunga. Yang pasti, keseluruhan gaya kediaman mampu membuat anda dan tetamu teruja.
  • 41 comments:

    AnneRaini said...

    seronoknye dpt hias rumah. sy kena tunggu umah sendirilah baru leh hias sesuka hati..skrg ni kalau hias tak berbaloi

    Asyiqin Haulisah said...

    kalau kemas rumah kakak kita punya tugas. kita tak suka sgt mengemas. kalau memasak kita suka. hehe.

    Si Matatajam said...

    Tq KA sebab share entry yg penuh informasi ni... Bleh la M wat panduan deko umah nanti..

    Ann Ishak said...

    saya pun tengah mencari2 idea untuk home deco jugak ni, dekat mana tempat tu...cantik pulak nampak bunga atas meja tu

    ~ yus ~ said...

    tak sempat lg bershopping untuk raya...

    tp baju raya dah lama siap...:)

    atty's said...

    thanks KA..Sudi berkongsi info

    Mrs. Norrie said...

    bab mengemas ok lagi, tapi bab nak deco2 rumah memang fail lah saya nih

    Kesuma Angsana said...

    he he

    Kesuma Angsana said...

    KA pown lebih suka masak hehe

    :: Mrs.Eady :: said...

    wahh seronok nyer!

    Kesuma Angsana said...

    wlcm mai

    sudipVSsenduk said...

    terasa mcm nak jahit langsir sendiri... entah jadi entah tidak

    Kesuma Angsana said...

    home deco shop @ carrefour ampang tu

    Kesuma Angsana said...

    amboi lagi advance tu !

    Kesuma Angsana said...

    wlcm

    Kesuma Angsana said...

    hehe adik2 KA yg minta benda2 ni KA layan aje

    Mama Gee said...

    shopping kt mana tu....g pun suka shopping brg deco :)

    izz iizza said...

    kalau sy mahu man bedal jer ni..hihi..tapi selalu kalau raya dekor sy x ambil pusing sangt..yg penting landsir kena baru..:)

    izzah said...

    good info..tp xde umah sendiri lg...huhu....

    Bobo said...

    ni tugas isteri ni hehehe.. tolong sikit2 boleh lerr.. :)

    babycomel said...

    say ni kalau bab mengemas rumah memang failed.. sbb xpandai & tak rajin.. apa2 pun thanks utk info ni.. atleast ada la idea sket nk hias rumah raya nanti ni ;)

    Che Rosliza Che mat said...

    hihihi seronoknya..tq berkongsi info yg menarik nie...

    Suraya Baharun said...

    1 kepuasan sebenarnye kalau dapat deco rumah cantik3...

    Bazilah (^0^) said...

    byk tips nih, nnti rumah sendiri boleh refer blog kak KA :)

    ALoNa CintamaniszLite said...

    Saya mmg tak pandai hias umah, hehe....main belasah aje pun KA...

    MamaEma said...

    ema tak reti bab hias menghias ni..

    KhaiRin : anies said...

    kami adik beradik ramai so belasah je part2 hiasan ni hehehe

    ~LoVE PiNk~ said...

    wahhh nice info..leh la wt persiapan nk raye nnty..

    Zie said...

    bab kemas rumah memang tak dak gaya, hiasan pun tak ada, biasa2 saja.. huhu

    azievee said...

    dah lama tidak mendeko rumah...biasa nyer main belasah je...hehehe

    Haryati Hamzah said...

    info yg bagus sgt!...tq KA

    LYAfrina said...

    paling suka bab deko2 ni..
    tp lg best klo deko rmh sndiri..

    cikeyrah said...

    besh kalau dapt hias rumah ;)

    Asmara said...

    seronok betul nak beraya kat Msia kan. setahun sekali berhias rumah. saya kt sini xde makna hias tukar perabot bagai. hehe.. tunggu balik msia baru best hias rumah sendiri. ;D

    FnF Simple Life said...

    wah... skrg ni memang mood mendeko rumah le kan sempena syawal nanti... haish inilah bab yang paling saya lemah... janji kemas sudaaa... so info ini amatlah berguna untuk saya walaupun raya ni takde orrang nak datang beraya pon... rumah jauh sangat kan...sob3x

    keli menari said...

    wahh best nye..hmm bila pulak sy nak rancang umah raya nii.huuu

    Cik Aini said...

    mmg la kan mcm dh jd satu kemestian bila nk raya je mesti ada sesi kemas mngemas n tukar menukar.hehhehe

    salam kenal kembali,
    singgah sni n follow :)

    kaishin said...

    selalunya pening kepala bab nak menghias rumah ni tp ni dah ada tips leh la guna..hehe

    kasihredha said...

    menghias seadanya saja :)

    Wanieys said...

    boleh deco2 umah sendiri best la hihihi

    QueeN TerataI said...

    aktiviti deko tergendala buat seketika.. hihihi insyaAllah dh sihat boleh diteruskan semula. tips yg bagus ni KA

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...