Tabung Masa Depan ...

Saturday, July 28, 2012

Makanan Sesuai Untuk Bertahan Hingga Hujung Puasa!

Selamat berhujung minggu semua !

Pejam celik,pejam celik dah seminggu kita berpuasa.  Masih ada yang terasa payahnya nak menunggu hingga waktu buka tu ?. Namun, adakah anda titikberatkan menu ketika bersahur, dimana anda harus bertahan sampai ke penghujung masa berbuka, masa yang memerlukan anda menahan lapar lebih kurang 12 jam sehari.

Ketika bersahur anda disarankan mengambil makanan yang berasaskan tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan juga makanan yang berasaskan serat yang terdiri daripada roti dan juga air mineral dengan kuantiti yang banyak.

Terdapat beberapa menu makanan yang disenaraikan di bawah baik untuk anda ketika bulan puasa! Selain boleh makan aiskrim untuk kenyang lama yek!


google image
Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen)
Pengambilan sayuran hijau mampu melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan. Selain baik untuk kesihatan dan juga perut, daun hijau seperti sederi dan juga lobak merah memang baik untuk proses penghadaman.

Karbohidrat
Maksud bijirin adalah seperti roti serat yang dijual mempunyai kanduagan gandum (Wheat) . Anda boleh memakan roti putih namun lebih digalakkan memakan roti yang terdiri daripada bijirin kerana rotinya lebih tebal akan membuat anda lambat lapar. Selain daripada itu juga variasikan menu anda agar tidak bosan, pilih la menu dari produk kekacang seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. Penuhkan dengan menu tersebut agar anda kekal cerdas untuk bekerja di siang hari.

Makanan protein
Kurangkan memakan nasi tetapi lebihkan pengambilan lauk dari menu berasaskan daging, terutama sekali dari resepi ikan. Ikan sememangnya antara menu yang harus anda hidangkan untuk seisi keluarga ketika bersahur.
google juga
Kurma
Sebelum tamat waktu bersahur, seelok-eloknya pengambilan kurma harus dititikberatkan kerana kurma adalah antara makanan yang memang penuh dengan khasiat dan vitamin, antara khasiat yang terdapat di dalam kurma adalah seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Yang ini memang bagus, dan KA akan pastikan anak2 ambil Kurma waktu bersahur.

Apapun, selamat menjalankan ibadah puasa ye!  Biasanye weekend2 ni, line BB celcom ni memang semput, kalau OK KA jalan2 lama kawan2 yek...................

Credit Sini : 

24 comments:

ummiarissa said...

saya percaya dengan makan sayur tu ianya tahan lapar sikit...tapi anak2 saya tak makan sayur..susah betullah...tapi saya saran makan kurma banyak2...

nn lylyn said...

slmt berpuasa ^^ kak

onlajer said...

saya dah tak kisah sangat ada apa bedal aje he

Cik Rongoks said...

waaaaaaaa..ika tak suka makan sayur. hahaha

ღ cik faye ღ said...

aiskrim ada dlm fridge, tapi asyik lupa nak makan sebab sibuk dgn nasi & lauk pauk. sahur nnt mesti try petua ni. Selamat Berbuka Puasa KA :-)

Dylla Abas said...

sahur di rumah bujang ni memang mkn 2 biji kurma n segelas susu panas je..tapi,kalau sahur dgn family...macam2 bnda masuk perut..terutamanya ikan sardin..lauk pembuka selera waktu b'sahur :)

Haryati Hamzah said...

tak penah titik beratkan pun kandungan apa yg ada dlm makanan, yg tau makan nasi je tiap kali sahur, bagus jugak info ni...atleast bley dipelbagaikan makan masa sahur.

Nizam.Ariff said...

alamakkk... aku punya menu sahur sudah terbalik daaaa...

aku punya BB celcom pun sengal gak nih. nak baca blog KA ni oun kena refresh 3 kali baru dapat full entri... aku tau la aku dah terlebih kuota tapi celcom jangan siksa aku begini.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

omg sayur... huuuuu tidak...

ayut said...

ooo...blh dipratikkan :)

Zie said...

hehe saya suka sayur, tapi bila hubby tak suka so jadilah kurangnya makan sayur... coz dia takkan beli selagi tak disuruh huhu

hajar said...

thanks for sharing.... slmt berbuka puasa...:)

Sue Lynnda said...

tang makan aiskrim yg sinok dengar tuh..ekekeke

wani sc said...

info yang bagus. baru tau nak kena makan kurma sebelum habis waktu. tq :)

MulutPayau said...

selalunya anak2 minta nasi goreng utk sahur...sayur dia orang tak nak...kurma pun puas dipaksa baru ambik....

NoorVictory said...

Heee~ pagi tadi xsempat ambil kurma :(

wantie said...

mungkin sebab saya banyak makan kurma kot puasa kali ni. that y la susu ni maintain je jumlah dia walaupun saya berpuasa. ngeeee

park choy. owch.. kegemaran saya tu.

kasihredha said...

makan berserat mmg bagus unk kesihatan kan :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai if sahur wajib minum warm milk with vic C alhamdulliah ok jer

elyna mirsada said...

nice imfo... =)

Sue PeLik said...

diet betul makanan2 neh hihii
kalau su asyik cari makanan yang berlemak jer hihihi

azievee said...

time sahur jarang makan berat...minum milo cicah semekut jek...cik abg x mau makan nasi...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Alhamdulillah puasa thn ni setakat ni tak lapar smpai wktu brbuka.maybe thn lepas sarat mengandung tu yg rasa letih kot puasa. Btl tu.. Sayuran hijau byk membantu smsa brpuasa.

Wanieys said...

sayuran hijau mesti ada dalam salah satu hidangan tiap2 hari :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...