Pagi2 Isnin, dah tak syok baca berita ini. Mengapalah, saban tahun, berita macam ini akan jadi front page akhbar2 utama di Malaysia, bila tiba bulan puasa. Masih tak serik2 lagi ke ?. Bukankah bulan Ramadan itu untuk kita menambahkan amal ibadat dan melakukan kerja2 yang lebih berfaedah.
ALOR SETAR – Seorang pemuda bersama anak jirannya yang berusia lapan
tahun terpaksa dirawat di hospital malam kelmarin selepas sumbu mercun
yang dipasang jatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum
berlaku letupan kuat di Kampung Kuala Kangkong di sini.
Dalam kejadian pada pukul 7 malam kelmarin, pekerja syarikat
percetakan, Mohd. Sohibollah Saad, 27, buta mata kiri akibat letupan
tersebut sementara jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli cedera di muka
dan beberapa anggota badan.
Kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah Mohd. Sohibollah di Kampung Kuala Kangkong.
Kedua-dua mangsa yang dibawa ke sebuah klinik berdekatan kemudian
dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dengan ambulans
berikutan kecederaan mereka serius.
Mohd. Sohibollah terpaksa menjalani pembedahan mata kiri dan kini
dilaporkan stabil. Bagi Tuah pula, nasib kanak-kanak itu lebih baik
apabila dia dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.
Mohd. Sohibollah menceritakan, kejadian berlaku ketika dia bermain
mercun bola di depan rumahnya selepas membelinya di bazar Ramadan di
Tandop di sini.
“Pada mulanya saya bermain seorang diri tetapi anak jiran (Tuah)
datang dan minta nyalakan api pada satu mercun bola yang dipegangnya.
“Ketika sumbu mercun dicucuh tiba-tiba ada api terpercik dan terjatuh
ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum meletup serentak,”
katanya semasa ditemui di HSB di sini.
What say uols ??. For KA, dah tak tau nak komen ape !


46 comments:
Tak ada sakit, cari penyakit! :(
mula puasa mula la bunyi mercun kan.. kadang2 bingit telinga dengarnye. tengah orang berterawikh pon ada yang dok main. habis terkejut jemaah
tyme dulu2 org len pon men mercun tapi takda ler mcm skrg nie. mcm2 kes .. sedey
selagi x kena mmg x serik kak
Salam KA...akak pun tak tau nak komen apa...diorang tu macam tak serik2...bertahun2 perkara ni sering dihighlight kan bila tiba bulan Ramadan... tapi tak serik2... kalau anak kecil tu lain lah.. ni yang dah boleh fikir buruk dan baik pun sama... hmmmm ntahlah... tapi semua tu dah ditakdirkan untuk menjadi pengajaran bagi mereka yang tak serik2...
kanak2 kat palestin hilang mata sebab berperang, kanak2 kat malaysia hilang mata sebab main mercun...tiap2 tahun ada je kes tapi tak pernah dijadikan pengajaran...
salam KA,
belum kena belum serik.da kena baru serik..hehehe...
besela tu.. selaagi tak kene selagi tu tak serik.. bila dah kene baru nyesal kan... tanak langsung ambik iktibar apa dah jadi sblum ni..
tapi kan yg herannya bila musim thn baru cina x de pun berita2 mcm ni kan..nak ikutkan dorang lg main mercun lbh dasyat..tu la org melayu ni nak tunjuk pandai sgt..sudahnya sndr merana..
agaknya selagi tak kena kat diri sendiri, selagi tu lah tak berhenti..hmm.
ISHH..ISHHH TAK PAHAM BETUL LAA TIAP2 TAHUN MEST ADA KES raya cina lagi laa bakar mercun yg merah tue xder pon kes camnie sume...
Haih! Diorang ni bt nipis pahala pose je tau!!!!
firstly kesian sangat... tp mereka degil masih nak main mercun, semoga diorg cepat sembuh dan insaf ^-^
ngok betui la ... tah pepe
nk main sgt mercun tp cemerkap
biasalahh kakkk~ biar jer dorang main dah kena baru tak men dah huhuhuhu
Masa CNY cina pun main mercun takde lah kena cenggini.
hairan dan sedih..
sbb kalau kaum lain main mercun y lagi besor2.. tak pulak meletop bagai, orang kita nie terlalu kreatif sampai hilang anggota..
mmg saja cari penyakit.. tiap2 tahun ada jer cerita camni
tiap2 tahun berita yg sama jer...tp tu la dh namanya budak2 larang pun bkn nk dengar sangat
sewakarnya mercun2 ni dihapuskan.. jgnlah main lagi.
tiap2 taun ader jerk kan..... no komen.
Memang tak nak ambik iktibar...
tiap tahun ada berita.. tapi yang nak main tetap nak main jugak...
sendiri cari masalah :)
haih..bukan tak di larang pun selama nih...
bagi QR no komen..:))
buta nmata tu..
itulah, selalu berita mercun ni mesti negeri kedah start dulu.. emmm sempadan siam katakan..
Saya memang bagi anak2 saya tengok gambar ni lepas tu cakap sebab mercun. Biarlah orang cakap anak saya penakut or tak cool tak main mercun dari jadi macam ni hehe.
yg budak tu sy leh terima lagi sbb dah dasar budak mmg x dgr cakap..yg dewasa tu nape nak main lagi ehh..
betul cakap CR..apesal time tahun baru cina takde plak budak putus jari buta mata sbb main mercun..pdhal bunyi derang punya lagi mcm nk pecah dada..
semalan tunjuk gambar ni la kat Amirul. dia ckp dia tak kan main mercun. Then lepas je berita uncle dia beli mercun terus dok main pom pam pom pam.. geram la.
As a parent memang kita tak beli tuk anak anak main. tapi bila si uncle beli jadi tak terkata la pulak.
bila dia pergi terawih kat masjid, risau sangat. ye la sat habis berterawih dia main mercun pulak. budak budak ni cepat terpengaruh.
tu lah kdg2 malang tak berbau....amik iktibar drpd kejadian ni...
hmmm entahlah kak, tiap thn pon mesti ade berita mcm nih. bazi mmg x kasi adik2 main2 mercun yg bahaya2 nih. setakat bunga api tuh oklah. itu pon adik2 bising kata tak rocklah dah besar still men bunga api hehehe. tp utk keselamatan dorg jgk kan :)
huh sje je cari penyakit ni.kan tak pasai2 je dpt sakit
Salam...saye selalu hairan, kenapa pihak berkuasa selalu tangkap org yg jual kecil2an ( selalunya melayu la )kat tepi jalan, kenapa tak tangkap yang bawak secara besar2an dgn lori...mungkin kastam terlepas pandang...
Setiap tahun ( bulan2 puase ) mesti ade je kes macam ni... sama la taktau nak komen ape
* say pun main mercun jgak dulu.. ngeh3. Maybe cara diorang main tu.. terlalu daring smpai mencederakan diri.
Bila fikir balik dah qada' dan qadarnya begitu. Ada juga yg main tak cedera... kesian juga tapi itulah sebaiknya tak payahlah main ye anak-anak. Auntie takut sebenarnya.
KA beli mercun juga ke? Kakak dah pesan abang jgn beli - takut.
kesiann...
aduhhh baru puasa ke 9 nieeee
lom seminggu layie nak raya huhuhu
KA.. satu jer jgn hampiri bende cam tu.. sebab dah tentu bahaya kan.. :)
kesian budak tu satu mercun bola bunyi dia dah bergegar cuba kita bayangkan 40 biji sekaligus ngeri betul
itulah mcm2 kes mercun ni
emmm saya pun tak tahu nak kata apa..yang penting itu peringatan untuk kita semua..:)
tak serik2 betul diorang ni..huhu
sendiri carik pasal..
dah jadi macam nie tak guna menyesal huhuuuuu
mak ayah sepatutnya awasi anak2 diorang.. dah jadi macam nie, susah la
sini pun orang suka sangat main mercun..
belum lagi raya..
salam kenal ya..=)
ngerinya...tapi tu la diorg ni x serik2 kan..mesti nak beli gak mercun..
Post a Comment