Tertarik sungguh saya membaca cerita ni semalam. But, disebabkan semalam blogger2 kena kurangkan banyak bercerita dan bercakap, cuma dapat disharekan hari ini. Sesuatu yang sangat2 menarik pada saya. Masih ingat lagi kisah kepintaran seorang budak bernama Hang Nadim, yang berakhir dengan tragedi akibat kebijaksanaan luar biasa yang beliau miliki itu. Suatu kisah pengajaran buat kita semua sebenarnya.
CERITA Singapura atau dahulunya dikenali sebagai Temasek diserang sekumpulan ikan todak sememangnya cukup terkenal.
Kisah ini terdapat dalam teks Hikayat Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Karakter yang begitu dikenali ialah seorang budak lelaki yang
pintar bernama Hang Nadim yang berjaya menyelamatkan negaranya
daripada serangan ikan todak dengan cetusan ideanya.
Budak itu memberikan pendapatnya kepada Raja Temasik iaitu Sri
Maharaja supaya menggunakan batang pisang sebagai ganti benteng
manusia yang telah menyaksikan banyak kematian. Hasilnya, batang pokok buah-buahan itu menyebabkan muncung
spesies ikan laut dalam itu tersekat sebelum penduduk kampung bertindak
mencincangnya dengan parang.
Versi kisah ini agak simbolik. Tindakan Sri Maharaja yang didakwa
menghukum bunuh seorang ulama, Tun Jana Khatib yang cuba menyampaikan
ajaran Islam di kepulauan itu menyebabkan malapetaka berlaku di kawasan
pemerintahannya. Tun Jana Khatib sebelum meninggal dunia memberi amaran akan berlaku
bencana di Temasek kerana dirinya telah dizalimi. Malah, terdapat
sisi misteri apabila jenazah ulama itu ghaib secara tiba-tiba sebelum
sampai di kawasan perkuburan. Anehnya, mayatnya ditemui penduduk kampung Pulau Langkawi, Kedah
yang jaraknya beratus-ratus kilometer dari Temasek. Beberapa hari
selepas peristiwa itu, beribu-ribu ekor ikan todak menyerang Singapura.
Pakar sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim memberitahu, walaupun ramai yang menganggap kisah itu sebagai mitos, ia sarat dengan unsur pengajaran.
Kisah selanjutnya sambung baca KAT KOSMO NI

34 comments:
tringat masa kecik2 dulu...sllu tgk citer lama singapura dilanggar todak...pastu jumpe ikan mulut panjang..sure terjerit2..ikan todak!
ayu pun tertarik cita ni..tp bdk kecik tu mmg cerdik..cuma sultan tu yg tak cerdik..huhu
saya ada buku cerita mngenai ni...msa kecik2 dulu beli smpan smpai skrg..hahaha
lama x dengar nama temasik tue
dulu dpt cikgu sejarah yg garang every class dia kena soal
sebab tue sejarah dah jd my fav ngeeee
suka baca sal kisah zaman dulu2..sarat pengajaran
aah dulu ada tgk filem ni..tpi betul byk pengajaran..Prof Nik Safiah Karim tuh pernah jadi pensyarah saya dulu..hehe
pengajarannya, kita kena bersama ulama...dengan izin Nya..insya Allah kita dapat syafaat dengan ulama yang haq..
saya tak tahu pula kisah disebalik cerita todak serang Singapura ni..ialah walaupun mitos, rasa rasanya dulu masa kecik2 tak pernah baca secara menyeluruh buku cerita hikayatnya..ekekeke
ada pengajaran disebalik kisah tu.. ;)
good info..
saya masa kecik ..suka baca citer pasal ikan todak melanggar singapura..byk pengajran dr kisah nie.
Betul ada pengajaran sebab ramai yg memandang remeh pendapat org bawah/kecik tak ada nama namun tak disedari ianya boleh jadi penyelamat ramai...
dulu kecik2 main baca jerk coz x minat sejarah, sekarang ni baru sedar ada pengajaran setiap apa yang diceritakan tu..
menarik...saya dah tak berapa ingat jalan cerita ni...
dulu masa kecik suka layan cite ni...memang best walaupun filem hitam putih...
setiap yg berlaku di dunia ini, pasti ada pengajarannya. hanya org yg ingin mengambil pengajaran akan merasa tertarik. hehehe. thanks for sharing! :D
he he he . KA pun dulu2 cm tu
betul tu
KA pun ade dulu, tpi x yau letak mana dah hehe
AYu : sejarah mata pelajaran yg pasti score wat KA hehe
mmeng pown
oh ye ke ! klau ade jumpa lg kim salam yek
betul tu
la ye ke! rasanya ramai dah tahu story mory ni! ..gitu ke kisahnyer!
yep betul
tq
samalh ngan KA cukup minat ngan citer2 mcam ni
kakzakie bersetuju sangat2
betullah tu
KA pulak masih ingat sampai skang ni
Suraya : yela ada juga filem tentang ini. lama betul dah filem tu!
yup agree. Wlcm dear!
tetiba pulak teringat cerita singapura dilanggar todak eheee
suka tgk masa2 bak latif jadi pelakonnya..singapura dilanggar todak
Post a Comment