Tabung Masa Depan ...

Saturday, July 07, 2012

Nak Pilih Kualiti Ataupun Jenama ?

Weekend ni cadangnya nak beli sedikit pakaian untuk anak2 dan diri sendiri, sebagai persediaan untuk hari raya, walaupun puasanya pun tak lagi.

Sebabnya, tak mahu buat semua itu di saat2 akhir.  So, nak tanya pendapat uols semua bila membeli ni.  Pilih jenama atau kualiti. Kata orang, pakaian juga mencerminkan keperibadian diri dan juga cermin taraf hidup sesorang itu. Itu yang kadang2 ada yang sanggup bergolok bergadai untuk bergaya dan kemampuan itu pula jatuh no. 2.  Yang penting biar papa asal bergaya!.

Saya sebenarnya, tidak berkira sangat dalam soal berpakaian ini, yang penting pakaian itu cantik, bersesuaian dengan kita, berkualiti dan harganya mesti berpatutan.  Tidak semestinya yang berjenama sahaja.  Satu lagi, kenalah membeli ikut atas kemampuan kita jugakan!. Dan kalaupun nak beli yang berjenama dan agak mahal sedikit saya akan tunggu masa ada "Sales".  Itupun masih kena lihat harga dulu, takut tertipu. Banyak kes tipah tertipu ni tau!.

Uols2 pulak macammana, pilih kualiliti ataupun jenama ? Mana lebih penting ?

13 comments:

N.Aima K said...

Kata orang, pakaian juga mencerminkan keperibadian diri dan juga cermin taraf hidup sesorang itu.

keperibadian tu saya setuju..tp taraf hidup tu mcm x tepat..ada jg orang yg biasa-biasa tapi taksub dengan barang berjenama...mcm saya kekekeke..

tapi saya pn selalunya beli time sales dan kalau dah harga riburiban..saya beli je jenama biasa yang "ala-ala"

dan saya pun mcm kesuma..mana yang cantik dan selesa belasah je

Bobo said...

biasanya jenama bagus kualiti pun mesti bagus.. saya dlu masa kcik2 pakai brand kiko atau kiki lala je :)

azievee said...

Ikut kemampuan, kalu saya pilih kuantiti sbb anak ramai...hahaha...jenama mahal tu idak le teman mampu...keje pun kuli jek

Ummi Iman said...

Saya pun suka beli awal. Senang. Baju biasa beli yg selesa dipakai. Harga ikut kemampuan. Untuk anak suka beli masa sale. Baju budakkan mahal dr org dewasa.

zaxx said...

waa awal ye akak shopping raya,heheh..kalau sy,first thing mesti fikir bajet, kalo mampu, pesal nya bli yg berjenama,tp yg penting berkualiti,kalau mahal tp pakai dua tiga kali dh koyak pun xbest gak.huhu.. so bajet,kualiti then baru jenama..heheh (sekadar pandangan peribadi.:)

onlajer said...

aku dah tak kesah janji murah,cantik dan tahan

~ yus ~ said...

saya kalau pakaian ni tak pernah kisah dengan jenama, asal sedap saya pakai dan cantik di pandang mata saya beli je. Biasa mmg ikut kemampuan lah...tapi kualiti tetap saya tengok juga, kalau kain nipis sangat, atau tak sedap pun tak bagus juga kan...

Zie said...

Kalau beli kt pasaraya semua berjenama, cuma pilihn je atas kita nk yg mhl atau murah,
Ikutkn hti mmg nk yg mhl, tapi lari bajet, so bila ada yg murh harga murh kualiti sama apa salhnya pilih yg murh..

Suka jgk buat persiapn awal, nnti nk raya org masyallh ramai, lemas dn rimas dibuatnya.. Lgipun stok sekrg dgn raya esok sama ja...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Tak semua org kaya suka pakai branded.skrg ni yg lbh byk brlagak org yg xbrpa kaya dr yg btl2 kaya walau x semua tp spesis mcm tu dh ramai.nk brbelanja mcm manapun x kira branded or x tgk kemampuan la.stkt gaji abis smta2 nk brgaya,sggp mkn megi dr tgh bln smpai hjg bln x pyh la.air muka yg x ckp zat pn dh mgmbarkn dia x mmpu klau stkt nk brgaya brg2 branded

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Tak semua org kaya suka pakai branded.skrg ni yg lbh byk brlagak org yg xbrpa kaya dr yg btl2 kaya walau x semua tp spesis mcm tu dh ramai.nk brbelanja mcm manapun x kira branded or x tgk kemampuan la.stkt gaji abis smta2 nk brgaya,sggp mkn megi dr tgh bln smpai hjg bln x pyh la.air muka yg x ckp zat pn dh mgmbarkn dia x mmpu klau stkt nk brgaya brg2 branded

syiela said...

pakai yg biasa je.. yg penting kualiti ^_^

Cindyrina (The Princess) said...

asalkan cantik dan harga berpatutan dgn wallet dah ar...

Kesuma Angsana said...

tu all kawan2 yg singgah komen Tq n really appreciate !. komen 1 for all yek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...