Cerita lembu dan sapi ni takde kena mengena dengan cerita pergi Zoo Melaka hari tu ye. Lembu ni pun bukan kisah lembu kat Zoo Melaka tu. He He He. Saja2 bercerita tentang kaitan peribahasa ini dengan hidup dan tugasan KA.
Pernah tak uols semua alami pengalaman seperti KA ni. Kita yang berhempas pulas membuat kerja itu dan ini, bersengkang mata menyiapkan segala benda, bertungkus lumus menghabiskan semua tugasan, alih2 orang lain yang diberikan pujian dan penghargaan. Pernah tak ?. Itulah yang pernah terjadi kepada KA waktu mula2 bekerja dulu. Nak komplen, katanyer kita kena jadi serba multi tasking. Segala kerja dan arahan mesti dibuat tanpa bantahan atau perkataan 'NO'. Pada masa itu apa yang ada pada KA, hanyalah kesabaran untuk terus bertahan dan terus membuat kerja dengan ikhlas, kerana sedar itulah punca rezeki kita. Waktu itu pihak atasan tidak memandang dan ambil tahupun tentang siapa kita. KA hanya dipandang sebelah mata sahaja. Sedangkan sebalik semua tugasan yang tersedia adalah atas usaha KA. Tetapi orang lain yang mendapat nama. Samalah seperti maksud peribahasa inilah Lembu Punya Susu, Sapi Yang Dapat Nama. Makna peribahasa ini pada yang tak tahu adalah, orang lain yang berusaha dan berhempas pulas, orang lain pulak yang mendapat nama, pujian dan penghargaan.
Tapi KA percaya, Allah swt sentiasa bersama2 orang2 yang sabar, dan mendengar doa orang2 yang teraniaya. Hampir setahun juga bertahan, suatu ketika 'orang itu' bercuti agak lama juga atas urusan keluarga dan meninggalkan segala macam kerja2 yang tertunggak. Waktu itu, KA lah yang terpaksa ambil alih dan memastikan semuanya siap dan uptodate. Alhamdullilah, ketika itu, barulah pihak atasan membuka mata dan menghargai kerja2 KA. Mereka baru sedar akan kemampuan dan kebolehan KA sebenarnya selama ini. Dan mengetahui semua kerja2 sebelum ini done by KA bukan 'orang itu'. Paling mengharukan bila boss paling besar tu panggil KA dan bercerita apa yang dikatakan oleh 'orang itu' tentang KA selama ini adalah tidak benar sama sekali.
Bukan nak membangga2kan diri, cuma nak bercerita pada mereka2 diluar sana yang mengalami nasib yang sama. Bolah jadikan kisah ini, satu pengajaran dan ambil iktibar. Apapun keadaan kita, mesti terus bersabar dan insyaAllah, akan datang satu hari dimana segala kesabaran kita itu akan berbalas jua akhirnya. Rasanya, cukuplah sekadar menitipkan sedikit kisah. Panjang2 sangat nanti, orangpun boleh bosan nak bacakan.
Bukan nak membangga2kan diri, cuma nak bercerita pada mereka2 diluar sana yang mengalami nasib yang sama. Bolah jadikan kisah ini, satu pengajaran dan ambil iktibar. Apapun keadaan kita, mesti terus bersabar dan insyaAllah, akan datang satu hari dimana segala kesabaran kita itu akan berbalas jua akhirnya. Rasanya, cukuplah sekadar menitipkan sedikit kisah. Panjang2 sangat nanti, orangpun boleh bosan nak bacakan.
Namun satu je, KA sangat2 berbangga kerana atas pengalaman2 macam inilah, KA belajar menjadi seorang 'Super Woman' sejati sehingga tiba ke tahap ini sekarang. Tapi satu je, susah juga bila dah jadi orang kepercayaan ni. Segala macam benda dan perkara kecikpun diaorang nak juga cari dan libatkan kita ! Can you please this, can you please that, can you, please please....Ya, ampun......Hi Hi Hi. Apapun KA happy!.


52 comments:
selalu kena kat sya
selalu mmg gitulah. esp. staf bawahan biasa buat kerja tp yg dpt nama boss dia. dah lumrah alam gitukan. tp kalau boss yg perihatin dia tau siapa yg buat kerja tu. :)
ermm,lebih2 lagi kalau bekerja dengan org kepercayaan bos yang kaki bodek! huhu...sabar je la :)
penah mengalaminya jugak...biasalah kdg2 kita terlalu lurus kan..tu yg org amik kesempatan,tp bila dah terkena harus sedar, klu bley takmo dah...
ye ke ! skang KA tidak lagi
betul tu Asmara
memang kesabaran tu plg2 penting
HH : setuju sgt2
Lumrah kerja, begitulah. kena banyak bersabar, satu hari berpihak pada kita semula
Selalu terjadi, kalau projek tu dalam berkumpulan.... oh time tu,Who are "The Best Speaker" lah yang akan dipndang sedang kan, tangan yang bekerja lain.
memang tersangat lah pernah. time saya lagi la teruk. bila auditor tanya, si mangkuk tu leh jawab dia yg buat semua. Then sampai satu tahap my klik sudah tak tahan ngan si mangkuk tu, dia sound gini:
ooo.. semua kerja u buat la, habis kita semua kat sini dok buat apa? ramas taik ke?
hmmm.. walaupun bukan saya yg ckp, tapi jauh di sudut hati saya turut berpuas hati & bangga dengan my klik kerana secara tak langsung boleh bukak mata & telinga si mangkuk tu. jgn asyik nak dapat nama je.
(tutup muka)
eeuwww... lembu tu lucah... hahaha
sapi dgn susu keduanya sgt penting utk kita...
kak.. itulah yg saya alami tika dan saat ini... masalahnya dah 3 tahun sya bertahan tp serasanya dah tak boleh nak bertahan lg dah... dipandang sepi satu hal la kak.. gaji mcm tu je x naik2.. itu yg menambah sakit hati.. lg best kita kerja teruk2 rupanya org yg x buat kerja tu lg byk gaji dia dari kita.. aduhaii.. mula2 mmg ikhlas buat keja kak.. lama2 bila keadaan makin menekan mcm skrg ni nak keja pun dah jd x ikhlas.. skrg ni bertahan sbb kwn2 jer.. kesian.. kalau kita berhenti secara mendadak org lain plak yg tanggung beban.. semoga Allah terus beri kekuatan dan kesabaran pada saya... sya juga percaya rezeki itu ada di mana2... yg penting kena usaha.. kalau sekadar menunggu je pun x berbaloi gak
saya rasa kat mana2 tempat keje pun sama, mesti ada kes cam ni...
Alhamdulillah setakat nih belum penah terjadi mcm tu lagi tp yelah pengalaman kerja baru dua tahun, akan dtg kite tak tahu kan kak..harap2 tak terjadi lah..akk g zoo melaka? Lamenye dh x jejak sana..
Sabaq ja la KA..memang dah adat dunia ni dah kan... Biasanya orang lain wat keja teruk2, orang lain yang akan dapat nama.. Nasib la ...
situasi memang memerlukan kesabaran yg tinggi...
kalau tak saba boleh gaduh jadinya...
ayu pernah kena dear..kita penat2 buat org lain yg ngku dia buat siap kata tak tido mlm g..hmm.sabor jala jmpa org cmtu..hihi
oooo...erm...x pnh lg..hope nanti2 pn x pnh mengalami..sure rs geram kannn
kebenaran pasti menyebelahi pihak yg benar...jujur dan ikhlas ketika bekerja..biarlah ALLAH yg membalasnya..usah melayan manusia2 pengampu...
dya pun pernah kena..tpi time bljr dulu..
dimana2 pun ada orang mcm ne kak.. saya pun penah terkena.. tapi redho jela..nk bt camane kan..
Pengalaman mrupakan 1 perkara yg paling bernilai.
tnpa pengalaman adakala kita boleh jadi sesat. dan berlagak spt berpengalaman akn myusahkn org.
singgah cni...
tq denaihati sudi singgah!. akhirnya kemenangan akan berpihak pada kebenaran kan
betul sgt2 tu dik
he he lucu juga wantie, tabik spring kat klik u tu!
wei ni citer lain dah ni
he he x brp minat ngan susu sapi ni
queen, seperti komen KA di blog queen, KA sgt2 bersimpati, cuba amalkan doa waktu sedih tu dan kemudian fikirlah sehabis baik minta petunjuk dari Allah swt. Dia maha mendengar insyaallh akan ditunjukkan jalan buat kita samada tetap tinggal atau mungkin ke tempat rezeki yag lain. KA doakan yag terbaik buat Queen ye! will always support u queen
yup betul tu Suraya
syukurlah klu xde kes mcm ni. KA ke zoo melaka kast week ! oklah not bad but letih ssgt
itu dulu mai, skang KA ok happy je
mmg betul tp bab2 ni KA mmg fail, x reti nk cari gaduh lah
tulah ayu siapa yg pernah alaminyer saya yg mengerti kan
kena alami sendiri baru tau rasanye camner yumida mmg sakit hati dn geram
pengalaman mengajar kita untuk lebih matang untuk mengatasi cabaran demi cabaran kan kan kan ;)
alhamdulillah. orang atasan dah tau. Allah tu Maha Adil :)
benar tu
perkara biasa dya
tulah mana2 pun sama juga
leeza betul tu pengalaman yg sgt2 berharga
Biasa laa tuh kalau kita nie org baru.. semua dikatanya multi tasking.. tapi tak per.. satu pengalaman di ambil..kan..
ok tq
setuju sgt2 dgn komen u ni
syukur sgt2
btul tu pengalaman plg berharga dlm hidup
wani pun selalu kena mcm tu...tp sabarkan jer la hati ni
thanx kak.. sdg cari doa yg akak maksudkan tue.. :)
selalu jugak kena..tapi laa nie tgk pd boss ada bossyang ok.kalau tak oktulah yang hangin
berangin eh kalau kena kt sy..mau xde kesabaran kot..hihi
Post a Comment