Wah, KA tak sangka sungguh, nak jadi Juara Master Chef Selebriti pun ada petua dan resepinyer. Macam Dato' Fazley ni, rahsia dan petuanya kata beliau adalah, kena selalu menjadi pengacau di dapur. Ala2, sweetnyer! KA suka, KA suka! . Tapi, KA pantang pulak kalau orang kacau waktu sibuk di dapur ni, siaplah suara jeritan ala2 Tarzan tu keluar nanti. He He He. Kalau nak anak2 berjaya dan jadi Chef terkenal kenalah ikut petua Dato' Fazley ni kan!.
![]() |
| ( Mstar online) |
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob
menjelaskan tidak pernah menyangka akan menyandang gelaran juara
MasterChef Selebriti Malaysia kerana berasakan dirinya tidak mahir
memasak.
Fazley, 33, berkata, pada awalnya beliau hampir menarik diri selepas
dimaklumkan namanya disenaraikan sebagai peserta dan bukannya pakar
motivasi dalam program itu.
"Saya pada mulanya memang rasa tiada keyakinan untuk memasak kerana
jarang ke dapur tetapi apabila mempertimbangkan objektif program ini
yang ingin membantu golongan kurang bernasib baik saya terus bersetuju.
Dalam pada itu, ditanya mengenai rahsianya dalam menghasilkan masakan
yang enak, Fazley memberitahu dia tidak mempunyai sebarang rahsia
sebaliknya sering menjadi pemerhati apabila isteri dan ibunya memasak di
dapur.
Fazley berkata, walaupun tidak pernah mencuba masakan yang dihasilkan
oleh isteri atau ibunya, dia mengingati cara-cara dan bahan yang ingin
digunakan untuk memasak sesuatu hidangan itu.
"Saya suka lihat dan mengingati perkara yang saya lihat dan begitu
juga masakan. Setiap kali menjadi penyibuk di dapur saya akan
memerhatikan bagaimana sesuatu hidangan itu dibuat. "Alhamdulillahlah saya juga tidak menyangka semua percubaan pertama
kali ketika menyediakan hidangan itu memenuhi kehendak juri," katanya.
![]() |
| (mstar online) |
Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Asmara Ini” itu menerima wang tunai
sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia
yang diwakilinya setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13
minggu program itu berlangsung.
Boleh baca lagi CERITA DATO' FAZLEY KAT SINI !


30 comments:
patutlah,tgok gayanya..mmg betullah dia kata tak pernah masak,tapi dia tak pernah kata tak pernah tgok..org masak..mmg mcm kak jugalah..suka tgok org masak..lps tu cuba memasak..
org mcm ni selalunya minat memasak..heheh sayalah tu..
TAHNIAH....... Hmmmm.. Dato Fazley memang layak...
tahniah sekali lagi.
tahniah.. x sangka dia y mng..mmg layakkan..
tahniah...
x sangka dia y menang.. hensem2 pon.tp pndai masak
tengok gak final mlm tadi, Tahniah Dato Fazley! Dah rase dah dia bley menang...
Seronok tgk beliau masak :)
tak pernah tgk Masterchef Selebriti ni, tapi kalau dia menang rasanya mmg dia mintak tips dari wife & mak dia. Wife dia buat bisnes kek, cookies mcm tu. Yg penting bukan Azwan Ali menang huhu..."Selamat Berpuasa" kak hihi...
amboi knor citer pasal dato' fazley pas pusing2 citer diri sendiri pulak ye!
mmg layak pown leeza
setuju sgt!
salam KA..kalau rajin kedapur memang boleh jadi pandai masak.
papepon tahniah buat dato fazley.dia memang layak menang.hehehe
dato' fazley memang layak menang..suka !!
dia mmg layak..
tahniah.. mmg rezeki dr fazley kan.. :-)
~ mmg dh jangka DF akan menang..semua jenis masakan dia bleh msk..Tahniah DF ^^
mmg pown
yup mmg!
TQ, selamat berpuasa juga ye! moga amalan kita sama2 akn diterima ye!
waalaikumsalam... mmg betul tu!
yup KA setuju tu!
Betul tu Liza
btl tu fieda
ye, dh rezeki kan!
KA pun dh jangka!
ada petua ke? hehehe...
dah memang agak datuk DF yg menang..
saya pun tak suka org kacau time memasak..lagi dapur kt umah tu kecik..
owh tu rupanya rahsia dia...tp mmg dia layak pun menang
alamak!! ML ketinggalan laaa..huhu.. ni baru nk tgk gambar2 masa Dr Fadley menang. Mmg dah agak dia menang! Cuma ralat xdapat tgk pertandingan akhir kat astro je... ;( dengar kawan2 cakap Dr Fadley menang...
anyway, nk tanya? gambar atas tu, gambar Dr Fadley dgn wife dia ke? Maaf ML xperasan sapa? Klu wife dia.. comey nyaaaaaaa :) hehehe ptut la Dr Fadley rajin ke dapur..:P
mmg wife dia tu azrene soraya klau x silap
Post a Comment