Tabung Masa Depan ...

Tuesday, July 24, 2012

Petua Soo Wincci Dekati Peminat Dengan Puasa Penuh

Dalam sedar x sedar, dah hari ke 4 kita umat Islam berpuasa kan.  KA tertarik membaca artikel tentang Soo Wincci ni, satu2nyer artis bukan melayu yang berjaya ke top 5 MasterChef Selebriti Malaysia yang dahpun berakhir baru2 ini.  Kalau ikutkan KA , KA suka kalau dia yang berentap di final bersama Dato' Fazley. Tak sangka, dia pun ada petua sendiri bagaimana nak menjaga hati dan mendekatkan diri dengan peminat2 melayu beliau yang beragama Islam.

                                                                  ( cik google )
                                                                  ( cik google )

Baca petikan dari mstar online

PETALING JAYA: Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia, Soo Wincci berazam untuk berpuasa penuh tahun ini bagi mendekatkan diri dengan peminat daripada komuniti Melayu beragama Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

Soo Wincci berkata, ini adalah kali pertama dia ingin berpuasa dan memberitahu teruja dengan kedatangan Ramadan kerana ingin menyemarakkan lagi semangat bulan mulia itu bersama-sama para peminatnya.
"Menerusi program MasterChef peminat saya semakin ramai daripada kalangan kaum Melayu dan saya rasa dengan belajar berpuasa saya dapat mendekatkan diri dengan mereka.
"Selain itu, ia juga dapat mencabar diri saya membuat sesuatu perkara baru yang pertama kali ingin berpuasa," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Soo Wincci, walaupun sedar dengan cabaran yang bakal ditempuh sepanjang berpuasa, dia yakin dapat mengharunginya dengan dorongan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan dan peminat.
"Berpuasa itu pasti menjadi suatu perkara yang amat mencabar buat diri saya tetapi kerana ingin menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat saya teruskan niat ini.

Populariti penyanyi itu meningkat secara mendadak selepas menyertai program masakan berkenaan dan Soo Wincci turut tampil dengan single pertamanya berjudul Terus Teranglah bersama Jow Flizzow.
Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, dia turut mendapatkan beberapa tips daripada rakan berbangsa Melayu dan yakin dapat melakukannya.

Katanya, rakan-rakan turut menasihatinya supaya jangan memaksa diri dan berpuasa mengikut kemampuan sebagai permulaan.
"Rakan-rakan banyak jadi pendorong dan semangat inilah yang ingin saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap dapat berpuasa selama 30 hari," katanya.

Sementara itu, Soo Wincci berkata, akaun Twitter miliknya telah meningkat sebanyak 2,000 pengikut dalam masa seminggu dan rata-rata daripada mereka adalah kaum Melayu.
Katanya, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu kerana ia adalah bukti dirinya semakin diterima dikalangan peminat bukan Cina.
"Saya harap dengan populariti yang dikecapi kini dapat memberikan manfaat kepada saya untuk melakukan sesuatu yang akan disukai oleh semua kaum di Malaysia," katanya.

Good luck to you, Soo Wincci !

54 comments:

Rai said...

alhamdulillah..semoga lepas ni terbuka hatinya nak mengucap pulak..insya allah..

Siti Nursyuhada said...

betul2 sue pon harap dia yang ke final lawan ng fazley sekali angah mmg xsangka kan... hu3... alhamdulilah berkat berkawan dgn org melayu dalma master chef kan... hu3../// suka2 alhamdulilah

Kesuma Angsana said...

InsyaAllah rai

Anum said...

terbaik la KA

ogyep yummy mellow said...

Salam Ramadhan... Kita doakan yg terbaik aje lah kan..

adyna said...

SEMOGA DENGAN BERPUASA NIE NANTI TERBUKA HATINYE UNTUK TERUS MEMELUK ISLAM.. AMIN

Kesuma Angsana said...

yup betul tu

syiela said...

mmg amat berharap dia dengan dato' hari tu

Doakan agar dia berjaya

Kesuma Angsana said...

mudah2an ye

Kesuma Angsana said...

betul tu syiela

aNIe said...

Salam Kesuma...akak suka tengok Soo 'incci ni...manis je muka dia...lembut... pandai dia nak menjaga hati peminat ye... semoga satu hari nanti dia diberi hidayah... Insyaallah..mana tau kan?

Kakzakie said...

Kakak dulu ada satu receptionist cina tapi geng rapat kakak (masa tu sama-sama anak dara). Kalau kakak puasa dia pun puasa. Hatta hari isnin/khamis pun. Nak tahu dah lebih 10 tahun dah sekarang nie dia sudah jadi saudara kita - menikah dgn org Melayu pun.

Mungkin Soo akan jadi macam kawan kakak mana tahukan

Kak Izan said...

waaa... bagusnyer semangat dia... semoga mendapat hidayah dari Allah SWT... :)..sedangkan orang islam sendiri pun kekadang carik alasan nak ponteng posa... tul tak?

atty's said...

suka sgt soo wincci ni, org yg bukan islam pun bersemangat nak berpuasa..alhamdulillah.

Maisarah Azmi said...

semoga dia diberi hidayah...InsyaAllah

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

suker dia dlm masterchef..cantik..pandai masak :)

Afasz said...

moga dia diberi hidayah ... satu permulaan ni :)

alhamdulillah.

Afasz said...

sama ke muka kami ????

SURIA AMANDA said...

good...mula2 puasa..pas tu convert islam terus dan dpt jodoh melayu jugak...

Cik Awin said...

done follow...follower : 468 ;)

eita said...

Walaupun x knal sapa dia ni...
Tapi bgus lh cara dia tu..sekurang2 mencuba jugak untuk berpose..
Kdang tu org melyu pun ada jgak yg x pose

Leeza dayasari [santai leeza] said...

soo wincci mmg baik nampaknya....

Bicara Kak Noor said...

Suka mendengar orang2 yang bukan islam belajar berpuasa mudah2an mereka mendapat hidayah dari ALLAH nanti aminnn

AnneRaini said...

suka dgr wincci ckp melayu..bersungguh-sungguh.

FARAH deeb said...

Ak-ah ade gak terbace. Semoga lepas ni dia terus dapat hidayahkan?

Ietams said...

bagus eh dia ni..

Haryati Hamzah said...

alhamdulillah, manalah tau kot2...dia masuk islam ke...lg bagus...hehehe

kay_are said...

die yang bukan islam pun tergerak ati nak berpose ye? kagum2 =)

Knor said...

sayangnya tak dpt apa pun..moga di beri hidayah.

susumanis said...

Semoga Allah swt bagi hidayah pada soo ni to be a muslim, aamin

Masz Sidek said...

sy pun suka tengok dia masak dlm masterchef...

semoga pintu hati dia terbuka utk Islam...
kita doakan yg terbaik utk dia... :D

maszmadi said...

x bape kenal dia... coz x tgok masterchef.. huhu
pape pon mana tau satu hari nanti dia convert to Islam kan... ameen

eB said...

tgk dier tuh cam hampir sempurna kan? :)

Anum Shukri said...

tak tengok masterchef...

Rinna said...

Suka tgk Wincci kat MCS..tuh. Pandai plak tuh olah makanan

Kasih Salina said...

saya pun suka tgk soo wincci dlm master chef..dia kena bergaul dgn org melayu barulah boleh tertarik dgn Islam..

Nizam.Ariff said...

manis mukanya...
nur je yang belum sampai....

Shaiful Zaidi said...

moga dia diberi hidayah...

wantie said...

syukur sebab Allah dah buka pintu hatinya untuk berpuasa. moga moga Allah akan buka lagi sebahagin pintu hatinya untuk menjadi saudara kita pulak.

KorN said...

x follow masterchef selebriti lah... tp taw la dr fazley menang...

Daddy Ziyyad said...

artis melayu pulak ramai yg tak puasa! haha

ct rahani said...

x tgk la masterchef..

salam kenal sis.. tq sudi singgah blog sy.. dh follow sis jugak.. :)

kiera'sakura said...

semoga pintu hatinya dibuka untuk tertarik dengan islam pulak nanti Amin2

With Julia said...

hi dear...tq add With Julia blog...keep in touch always dear :D

Masha Meisters said...

bukan senang untuk dye puasa 30 hari...greatla kalau dye dapat buat :) insyaallah kalau ada hidayah untuk dye :)

izan mama mia said...

saya suka tgk dia dlm mastercheff

Wanieys said...

sejak tgk masterchef selebriti wani mmg makin minat dgn soo wincci ni hihi..bagus la klu dia nk berpuasa mana tahu satu hari nanti dia tertarik dengan agama kita :)

Prettywrite said...

dah belajar puasa harap2 terbuka hati untuk belajar islam 1 hari nanti kan..:)

mayangsayang said...

wah.. saya pun minat dia ni ...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

bagusss kan cara dia mendekatkan diri dgn peminat melayunya.. ;)

hairy said...

wahhhh!!baru tau pasl cerita ni...

aReLaN said...

moga pasni terbuka hatinya untuk menerima ISLAM lak kan.insya-ALLAH

ALoNa CintamaniszLite said...

Bagus lah dia ada semangat mcm tu..cuma tu lah..dia pose takleh berniat mcm kita...kerana allah ta'ala...

wan nurul hezrina said...

moga diberi hidayah..suka dia.nmpk baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...