![]() |
| DARI GOOGLE |
Melepasi masa 4 bulan berblogging ini
Saja2 me'review' diri sendiri
Apa yang dicapai selama ini
Sudah tercapaikah apa yang dicari
Sudah puaskah rasa dihati
Banyak sudah yang KA pelajari
Erti persahabatan & teman sejati
Sentiasa sudi berkunjung kembali
Menjengah laman yang tak seberapa ini
Tanpa noktah dan tanda berhenti
Duhai teman sahabat sejati
Terima kasih sekalung budi
Tak jemu singggah dan memenuhi
Laman KA saban hari
Tanpa bosan membaca setiap N3
Alang kepalang rasa terkejut di hati
Melihat jumlah sahabat di sudut laman tepi
Alhamdulillah, angka 500 telahpun KA lepasi
Tak terjangka sekalipun akan sebanyak ini
Apatah lagi hadir di bulan yang mulia ini
Bagaikan bayangan sinar di aidilfitri nanti
Terima kasih sekali lagi
Buat sekalian teman2 lama nan sejati
Kerana banyak mengajar KA ini
Erti persahabatan yang suci murni
Dan buat kenalan2 yang baru KA kenali
Moga persahabatan yang baru bermula ini
Akan kekal sepanjang hayat kita nanti....Amin2
Kasih sayang abadi & penghargaan
Dari
KA(With Luv)

15 comments:
insyaallah semoga persahabatan berkekalan hendaknya
wow best nyer saya nie 50 org je x bergerak2....huhuhu
hihihi betul2 setuju kak!!!
:) selamat berkenalan kak!
ececececece tetiba. selamat hari raya :)
hihihi
tq juga buat KA sudi singgah blog dni :)
Wah! congrats KA..
Bilela turn uya dpt ramai followers. dpt 50 pun kira bsyukur!
^_^
Congrats KA ;)
Tahniah KA. Pencapaian yg bagus ;)
cepat pencapaian KA...saya merangkak2 lagi walupun dah 2tahun..
saya pun follow~
tahniah KA.. kita dah follow
T.A.H.N.I.A.H Kak ;)huyohhh pemes.
tahniah akak..bru 4 bulan followrs dh 5rtus..hery dul 4 bulan 2ratus xsmpai..sedih gila dulu2..hhahah
tahniah KA.. keep moving forward!
tahniah dan terima kasih jugak sbb sudi bersahabat ngan sy!
tahniah KA...semoga ikatan perkenalan di alam maya ni berkekalan :)
Post a Comment