Tabung Masa Depan ...

Thursday, July 19, 2012

Selamat Datang Ramadan !

Salam pagi Khamis yang sejuk, sebab pagi2 kat KL ni dah hujan.  Boleh nampak ke anak bulan hari ini.  Apapun, InsyaAllah kita di Malaysia akan mula berpuasa pada hari esok Jumaat ataupun pada hari Sabtu ini.  

Teringat2 waktu KA kecik2 dulu, antara perkara wajib dan momen paling tak boleh lupa adalah, waktu duduk tercongok di depan tv menunggu2 pengumuman bila jatuhnya puasa dan juga pengumuman hari raya.  Pastu, akan bersorak gembira bila x jadi berpuasa(ada sehari untuk makan lagi) dan jadi berhariraya. Indahnya, kenangan itu.  Dan yang pasti waktu itu, Arwah Abahlah yang paling sibuk.......... (Tiba2 KA jadi sebak bila teringatkan Arwah Abah - Alfatihah).  

Oklah, berkongsi sedikit pengertian puasa sebagai persediaan untuk kita bersama.

( google )
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Niat puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Sumber & lanjut baca kat sini ye

For KA, biarlah kita bersederhana dalam apa juapun.  Selamat berpuasa, mohon maaf andai ada kata2 KA diblog yang menyinggung rasa kawan2 tanpa sedar.  Moga kita sama2 beroleh keberkatan dan diterima segala amal ibadah ! 

35 comments:

Anum said...

selamat menyambut ketibaan ramadan

~ yus ~ said...

Selamat berpuasa kak...

atty's said...

selamat menyambut ramadhan KA :)

MizzTina said...

xsbr nk smbut puasa.. =)

Knor said...

info2 ni..best..selamat berpuasa ye..entah sempat ke tak ni,oh ajal

Sue-Rya Qistina said...

tu la. zaman kanak2 kita lain dgn zaman kanak2 skang ni. kita dulu mmg x sabar nak menanti detik bulan ramadhan. seronok bgn sahur. hehehe..thanks sharing info.

al-fatihah utk arwah abah..

Aishah Jahirah said...

Kl ujan...sejuk sangat...
selamt menyambut ramadhan KA,salah silap mohon dimaafkan...;)moga ramadhan thn ni lebih barakah...

nuyui a.k.a miss YUI said...

salam ramadhan n selamat berpuasa..

TiranaAduka said...

Wellcome Ramadhan.......
I'm waaiting it

Rai said...

KA,
saya pun mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam berbalas2 komenni ye..

adyna said...

selamat berpuasa untuk ka sekeluarga dari kami sekeluarga.. ptg nie tgk anak bulan

Suraya Baharun said...

selamat menyambut bulan ramadhan yang dinanti2...insyaAllah semoga dipanjangkan umo supaya dapat menjalani ramadhan tahun ni sampai ke penghujung nye....amin...

hairy said...

selamat menyambut ramdhan akak... :-)

wantie said...

Ramadhan al mubarak. Semoga amalan puasa kit aberjalan dengan lancar dan lebih baik dari tahun sebelumnya. amin..

syiela said...

Selamat menyambut ramadhan.. moga ibadah kita tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya

nn lylyn said...

slmt brpose ^^

Mymiesein said...

Tak sabar nak menyambut puasa... Sentiasa bersederhana dalam apa jua keadaan... Salam perkenalan... Follow u...

Mama Gee said...

selamat menyambut Ramadhan ya KA... :)

Yana Aina said...

selamat berpuasa KA :)

Ummi Iman said...

Selamat menyambut Ramadhan KA :)

cik yuyu said...

selamat menyambut ramadhan..

Momo said...

salam ramadhann:))

Ikhwan Suhaimi said...

Selamat Menyambut Ramadhan kak :)

Ujie said...

refresh our memory..entri yg sesuai menjelang Ramadhan.

salam kenal & slmt menyambut Ramadhan!

Kasih Salina said...

salam kenal dan salam ramadhan juga..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna..

SURIA AMANDA said...

Selamat menyambut Ramadhan dear..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

selamat berpuasa. tambah amalan tambah pahala :)

eelobor said...

selamat menyambut ramadhan dan semoga ibadah tahun ini lebih berganda daripada tahun2 lepas. Insya Allah....

Bazilah (^0^) said...

mlm ni leh dgr pengumuman puasa beramai-ramai :)

Kesuma Angsana said...

Komen 1 for all ye, Tq sudi konmen, KA doakan ramadan tahun ini ramadan yg lebih baik utk kita semua !

Alieza Dayasari said...

sama2 kasih.... hehehehe

Wanieys said...

semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua...selamat menyambut ramadhan :)

rossysweety said...

salam Ramadhan ,

selamat berpuasa , semoga Ramadahan ini , membawa keberkatan kepada KA sekeluarga .

:)

Pecinta pink^^ said...

salam ramadhan n slmt berpuasa..smoga ramadhan kali ini lebih di berkati:)

petrasis1 said...

slmtt bpuasa kak.. hari ke 3 baru nak wish.. hehehe... ramadhan kareemm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...