Tabung Masa Depan ...

Friday, July 27, 2012

Si Bijak Soo Wincci Manis BerKurung

KA ada tulis cerita tentang Soo Wincci sebelum ini, yang akan cuba berpuasa penuh katanya untuk mendekatkan diri dengan peminat2 Melayu beliau yang beragama Islam kan! Boleh baca kat sini!

Hari ini terbaca lagi citer Soo Wincci ni.  Dia antara 5 finalist untuk MasterChef Celebriti Malaysia, memang cukup manis berbaju kurung.  Paling KA suka ialah semangat dia nak bercakap dalam Bahasa Melayu, walau kadangkala sampai tersenyum2 KA dengar.  Hu Hu Hu

Memetik berita sumber PAKEJ SOO WINCCI @ KOSMO

MANIS sungguh kelihatan juara Ratu Cantik Dunia Malaysia 2008/2009 berusia 27 tahun ini menggayakan tiga persalinan baju kurung khusus untuk sesi fotografi bersama Kosmo!. Ini merupakan kali pertama buat dirinya menyarung baju kurung untuk sesi fotografi dengan media. 

Menceritakan tentang kebolehannya dalam dunia masakan, Soo Wincci yang lebih mesra dengan panggilan Wincci berkata, sejak kecil dia suka membaca buku masakan kerana gemar melihat gambar masakan yang cantik.
“Apabila selalu lihat gambar dalam buku resipi itu cantik-cantik belaka, saya mula mahu belajar cara-cara hendak buat masakan tersebut,” ujarnya.

Tambah duta kosmetik Avon itu, kebolehan memasaknya terus diasah apabila melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK) apabila tiada pilihan makanan di sana.
“Ramai kawan-kawan cakap rindu masakan di Malaysia, jadi sayalah tukang masaknya, saya belajar macam mana nak masak makanan tradisional, rasanya dari situ saya belajar,” ujar anak sulung perempuan tunggal daripada tiga beradik itu.

Menceritakan pengalaman dalam program MasterChef Selebriti, ujar Wincci, dia sebenarnya fobia apabila dikehendaki memasak kari, baginya masakan itu adalah yang paling sukar dilakukan.
“Setiap kali masuk pusingan penyingkiran, saya mesti kena masak kari, sampai buat karipap untuk juri jemputan Datuk Siti Nurhaliza pun saya masak inti karipap kari campur tauchu, nasib baik dapat komen yang baik,” ujarnya mengimbas kembali kenangan dalam program berkenaan.


Siapa sangka Wincci sebenarnya masih belajar dan menyambung ijazah doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pentadbiran dan menerima biasiswa Universiti Terbuka Kuala Lumpur. Dijangka menamatkan pelajaran pada 2014, Wincci merasakan istilah belajar buat dirinya tidak pernah berkesudahan.
 
Bagi merasai nikmat bulan Ramadan, Wincci bertekad untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan ini.

Menurut Wincci, ini merupakan kali pertama dia belajar berpuasa dan telah mencubanya sehari sebelum umat Islam mula berpuasa pada 21 Julai lalu.
“Ramai kawan Cina saya tidak tahu macam mana rasa berpuasa, jadi saya hendak cuba pengalaman ini. Hari pertama mula berpuasa, saya telah berpuasa penuh, jadi saya bertekad untuk berpuasa sehingga sebulan,” ujarnya.
Jelas Wincci, dia berpuasa bagi menghargai orang Melayu yang telah banyak membantunya sehingga dikenali dalam persada seni ini.
Beritahunya lagi, bakatnya digilap untuk pasaran seni Melayu oleh bekas Pengurus Besar Beyond Event Sdn. Bhd., arwah Amin Hussein.
“Jika dia tidak memberi tunjuk ajar kepada saya mungkin saya tidak sampai ke tahap sekarang. Saya bersyukur kerana mengenali arwah dan semua ini saya buat bagi membalas jasanya,” katanya.

Apapun, kita harapkan yang terbaik untuk Soo Wincci ye!

   

44 comments:

Anum said...

all the best

Aishah Jahirah said...

bersungguh dia berpuasa..hehee xtgk masterchef...apapun anggun dia berbju kurung...;)

Knor said...

nampak keikhlasan di wajahnya..semoga di beri hidayah

Sue-Rya Qistina said...

manis sungguh bila dia berbaju kurung kan :D

missha said...

masa dlam masterche, suka tengok dia cakap melayu :)

:: Mrs.Eady :: said...

sweet!!!!

wahida said...

mmg minat kat dia ni masa dlm MS tu...comel dan gigih berbahasa melayu...hehe...

cantik pulak dia pakai baju kurung tu...

Siti Nursyuhada said...

rezeki dia makin melimpah2 yee bila join program melayu nie... hu3 sue suka dia sgt

BERT said...

suke sgt dia... cntik bangett :)

aReLaN said...

memang manis.hehehe

SURIA AMANDA said...

suka la kat dia..soft spoken..suara pun best...dah buat single dalam bahasa melayu kan?

Aleyn said...

Kenal dia masa masterchef la...sweet jer

Kak Izan said...

Semoga dia mendapat Hidayah dariNya.. amiinnn..

wantie said...

yang si soo ni dok pakai baju kurung la. nampak sweet la. Tpai yang si Salamiah Hassan tu plak. cam na eh

Rasp said...

ayu lak tak dia berbaju kurung...

izz iizza said...

manis jer dia pakai baju kurung..:)

Ira said...

Cantik la dia berbaju kurung.. manis je..

Ira da follow KA.. hehe..

Mas Sani said...

Slm bls kunjungan dan follow kembali, terima ksh ye.....mmg ayu dan manis nmpknya soo winci tu

mama aryan said...

cantik lak dia berbaju kurung..sweet je

Ujie said...

Semoga akhirnya terbuka pintu hati memeluk Islam.

gadisBunga™ said...

cantik dak win ci nih. heheh~

sudipVSsenduk said...

dah la cantik, pandai pulak tu... bonus

Adylia Qarissa said...

dkna suka tengok dia masak-masak.. :)

Kakzakie said...

Cantiklah dia berbaju kurung. Kita doa-doakan mana tahu ada hidayah dia menjadi saudara kita...

nur anis said...

saya suka soo wincci ni tau..:)

LydSunshine said...

"hati saya bagai melompat keluar" kata wincci masa juri tgh mencuba masakannya. Hehehe.

Daddy Ziyyad said...

kalau dia masuk Islam, berderet lah datuk/politician nak ambik jadi bini kedua..~haha

ieda said...

aah cantikk
mana tahu dia dpt hidayah
sama2 kita doakan ;)
ieda pun minat dia nie ;)

eB said...

bagi eB dier hampir perfect orgnyer :)

izzah said...

suka dengan semangat yg dia ada...hope satu hari nnti dia dpt hidayah plk...=)

AZRUL AZMI said...

sweet sangat... suke cara die... rendah diri..

ERYZA said...

memang cantik tambah pulak berbaju kurung, tampak manis jer

Leeza dayasari [santai leeza] said...

nama soo wincci.. kian meningkat naik...
tahniah.

izan mama mia said...

dia kan ratu cantik....mmg lor cantik sangat kan..

N.Aima K said...

wah cantik baju kurung tu boleh jd inspirasi hari raya ;)

onie said...

wah......semoga wincci diberi hidayah oleh-Nya...salam ramadhan :)

FnF Simple Life said...

Dia sgt pandai menambat hati peminat melayu kan...bijak pula tu... act saya tak kenal dia... baru ni kenal...hehehe... tapi tgk gambar dia pastu KA kata semangat nak cakap melayu walaupun pelat hati pun sedikit terpaut...ngeee

Hilmirda Daud said...

Semoga niat dia nak cuba puasa penuh tu tercapai.

paridah said...

patut dicontohi sikap artis ini yg berusaha memperbaiki diri n memajukan diri...

liemaopurut a.k.a ana said...

adesss...memang lucu sunggu dia ni..masih ingat2 sampai skang ayat dia 'HATI SAYA MCM NAK TERLONCAT KELUAR'....gelak guling2 dengo....tp suke sebab rasa dia sangat cute...

hairy said...

perghh mmg sweet lah...suka tgk bgsa lain paai baju kurung...hehe

Nurul ain said...

Cantiknya dia ber- b.kurung...

onlajer said...

fee weett hehe

Wanieys said...

sweet jer dia berbaju kurung :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...