Tabung Masa Depan ...

Monday, July 23, 2012

Terpaksa Hidu Bau Nafas Dengan Mulut & Bau Mulut Orang Berpuasa

Salam Pagi Isnin di Ramadhan ketiga!.  Pagi2 dah baca berita ini.


KATHMANDU - Beberapa anggota polis di sini menghidu bau nafas para penunggang motosikal bagi mengesan mereka yang meminum minuman keras, lapor agensi berita AFP semalam.
Ketiadaan alat penguji nafas dan ujian darah menyebabkan anggota-anggota polis menggunakan kaedah mengesan bau nafas para penunggang motosikal.
Salah seorang penunggang motosikal itu, Ram Thapa, 27, telah dikenakan denda sebanyak 1,000 rupee (RM37.79) manakala lesennya dirampas kerana polis mendapati nafasnya menunjukkan dia telah meminum minuman keras.
Namun, dia tidak ditangkap. Menurutnya, dia minum tiga gelas kecil wain buatan tempatan.

Aduhai, nasib baik lah kat Malaysia, pihak polis kita cukup semua peralatan penguji nafas.  Kalau tidak, bayangkan jika perkara yang sama terpaksa dilakukan oleh pihak polis kita juga ! Hu Hu Hu.

Apapun bukan itu perkara utama yang nak KA kongsikan.  Tetapi tentang perkara ini.  My bongsu daughter tanya kalau dia gosok gigi batal puasa ke.  KA kata hukumnya makruh dan tak batal puasa kecualilah kalau tertelan ubat gigi tu.  Terus dia cakap, Adik x yah gosok gigilah pergi sekolah macam tu !.  Susahnye nak bagi faham anak2 kecil yang umur 6 tahun ni. He He He

Bau Mulut Orang yang Bepuasa Lebih Harum di Hadapan Allah daripada Bau Misik/Kasturi

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

قَالَ اللَّهُ : كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامَ ، فَإِنَّهُ لِى ، وَأَنَا أَجْزِى بِهِ . وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ ، وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَصْخَبْ ، فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ ، أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّى امْرُؤٌ صَائِمٌ . وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ ، وَإِذَا لَقِىَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

“Allah berfirman,’Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa tersebut adalah untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya. Puasa adalah perisai. Apabila salah seorang dari kalian berpuasa maka janganlah berkata kotor, jangan pula berteriak-teriak. Jika ada seseorang yang mencaci dan mengajak berkelahi maka katakanlah,’Saya sedang berpuasa’. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau misk/kasturi. Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, ketika berbuka mereka bergembira dengan bukanya dan ketika bertemu Allah mereka bergembira karena puasanya’. “ (HR. Bukhari dan Muslim)

44 comments:

SURIA AMANDA said...

suka info ni...thanks for sharing

Kesuma Angsana said...

wlcm dear

Yana Aina said...

apa nk buat .. dah tugas mereka :)

Kakzakie said...

Kesianlah polis mereka kan.. bayangkan kalau bulan puasa nie kena lakukan begitu..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

x tahan bau nafas
kena bau mcm longkang ...muntah berjemaah plak nnt ngeee

syiela said...

kesiannya.. tak dapat bayangkan.. jenuh la nak bau mulut sorang2

Knor said...

betul tu..saya tak sanggup..

tahniahlah pd mereka..

Suraya Baharun said...

gud info kak..

KorN said...

kalo kat malaysia lain lak cter, anggota polis pengsan bau mulut penunggang motosikal.. hehhee

Nizam.Ariff said...

wain buatan tempatan???

Todi la tu..

are_lin@yu said...

tak dapat bayang kan kalau polis kita pun kena hidu camtu..hehe..salam ramadhan dear ;-)

Rai said...

aduhh..pengsan..bau dari jauh je da buat saya loya..nak bau dekat mulut orang lagi la....

adyna said...

demi tugas :)

semoga beroleh ganjaran :)

sangat setuju bau mulut org yang berpuasa ibarat bau kasturi :)

Ikhwan Suhaimi said...

Hahaha... your daughter funny la kak, ade je idea die menjawab.

ieda said...

aduhh macam2 dunia skrg nie

Kak Izan said...

Seronok ajar anak2 posa nie.. macam2 soalan kena jawab.. :)

anisalya said...

mmg budak2 seusia tu susah sikit nak faham.

che mid said...

Salam Ramadhan dan salam kenal dari Che Mid..

Daddy Ziyyad said...

pengsan polis malaysia kalau kena bau mulut time bulan puasa..ekekeke

putryteya said...

hahhaha .. kesian jugak polis2 tu . kena hidu nafas orang

salam kenal . hihiks . folo sini juge

gadisBunga™ said...

sayang sikit, sekarang ni kalau org tgh puasa pun boleh buat benda2 mungkar. macam dah boleh jadi perisai untuk diri dia...

Tihara said...

memang mulut kita musyuk sbb tk makan n minum..namun banyak fadhilatnya..kelakarlah si kecik tu meti maleh gosok gg eks :)

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

perghh kalau kena bau time org lepas makan durian lagilah naya kan

~MakLady~ said...

hehehe.. btui tu .. bau org makan durian klu sedawa? mak dara oiiii..mau pengsan!!

bau mulut masa puasa mmg ok. tpi tak tahan klu bau mulut org yg mmg tak gosok gigi. Duduk sebelah pn rasa dah nk termuntah!!!

:P~~

~MakLady~ said...

KA : juz imagine kalu polis kita kena wat mcm tu. Kena amik bau mulut org.. Nak plak klu mulut org yang berbagai bau dan rasa? ha ha ha Mau pitam, bangun! pitam, bangun! bau tak ilang2 ..hahaha..

Shaiful Zaidi said...

Macam2 bau yg dpt dihidunya...
Bagus latih anak-anak kecil berpuasa...

eB said...

pengsan... kena kuat smnagt la kalo g2 kan? hu3

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kalau kat m'sia buat camni, ramai polis yang pengsan. hihi

Rinna said...

Parah gitu.. asik nak bau mulut org jerk.. naya je laa.. kalau mulut tuh bau.. erkk..

Aishah Jahirah said...

hehee kalau kt msia cam2...jenuh la...
mesti anak KA tkt tertelan ubt gigi kendian puasa dia batal...hee

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

perghhh..pingsan wooo kiki

eita said...

kalau kat malaysia buat macam tu mau koma diorang...bukan sikit nak kna bau tu..

tak gsk gg gi sekolah?...nanti orang tak nak kawan plok..
hehehhe...

Asmara said...

pulak dah.. hihi. beli je la alat pengesan minuman tu kan. isk2..

hairy said...

hahaha...kalau busuk mmg akakn kena kutuk..hahaha

maszmadi said...

haha, ada niat malas nak gosok gigi lah tu kan... iskiskisk

Yumida said...

bagusnya kat sana kan..pihak polis bergiat aktif..even menghidu bau nafas pengguna jln raya...klo kat malaysia guna cara ni sure dh dgr byk bebelan dari mereka..hehe

thanks utk info guna air garam utk sakit gigi tu ye..klo free jenguk kt sini:

http://umikasum.blogspot.com/2012/07/sungguh-aku-terharuterima-kasih-kalian.html

Si Matatajam said...

Komitednya depa wat keja tu... Agak2 kat Malaysia ni, polis kita sanggup ke wat camtu..hu hu..

izz iizza said...

adehh x sanggup la sy buat keje camni..

Siti Nursyuhada said...

hebatkan tanggung jawap diaorg nie.. mmmg respek

ALoNa CintamaniszLite said...

seharum limau kasturi tu bau mulut org yg berpuasa ni....jgn memain...kan!!

azievee said...

pandai nyer budak2 sekarang mak ckp begini diorg jwp begitu...hehehe

azievee said...

budak2 sekarang bijak2 belaka x terkata mak2....hehehe sabo je la...

Denaihati said...

mungkin patut ada elaun khas tu...heeee

Wanieys said...

jenuh la nak membau sorang2.....nasib la polis2 tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...