Tabung Masa Depan ...

Monday, July 30, 2012

Tips Hilangkan Tabiat Buruk

Semua orang ada tabiat buruk seperti mengumpat, malas, tidak menjaga kebersihan, suka menggigit2 kuku contohnya dan juga sebagainya boleh diubah asalkan diiringi dengan niat dan usaha yang tinggi.  TABIAT buruk kadangkala perlu diubah kerana ia terkadang boleh merosakkan hubungan sesama manusia.

KA tulis N3 ini, atas dasar nak sama2 membantu KakZakie yang bertanya KA, kerana salah seorang anak dia, suka sangat menggigit2 kuku.  He He He.  Bagi KA, sesetengah orang melakukan tabiat (buruk) ini terutama ketika gelisah dan stress. Harap2 ini dapat membantu ye Kak!

( google )

Anda ingin mengikis dan seterusnya membuang tabiat buruk itu agar orang di sekeliling tidak jelek melihatnya? Disini beberapa tip bagaimana menghilangkan tabiat buruk.

Berperingkat-peringkat
Jika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat.
Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal.
JANGAN memaksa diri untuk membuang tabiat buruk dengan drastik sebaliknya lakukan secara beransur-ansur.

Beringat selalu
Jika anda telah ditegur rakan disebabkan tabiat buruk, cuba untuk berubah. Sentiasa beringat untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang.
Tabiat buruk yang berulang-ulang menyebabkan rakan merasa jemu dan benci pada diri anda.

Kena ada kemahuan dan niat
Anda ingin berubah tetapi tidak memiliki kemahuan dan niat yang sungguh-sungguh. Jangan berharap perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah.
Setiap satu perubahan yang diinginkan memerlukan kemahuan yang tinggi dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.

Selami dan fahami
Selami dan fahami dahulu tabiat buruk anda. Fikirkan impak negatif yang bakal anda peroleh jika tabiat buruk itu masih anda praktikkan.

Bersabar
Jangan mudah berputus asa jika anda masih mengulangi tabiat buruk tersebut.
Memang tabiat buruk susah untuk dibuang. Ini kerana, perubahan melalui tahap dan proses yang panjang. Mungkin anda beringat untuk tidak melakukannya sekarang. Namun, tanpa disedari anda mengulangi semula tabiat buruk itu kemudian harinya.

Berdoa
Jika anda merasakan rakan-rakan menjauhkan diri disebabkan tabiat buruk anda itu, berdoalah memohon pada Tuhan agar tabiat buruk itu dapat anda buang.
Jangan pula berdoa tetapi anda tidak berusaha untuk membuangnya. Seiringkan doa dengan usaha, lama-kelamaan tabiat buruk itu dapat dibuang dari dalam diri anda.

kredit : kosmo.com.my

32 comments:

anaa said...

salam KA,
terima kasih sudi singgah blog saya..

timer kasih tips ni, saya memang tengah usaha nak buang satu tabiat buruk... banyak bercakap kat ofis, tu macam ala2 ngumps jugak la kann..huhuu..

eita said...

anak sedara ada tabiat buruk macam ni..duk saja2 selalu je gigit kuku..
tengah fikir pun leh gigit kuku...

wahida said...

bila dah habit, mmg susah nak tinggalkan tabiat tu...huhu...

adyna said...

abg saya ada habit mcm nie suka gigit kuku ;)

fiza said...

Thanks for the tips KA. Smoga kita dpt hilangkan tabiat buruk dalam diri kita (klo ada) step by step.

Salam kenal. Follow sini juga (500)

wantie said...

saya sokong tu, jika ingin berubah kita kena lakukannya secara berperingkat. jgn secara drasik.

tetiba teringat kata kata adik " people are change"

Rai said...

membuang habit sebenarnya susah..tapi kena cekal..

Wanieys said...

fengsan klu nk brubah secara drastik...kena peringkat2 la kan hihi

Kasih Salina said...

salam KA, betol tu..memang sesetangah orang ada habit masin2 dan susah buang kan..tips berguna ni..

fazitaismail said...

yg penting kena cekalkan hati dan dan bedoa agar kita bleh berubah secara beransur2..kann..hehe

SURIA AMANDA said...

i x tau plak apa tebiat buruk i...rasanya i ni panas baran kot..huhu...susah nak hilang tp dah berkurang...

Atia Adina said...

anak saya si atia tu habit dia gigit kuku...puas dah larang...tetap gak buat

Arina Shamsul said...

tips yang baik :) thanks sharing :)

Shaiful Zaidi said...

tips yang bagus ni...

Kakzakie said...

Enthalh KA.. kakak lihat susah benar nak hilang. Siap pakai inai pun masih di gigit juga. Lagilah sekarang dah duduk asrama lagilah susah. Kakak pernah kata bungkus hujung jari dgn finger coat baru tak buat agaknya..

Terima kasih buat N3 ini. Jumaat minggu ini dia balik kakak nak suruh dia baca. Thanks dear:)

Izzati Suhaide said...

kecik2 dulu sy suka gk gigit kuku..bila dh besar ni x dh tp sepupu sy suka gigit kuku...hehe

Suraya Baharun said...

tips yang baik...kene bagi kat en suami ni..suka sgt gigi kuku...hehehehe...

anamizu kaito said...

tips yg baik ni KA.. hehe..
ramai yg gigit kuku bile nerves =P






slm ramadhan,
cik ana

MAMAYIYEN said...

Hi dear! Thanks sudi jenguk blog Mamayiyen :)
Good tips!

wan nurul hezrina said...

waah dulu nur ulpun ada tabiat ni tp dah kawin ilang.hikhik

~Sweet Honesty~ said...

istiqamah tu yg mesti ada..insyaallah pasti akn berjaya..

Ati Masrif said...

salam,

anak kita darjah 2 pun suka
setiap kali nk potong kuku
kuku dah pun selamat di gigit
tapi kita selalu ceritakan yg
kuku tu banyak kuman dan bagilah contoh
alhamdulillah...dah ok lani :)

Adylia Qarissa said...

dkna rasa kalau mengumpat tu susah sikit nak kikis hehehheee

LYAfrina said...

lya jns x gigit kuku.. tp kawan lya ada jnis t..smpai kuku dia dam bergeriji

izan mama mia said...

tip yg bagus...mmg nak suruh anak berubah tabiat buruk dia makan masa..tapi sbb mereka masih kecil..insyaallah..senang nk berubah..lainlah pulak kalau org tua..mmg payah..

KhaiRin : anies said...

betul tu..hati mesti kuat kalu nk berubah

Si Matatajam said...

Nice tips.. Nasib baik M tak dak la tabiat camtu...

lieyalatif said...

Tips yg bagus ni kak sbb anak lieya no 2 tu penggigit kuku tegar hahahahaahah....

izz iizza said...

tip yg bagus..

3 anak sy mujur xde tabiat ni..jadi xla pening sangat..:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam KA..setiap org pasti ada tabiat buruk masing2...hihi.Terima kasih atas pengkongsian tip2 ini.

azievee said...

hehehe...tabiat buruk saya adalah cuai selalu kena sound ngan hubby... ade member suka gigit kuku sampai ke isi pun nak gigit lagi..

Cik Anis said...

follow sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...