Tabung Masa Depan ...

Tuesday, July 31, 2012

Tips Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki, Nak Raya Ni!

Part2 ini, memang ramai yang tak ambil peduli sangat. Betul tak! Cuma maintain potong kuku bila dah panjang.  Samalah kita, KA pown dulu2 macam tu juga. Yang penting kuku kena bersih je. Tapi, lepas ada minor diabetis dulu, memang KA beri perhatian yang lebih tang menjaga kuku tangan dan kaki ni. So, lepas tu KA pown cari2 info, cara penjagaan kuku tangan & kaki yang betul. 

Share info ini with uols juga ye!.  Bukan sebab dah nak raya tau!
 
Kenali Kuku Anda
Kuku adalah keratin protein yang juga boleh ditemui dalam kulit dan rambut. Kuku terbahagi kepada beberapa bahagian:
  1. Nail Plate (lapisan kuku paling atas) – Bahagian yang jelas dilihat pada kuku jari dan kaki.
  2. Nail Bed dan matrix – Kawasan di bawah kulit kuku (cuticle), bahagian kuku yang tersembunyi ketika proses pertumbuhan kuku.
  3. Lunula – Sebahagian daripada matrix dan ia berwarna putih. Berbentuk seperti bulan sabit di bahagian pangkal kuku dan jelas dilihat di ibu jari.
  4. Kulit kuku (cuticle) – Tisu yang bertindan antara lapisan pangkal dan bingkai kuku.
  5. Lekuk kuku (nail folds) – Lekuk kulit yang membingkai dan menyokong kuku dari tiga arah.
Kuku Rosak
Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat.
Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius anda mungkin hilang ‘nail plate’ (lapisan kuku paling atas).
Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik seperti berikut:
  • Sakit berkaitan hati – Kuku yang berwarna putih
  • Sakit buah pinggang – Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh berwarna putih
  • Sakit jantung – Nail bed berwarna merah
  • Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
  • Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat
  • Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya
Tip Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki
  • Guna losyen tangan lepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan.
  • Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
  • Makan banyak buah-buahan dan protein.
  • Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
  • Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki haris discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
  • Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.
  • Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
  • Jika anda berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
  • Pakai kasut yang sesuai dengan saiz anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
  • Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
  • Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
  • Sapukan bedak khas untuk kaki.
  • Jika berhadapan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa doktor jangan cuba mengoreknya.
SUMBER INFO DARI SINI

37 comments:

man said...

tq for info..laki pun blh jgk..hheheheh

wantie said...

saya memang suka potong kuku yg sependek pendeknya. terutama kuku tangan. ntah le diah biasa cenggitu.

sib baik tak de cekam.

QasehnyaRania said...

betol tu KA...kena jaga kuku nih sebetulnya...
thanks share ;)
asyik jaga muka je..kuku tak...tak elok cam tu tau :)

:: Mrs.Eady :: said...

nice ~

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

tips yg sangat bagus kena cuba ni hehe

Sue-Rya Qistina said...

wah..nice tips ni! thanks for sharing KA. saya mase preggy, ade anemia. sbb darah berkongsi 2 org kan. huhuhuhu. jgn kata kt kuku, bwh mata pun pucat jugak..

Pecinta pink^^ said...

nice.baru sy tahu yg pasal jenis kuku tu..kuku pn kna jge elok2 kn..kbersihan..:)

Wanieys said...

tips yg bagus ni KA tmbah dekat nk raya ni kuku pun kena jaga kan heheee

adyna said...

sejak dah tak keje ni.. kuku pun dah suram hehehe

Nurul Husna Mohd Hassan said...

tips yang berguna :)

Azee Hana said...

hhmm..malas je..kalau rajin,,memang canti n terjaga la..macam mane la nak atasi sifat malas ni..haha..nway,,thanks for the info..

Zana Adieyza said...

tips yang berguna utk diamalkan.. nice sharing dear..

salam kenal dari zana.. nice blog!

Deq's Qienz said...

Pekongsian yg baekkk

Qhaifa Nur said...

bab ni selalu kita pandang remeh...
tq for info......

aReLaN said...

nice tips.huhhu...baru tau pasal kuku ni ada banyak bahagian. selama ni tau kuku je.

careno said...

gud sharing... :)

KhaiRin : anies said...

tips sy = ketip kuku x boleh share ;-)

LydSunshine said...

KA, takde gambar ke? Tak dpt imagine yang mana nail bed yang mana kutikel, lunula dan sebagainya. Tapi saya pun sama jugak macam KA, setakat potong je kuku. Takde teknik2 tertentu. Heheh.

eB said...

kuku pendek sgt. hu3

sudipVSsenduk said...

kuku saya shape cawan, pendek-pendek.

good info, TQ

wani sc said...

tips yang bagus. saya jaga juga kuku tangan dan kaki, paling kuat pun sentiasa pendek dan tidak hitam dan berdaki. sapu losyen jarang sekali. huhu

~Sweet Honesty~ said...

kalo ada gamba baru dpt tau rupenye..

Sue PeLik said...

dulu2 orang ketip kuku pakai pisau yang kecik tuu
KA tau? saya pernah cuba! sampai terluka tangan bahaya betul hihihi

mama aryan said...

infi yg bagus..tq,saya pun cuma tau ketip kuku je,dulu2 masa bujang rajin la rendam kaki dgn air suam skang dah x buat lg

Si Matatajam said...

Tips terbaik ni KA....nice sharing dear...

missha said...

penat dok belek2 kuku..hehe,,info pasal penyakit tu bez :)

Cendol said...

thanks info ni KA.terus belek2 kuku.huhu.yelah penjagann kuku tgn,kaki tu pnting kan..nice share!

FnF Simple Life said...

tips bagus... ye le org selalu abaikan bab kecantikan kuku kan. saya...janji kuku pendek aje...rupa losyen utk kuku pun tak tau...haishhh

AZRUL AZMI said...

Kalau kene cekam, susah nak jalan... Even pakai kasut pom tak leh..

keli menari said...

jaga jari n kuku sebaiknya.. baru la sedap mata mmandang nak taip kat keyboard ni.hehe

Asmara said...

kdg2 mmg terlupa terutama tang kaki tu. hihi..

Princess Nusy said...

nice tips..drpd kuku pun dpt tau pnyakit..huhu..tp xreti tgk..hehe.. ^^

Nur-nba said...

Bagus info ni.. Tq Kak Kesuma..

محمد شهريل القنيطري said...

thanks KA..serius benda ni amat berguna skung baru tahu... ;)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

GOOD TIPS....

Anonymous said...

sy kalau boleh ada bajet nak jgk pegi salon buat manicure dan pedicure :)

Anonymous said...

Bosan -,-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...