Pagi2 Isnin yang sedikit sebu ni, makin bertambahlah KA sebu bila baca cerita2 macam ni. Sepatutnya di bulan baik seperti ni, kita ambil kesempatan untuk berbaik2 dan menjernihkan keadaan serta bermaaf2an. Uols semua layan je lah cerita yang KA baca ni ye !

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar telah menerima
mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berbau ugutan daripada suaminya,
Aidil Zafuan Abd. Radzak selepas wanita itu membuat kenyataan mengenai
rumah tangga mereka dalam Melodi di TV3 pada Ahad.
Rita, 36, dalam mesejnya kepada wartawan mStar Online
memberitahu, dia menerima SMS daripada Aidil, 25, yang antara lain
berhasrat mahu membalas dendam dengan memalukan Rita dalam rancangan
tersebut.
“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad).
"Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia
pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,” kata Rita
pada Ahad.
Menerusi rancangan Melodi itu Rita yang ditemu bual wartawan
Azmi Jamsari mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain
kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan
rumah tangga.

Malah Rita juga memberitahu Aidil sebenarnya sudah termakan hasutan
pihak ketiga yang akhirnya menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah
dan tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Rita dalam Melodi itu juga turut menyerahkan kepada takdir bagi menentukan jodohnya dengan suami.
Dalam perkembangan berkaitan Rita menambah, selama ini Aidil juga
banyak memberi kenyataan termasuklah melalui rancangan hiburan tersebut
tetapi dia mengambil peluang untuk tidak melenting. Bagaimanapun Rita kecewa apabila kenyataannya pada Ahad mendapat
reaksi negatif daripada Aidil sehingga sanggup menghantar SMS berbentuk
ugutan.
“Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?” soal Rita.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008
tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut
menimbulkan masalah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit
Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira
setahun. Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di
Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung
halamannya di Perlis.
Apapun KA doakan yang terbaik aje untuk mereka. Yang penting nak dekat raya dah ni ,jadi fikir2kan untuk anak2 yang masih kecil tu!.
Sumber Berita
48 comments:
2la kan smg kes diorg nih berkesudahan yang baek..tak elok meruntuhkan masjid yg dibina :))
kecian kat rita..hmmm aidil tu memang tak matang betul lah..settle jelah secara elok2..tak pk psal anak ker..hmmm
anak die sorg ikut muka bapak sorg lagi ikut muka mak ..dedua ensem....
kesian nye kat rita ni..
nak kene layan ragam si aidil tu.
macam-macam hal
Mak-ayah tertelagah anak-anak juga yg jadi mangsa. nasib anak masih kecik tak faham lagi. Kalau dah besar mesti malukan..
Cepatlah settle problem diaorang ni.
kesianlah dgn rita dan anak2..
kesimpulannya, jauh2kanlah diri dpd 'budak'...
mmg tak matang lg aidil tu...
moga dorang dapat selesaikan dengan cara baik.. nak raya ni.. kesian anak2 dorang
kesiannya kt rita kan KA. x ptt la aidil buat mcmtu kt dia. dh la diorg kawen pun xdpt restu parents aidil. so, rita dh stress kt situ. aidil jgnlh tmbh lg stress rita tu. kesian sgt kt dia n anak2 tau. kena la matang bila dh jd suami ni. kena adil dan saksama bg semua pihak. semoga rita tabah hadapi dugaan ini..
suka rita.tak suka aidil. bilaaa nak matanggg oiiiiii
harap dptlah selesaikan..kang hentam sana hentam sini,sampai ke sudah tak setel...nak puaskan ati masing2 mmg takkan puas.setelkan ea Rita dan Aidil...
macam macam je kan...harap cepat la selesai kes dorang ni..
kalau dah sama sama tak suka habiskan la cepat2 kes cerai ni.. media pulak menangguk di air yg keruh..lg banyak kenyataan dibuat dalam media lagi teruk jadinya..baik diam saja..
seeloknya mcm tu la. selesai secara baik. Nama kan SUAMI. kenalah belajar jdi matang. Kena tau berdiri atas kaki sendiri. Xperlu ikut telunjuk sape terutama keluarga. Biasa la..lidahkan lagi tergigit.. elok la awt keputusan demi anak2. Pada ML klu dah xnak, elok selesai cara baik. Xperlu buruk2kan masing2 kat public. Wat malu je. esok lusa, sape tau kan JODOH...ko jilat balik?? haaaa...sape nk jawap?!!
tak tau nak kate ape.. doa yg terbaik utk mereka..
mcm² hal la..
semoga ada jalan penyelesain utk mereka berdua..
sian rita ni mcm2 dugaan buat dia...semoga semuanya akan okay :)
ikutkan kesian betul ngan rita ni...tp x tau la...dah nasib dia..perkahwinan x dpt restu fmly aidil...
dua2 anaknya encem kan....
hopefully semuanya ends well....
kesiankan anak2 lah...
mudah-mudahan semuanya akan ok :)
sepatutnya Rita dah boleh menduga tahap kematangan suaminya tu. umur 36 punya pemikiran tak sama le dengan org umur 25 thn. kalau dah cam tu kekdahnya, apa nak di kata?
kadang2 yang terbaik untuk kita .. tak semestinya terbaik di padangan Allah SWT.... jadi kita terima jerlah takdir yang ditentukan..setelah usaha dilakukan... itukan Tawakkal... :) wallah hu alam...
APA NI..KESIANNYA ANAK2..INI KES EGO LA NI..MASING2 TAK NAK KALAH.
Comel2nya anak2 depa, kesian pulak dengan anak2 kecil tu dengan kemelut yang dihadapi. Moga2 dapat settle dengan baik
alhamdulillah. sampai jugak kad raya saya :)
x abih2 kisah diaorg kan..harap ade penyelesaian yg tebaikk
tgok jugak melodi pasal diorg ni:) tak tau la bila nk bkesudahan kn..Harap2 menemui jln pnyelesaian yg terbaik:)
cian mereka kan.. moga tbh..
doakan yang terbaik buat mereka..doa bulan puasa dimakbulkan :)
erm..... memacam lah kan...
Adoiyai bilaa nak selesai.. si suami laa perangai cam tak matured..jerk..
tak brp nak ikut sgt pasal artis cerai berai nih...
susah juga kak kalo masing2 ego dan tak mau mengalah..semoga orang lain pun dapat ikhtibar daripada apa yg kita lihat..
Tak habis2 lg kisah mereka rupanya. Rasanya bila dua2 berdiam diri pasti tak byk isu yg timbul. Tak kiralah siapa betul dan siapa salah. Berdiam diri lebih menampakkan kematangan kedua belah pihak. Cuba tgk artis lain yg berpisah. Bila diorang senyap. Tak byk yg timbul. Wartawan suka cari isu. Sebab mrk kdg perkara jd makin besar. Semoga kisah mereka berakhir dgn baik demi anak2.
p.s: KA dah Email alamat ke? Nak htr kad raya.. ni Email saya ruse_nrk@yahoo.com
ntah bile r nak habis kalau masing2 rase diri sendiri tu paling betul.. hmm.. harap sume akan selesai..
itulah...
keberkatan dalam perkahwinan itu penting..
duit ada..harta ada...tapi keberkatan tiada
aduhaiiiii
tak habis2
tatau nak kate ape.
cuma harap + doa sume selesai nanti :)
Minta carilah jalan terbaik dari saling memburukkan satu sama lain. Malu pada masyarakat, kesiankan anak2.
Rita ni satu je... Dia sangat cantik. Hehehe... Hrap2 dia boleh selesaikan la kemelut rumahtangga mereka. Kena bertolak ansur sebenarnya.
bila la nk habisnya kes diorg ni..ishh..
kena cari jln penyelesaian. kalau tak smp bila nk trs mcm tu kan?
Dlam melodi Rita dah cam pasrah je...kesian gak
kesian kat rita...semoga rita tabah dan sabar...
semoga rita terus tabah..bila dikenang mmg perit dahlah kawin kat songkla n tak direstui..kesian
Harap sangat depa bleh berbaik-baik....sian anak2...
… Unbelievable , but I just found software which can do all hard work promoting your kesumaangsana.blogspot.com website on complete autopilot - building backlinks and getting your website on top of Google and other search engines 1st pages, so your site finally can get laser targeted qualified traffic, and so you can get lot more visitors for your website.
YEP, that’s right, there’s this little known website which shows you how to get to the top 10 of Google and other search engines guaranteed.
I used it and in just 7 days… got floods of traffic to my site...
…Well check out the incredible results for yourself -
http://magic-traffic-software.com
I’m not trying to be rude here, but I believe when you find something that finally works you should share it…
…so that’s what I’m doing today, sharing it with you:
http://magic-traffic-software.com
Take care - your friend Jennifer
Post a Comment