Kalau uols2 semua pernah baca tentang entry2 KA sebelum ini, pasti nak tahu ada lagi ke kesinambungan ceritanyer!. Mana yang tak tahu lagi, kena baca dulu PART 1 & PART 2.
Cerita2 ini sebenarnya berhubung kait. Dan tempatnyer pun sama juga!. Tengah berfikir2 bagaimana nak memulakan cerita.
Ringkaskan ajelah. Hari tu, beberaapa minggu sebelum puasa, En Hubby pergi lagi ke sini untuk membersih2kan kawasan. Yelah, dalam bulan puasa nanti, pasti x mampu nak ke ke kebun selalu. Kebetulan waktu itu, ada jiran KA yang mengadakan kenduri kahwin dan mengundang satu pasukan silat untuk membuat persembahan. Sebaik muzik pencak silat bermula, dan kedengaran sayup2 di kebun, tiba2 En. Hubby terasa bagai ada semacam satu semangat yang cuba menyerap masuk ke dalam tubuh badan beliau. Cepat2 beliau beristigfar beberapa kali dan bertenang sehingga muzik pencak silat itu berakhir. Bila agak tenang, En. Hubby terus bergegas pulang ke rumah.
Malam itu, En. Hubby pun bertanya KA tentang muzik pencak silat yang didengarnya tengahari tadi. Terus beliau ceritakan apa yang terjadi. Sewaktu bercerita, tiba2 En. Hubby semacam menggigil2 menahan sesuatu. Beliau mengatakan seolah2 ada suatu semangat yang cuba menyerap masuk. Terus KA suruh bertenang, beristigfar dan duduk dulu di sofa. Barulah semuanya Ok lepas tu.. Tak taulah apa kaitannyer, sebab En. Hubby pernah belajar ilmu tomoi dan bunyi peralatan muzik silat itu pula ada kaitan dengan persilatan harimau. Sampai hari ini, KA masih tertanya2. Benarkah tempat ini memang masih ada benda2 yang misteri itu. Wallahua'lam.
Apapun, En. Hubby ni jenis orang yang kuat semangat, habis je raya, kebun tu jugalah yang dia jenguk. Niat kita ikhlas, hanya nak berbudi kepada tanah katanyer, InsyaAllah xde apa2!

21 comments:
insyaallah x de apa 2 kan
Alhamdulillah..nasib ndak ada apa2...Kancil boleh rasa tapi ndak boleh nampak..takut juga...ada kawan tu dia nampak dan sentiasa ikut dengan dia...kesian dekat kawan tu
wah...misteri jgk tu KA.hrap ye takde pape la.semangat ap la tu
insyaallah xde apa2....semoga suami ka tetap kuat semangat..
insya Allah tak ape-ape tu..
wah... ini betuul2x misteri ni... tapi tak pelik jika berlaku di dunia yg nyata...
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan perlindungan. Amin.
misterinyaaaa...seram jer bulu roma baca!
i'allah tak de apa apa. selagi kita yakin Allah lebih berkuasa di atas segalanya. Hanya dia yg maha mengetahui.
Nakbuat benda baik, mesti Allah akan lindungi kita. betul tak?
Misteri bunyinya.. mmg kena kuat smgt dan sentiasa beramal mcm ni. Ilmu silat mmg bahaya juga jika dituntut. Pernah dengar cerita2 sebegini sblm ni.. lebih elok jumpa ustaz buat rawatan. Cadangan saya sahaja...
tak pernah lagi saya mengalami kejadian macam ni.. mintak dijauhkan..
ngeri jugak..
Alhamdulillah tak jadi apa2 yang lebih teruk kan... Benda2 cam ni kerap juga kita dengar macam kena rasuk di asrama2 perempuan.....bila muzik tertentu bergabung dengan sesuatu kawasan yang keras memang boleh berlaku.... Penari kuda kepang pun biasa dirasuk ketika menarikan.... Semuanya kehendak Allah :)
meremang bulu roma deknie baca entry KA ni...
Da baca part 1 & 2. Misterinya.. semoga KA & family sentiasa dilindungi Allah..
yakin pada Allah..kadang2 minda kita main peranan penting tau.. :)
Misterinya...seram plak M rasa...
Mujur la suami KA ni kuat semangat. Alhamdulillah tak terjadi apa2.
wuwu.. misteri. keseraman jugak. hehe..
seram jew bunyinya.. mudahan tiada perkara buruk berlaku
heeh apa jadi kalo tak kuat semangat ek..kalo diresap semangat harimau tu jadi camne....teringat plak cerita suhaimi baba tu...lupap lak tajuknya...waris apa ntah..
Insyaallah KA mudahan xder apa yg jadi
Post a Comment