Tabung Masa Depan ...

Monday, August 06, 2012

Nuzul Quran - Pengertiannya

Salam Isnin semua.  Rasanya ada yang bercuti lagi hari ini kan, bersempena dengan cuti Nuzul Quran. Jadi Salam Nuzul Quran juga.  Kalau waktu zaman2 kecik2 dulu, sibuklah cikgu cikgi & ustaz ustazah dok arrange2kan ceramah2 bila tiba Hari Nuzul Quran ni.  KA pown masa tu, dengar jelah, yang penting makan2 tu mestilah ada.  Tapi bila dah dewasa ini, barulah tau cerita sebenarnya disebalik Nuzul Quran ini. So, jom kita kongsi sama2 yek!.  

( google )

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: 

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

7 comments:

NurSalihah Norman said...

thanks for the sharing... Salam Nuzul Al-Quran ^-^

Saya Disini said...

salam nuzul quran

Fahz said...

salam nuzul Quran KA.dan salam ramadhan..semoga kita mendapat keredhaanNYA..insyaAllah.

Anum said...

thanks for sharing

Ujie said...

bagusnya ada cuti khas nuzul quran ni, boleh mengingatkn kita..dah berapa byk ngaji dlm Ramadhan ni?

tapi hakikatnya, cuti khas ni org biasanya guna utk shopping.

wan nurul hezrina said...

salam nuzul quran juga kak

Wanieys said...

thanks sharing KA...nk ucap gak salam nuzul quran :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...