Tabung Masa Depan ...

Friday, August 10, 2012

Patuhi Had Laju Di Musim Perayaan

Salam Jumaat semua. Hari ini bermulalah Ops Sikap sempena musim perayaan hari raya ni.  Bagi KA buatlah banyak mana Ops2 pown, kalau sikap pemandu2 itu sendiri tak mahu berubah maka kemalangan2 yang tidak diingini akan terus terjadi.  Masih relevankah peribahasa " Biar lambat asalkan selamat " ?  Tepuk dahi jawab sendiri ye!

( Dari google )
KUALA LUMPUR: Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km sejam (km/j) dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan 'balik kampung' untuk menyambut Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pengurangan kadar had laju itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos.

Katanya, sehubungan itu had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.

"Langkah ini diambil bagi memberi kesedaran pada orang ramai mengenai keselamatan jalan raya yang mana kelajuan tinggi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan angka kemalangan saban tahun.

Kong berkata, semua kenderaan barangan yang membawa muatan berat bukan bekalan keperluan harian juga dilarang menggunakan lebuh raya di seluruh negara pada 17 dan 18 Ogos serta 25 dan 26 Ogos. Katanya, larangan tersebut dikeluarkan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung masing-masing sebelum dan selepas Aidilfitri.

Sementara itu, beliau berkata, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih didalam peringkat percubaan dan dijangka beroperasi sepenuhnya selewatnya hujungtahun ini.

Katanya, pada masa ini, sistem tersebut telah dibangunkan di 10 lokasi 'blackspot' di seluruh negara dan sedang diuji keberkesanannya sebelum ianya dilaksanakan secara berperingkat.

"Kesemua kamera akan dipasang secara berperingkat dan buat masa ini kitalakukan percubaan terhadap sistem tersebut bagi memastikan pelaksanaannya nanti berjalan lancar dan berfungsi dengan betul".
Beliau berkata, sebagai langkah peringatan kepada pemandu, papan tanda pemberitahuan 'Zon Operasi Kamera' yang mencukupi akan dipasang dalam lingkungandua kilometer daripada lokasi kamera.
Sistem itu yang akan dilaksanakan di 825 kawasan berisiko kemalangan dan kawasan lampu isyarat pada mulanya dijangka dilaksana sepenuhnya di seluruh negara bermula 12 Ogos ini.

SUMBER BERITA

Apapun sentiasa berhati2 di jalanraya!

9 comments:

mamyharraz said...

aduhh tgk pic jem tu dah cukup sesak nafas!

Yana Aina said...

"pandu cermat, jiwa selamat" "ingatlah orang tersayang" sematkanlah dalam jiwa kita sebagai pemandu ^^

Sue-Rya Qistina said...

betul tu. time cuti raya ni xyah la nk bawak kete laju2. bkn nk kejar ape pun kan. hehehe. thanks for sharing kak :D

:: Mrs.Eady :: said...

baikkkk :)

careno said...

apa yg penting.. rancang perjalanan anda... baru la tak tergopoh gapah...

Anum said...

berhati-hati di jalanraya

fazitaismail said...

bila tgok bnyak2 kete tu terus mood raya dtg haha..berhati2 lah dijalan raya yekk)

anisalya said...

jammed betul kah itew?

Wanieys said...

berhati2 dijalan raya...biar lambat asal selamat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...