Mula2 dulu, KA follow juga cerita ni, but dah sampai ke ending2 ni, cam mengarut je jalan cerita dia. Apapun, petang ni kena tengok jugaklah sebab nak tau macammana ending die samada NADIRAMMAR ataupun NADIRABAZLI.
Sedikit Sinopsis Cerita
KEABADIAN CINTA INARA TERSEMADI DI JIWA NADIRA
Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar masih terasa walaupun
insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya
satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira yang
mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang
dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang
istimewa antara Ammar dan Nadira.
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa
disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut.
Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma
jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru
pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang,
Sabah telah membawa seribu satu kisah.
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya,
Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu
Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan
Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar
kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.
Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara?
Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?. Sama2 kita tunggu petang ni yek!
34 comments:
kesian bazli
kesian kat ammar jugak..x tau dpt tgok ke x hari ni sbb berbuka kat luar ngan cik abg...
Sama² kita tengok ☺☺
tak pernah berpeluang tengok betul2 cerita ni, kalau ada jual cdnya bagus jugakkan.. nak tonton kat TONTON pun tak sempat, hehe
mula2 mmg follow.. dh bulan puasa nie xbleh tgk tv tyme berbuka ... huhu (mak marah) hikhik
alaaa...x dpt tgk episod akhir arini..ada iftar kt tempat kerja..esok update ye kak..ngee :p
mmg nurul tak tgk citernie sik tak sempat tgk.merah siklah bukak kartun.huhu
ammar le agaknya
saya suka dia pilih bazli
tak sabar nk tunggu endingnya...
Queen pun sama kak.. mula2 mmg mengikuiti penuh minat lama2 rasa boring sudahnya langsung tak tgk dah.. hari ini cadang nk buka di luar so mmg x tgklah jawabnyer.. nnt akak tlong lah update ye pe ending cerita nie
x tgk. tapi kalo tgk musti kena tunggu sampai ending kan? :)
tak tgok ka
sob.. sob.. satu episod pun tak sempat nonton.
huhuhu saya tak suka nadira! patutnya dua2 dia tak dapat. kejap nak yang neh kejap nak yang tuh. hihihi tetiba emosi kih2
tak sabar nak tgk yag last arini
mmg ngarut gak citer bila dh last2..haha
salam kenal
saya folo
http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/bakal-menjadi-isteri-keduakah.html
wife PM ikut la citer nih kdg2...
Saya tertarik tengok cite nie bile tgk lakonan Rebecca Nur Islam time dia pukul Tiz Zaqiah... Saya suka lakonan dia...
Disini, dimaklumkan bahawa anda telah tersenarai dalam...
BLOGLIST IT'S COMPLICATED PALING GEMPAK DI DUNIA
bru je lepas tgk,uhuhuhu!!!jmput follow kmbali,ye :))
tak sempat nak tengok sebab sibuk kat dapur.
emmmm x faham sgt ending nyer...hehehe
Nadhira akhir sekali kawen ngan bazli , yey !!! Tapi kesian Ammar kan ? wuhuuuu:')
ending mcm haremmm je.. ramai yg folow cite ni
pakat ngomel psl ending tah pape..
sipbaikla sy x folow sgt.. hehe =P
slm ramadhan,
cik ana
kite kejap tengok kejap tak tengok. tengok pun mase balik rumah je.. hee
mula2 jew ikut... lama2.... haaaaaaaaaa bye
M layan kat tonton ja....nak tgk kat tv dah bz nak siapkan juadah iftar
baru tgk kat tonton. entah pape je ending nye.
my sis tengok...tapi saya rasa citer tu mcm mengarut huhu...btw, update jugak ye apa endingnya hihihi...tapi saya sian kat Bazli tu, kasik chancela kat diaaa...lagipun Bazli lagi hot dari Ammar huhu.
sedih aaa cite ni ending tah pape... sobss :'(
best ker citer ni..
tak follow cerita pun puasa2 ni..huhuhuhu..
xde prasaan tgk ending dia smalam
skt hati
hehe
So, cemana endingnya KA? Saya awal2 tak tengok sebab tak berkenan sgt dgn Tiz tu [oppss.. marah peminat dia kang].
Oh baru pertama kali dengar pasal drama ni.
finaly dh habis hihi
Post a Comment