Tabung Masa Depan ...

Tuesday, August 28, 2012

Petua Cara Halau Semut Di Selasa Syawal 10

Salam Syawal ke 10 ye!

Musim2 raya ni, dengan segala benda manis2, pasti ada masalah dengan kerabat2 sang semut nikan. So, boleh cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda hokeyh.



1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Jangan risau, bau asam keping atau bunga cengkih tidak akan menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

2) Siat-siatkan beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, disekeliling meja dan sebagainya.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Satu lagi, bos cina KA kata semburkan aje dengan serbuk lada hitam, mesti semut lari. He He He. Ok, nak settle kerja jap, nanti KA try BW yek............

Cubalah!

36 comments:

Anum said...

good2

Momo said...

saye letak bunge cengkih..tak pun sapu minyak kat ujung meja..hehe

Haryati Faizal said...

tp betullah KA, pas-pas puasa ni semut semua dok beraya, jatuh makann sket je, dah kene kerumun semut. Tiap kalu makan nak kena sapu...jenuh gak...klu tak sapu... abis kaum kerabat dia mai beraya...

Mrs Velentine said...

wah best ni..nnt vle try

kakcik said...

Mak kakcik dulu selalu guna cara nombor 4 tu. :)

Kak Izan said...

waaahh.. petua bagus nie.. akan try sebab kat umah memang pantang.. ader jer semut nak tumpang lalu.. :)

Rinna said...

Bagus laa tips/petua ini.. TQ KA share :)

Masz Sidek said...

petua yg bagus.... boleh di cuba nanti....
sy selalu letak bunga cengkih dan sapukan minyak sekeliling...
yg lain2 tu belum coba...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Nice tips. Like sih..

syiela said...

semut belum menyerang lagi kang kalau dia dtg kena try petua ni..thanks ye :)

Nazayiena said...

Bolehlah cuba petua nie nanti bila bekas gula lupa nak tutup rapat.tq atas petua nie.

eLL said...

bergunanya untuk gula yang baru beli, semut masuk juga dalam plastik. adoiii

bujal X said...

nak petua halau nyamuk~~

Nurul Husna Mohd Hassan said...

petua yang bagus. rumah saya banyak semut, tau la banyak anak dara. hik3

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpernh try lg ni kak.

Mak Wardah said...

Salam KA, petua yang baik...Kat rumah kg akak, air masak biasapun semut suka. take care KA.

wantie said...

memang dok cari petua ni pun. haish.. semut kat umah tu datang dari mana ntah. pantang ada benda manis sikit kerumun je kerja dorang tu.

rasanya petua daun sirih tu mcm ok je kan. sebab daun sirih tak de la melekit mcm minyak. kat umah pun memang ada daun sirih. nanti nak buatlah

are_lin@yu said...

first time ni..baru tau ada caranya..hehe

Rai said...

mak saya selalu guna kekdah cengkih tu.

Dee said...

wah..petua yg bagus sis..thx for sharing..

DekNie said...

thanks utk petua berguna KA tu...

SYANI said...

Nanti nak try petua yang bos cina KA bagi tu la pulak.

:: Mrs.Eady :: said...

good sharing :)

Tinta Lana said...

Assalammualaikum akak.

Apa kabar?sihat? Saya masih dalam mood lemau2 lgi ni,huhuhu.

Aha..petua halau semut ya..dalam bnyk2 tu, sy pernah cuba letak tangkai cili kering. Memang berkesan. Pastu, masa bekerja dikedai roti dulu, bos pernah buat,letak bawang tu. Pun, memang berkesan jugak.

Macam dirumah, kat setiap kaki almari makanan, abah saya letakkan tin yg diisi minyak. Yg ni, memang paling berkesan!

maszmadi said...

erm, kat umah sewa dulu berperang ngan anai2... kat umah baru ni berperang ngan lipas laks... erm, tips alau lipas ada x KA?... hehe

NurSalihah Norman said...

petua yang bagus... thanks :))

mama aryan said...

bagus petua nih..umah saya banyak semut,bole cuba nih

Sue PeLik said...

bagus! rumah sue banyak sungguh semut

kiera'sakura said...

thanks k.a petua nie rumah sewa mmg byk semut yg amat..semut merah lak tue botol air masak pun dihurung nya =.='

Kazman / Sue said...

tapi kalau tetamu datang macam "tentera semut" nak datang beraya kena halau tak???.... haaa3x

faraherda. razalan said...

Sy mmg pantang bab2 semut ni. Umah sy tgkt 4. Itu pun semut ley nek tinggi. Selalunya sy gune cara tak sihat, letak ubat semut kat laluan dia. Mmg cpt mati. Tp ubat tu poison, tak organik lgsg!

Wanieys said...

bagus petua ni kt rumah wani banyak semut hihi

ALoNa CintamaniszLite said...

tonggek betul semut dlm gambar tu..huhu

Si Matatajam said...

Yg cili kering tu M dah pernah buat tp semut tu tak heran la..ha ha..nak cuba bawang la plak..

izz iizza said...

banyak tul tipnya ni..thanks for sharing..:)

kaishin said...

selalunya letak cengkih dgn lada kering tu jer..mmg menjadi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...