Salam Kemerdekaan di pagi Jumaat ini. Berkongsi sedikit cerita tentang Kemerdekaan Negara Kita Malaysia!
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511.
Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara
besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert,
pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang
diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul
12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di
udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi
turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari
kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.
Pengisytiharan
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack
bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan
lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan
semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah
Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.
Upacara Pengisytiharan
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu
iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu
daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Apapun sama2lah kita menjaga kemakmuran Negara kita, dan jangan lupa untuk memerdekakan diri sendiri dari anasir2 yang tak baik yek!. KA sayangkan Negaraku, Malaysia!
( Auto publish sebab Berukband Celcom masih bermasalah )
17 comments:
merdeka, merdeka, merdeka!
ku pilih Malaysia =)
salam kemerdekaan yg ke 55..
selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 55 ! ^^
merdeka! :)
selamat hari kmerdekaan kak..
akak tau x ritu blog akak bila sy buka ada malware dtect..huhu..sedeyyy..tu lama xdtg..huu..nt sy masukkn dlm bloglist balik..
entry gambar raya kita ni..hehe
http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/entry-gambar-qasehraihan-julung2-kali.html
Assalamualaikum Kesuma Angsana,
Selamat menyambut hari merdeka,semoga kita hidup dalam kemakmuran sampai bila2...
Eh tahun ni xde perarakan ke eh? xde plak nmpk iklan dia mana2
Selamat menyambut hari kemerdekaan juga
salam merdeka KA... saya sambut merdeka kat rumah jer
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan...hari nie Akid kasi cuti...hehehe
Selamat Hari Merdeka kak...tak tgk perbarisan ke?
ka g mana merdeka neh?? huhuhu
salam kemerdekaan KA...
Salam Merdeka utk KA...
merdeka! merdeka! merdeka!
merdekakan diri dari perang jiwa....hehe
Selamat Hari Merdeka.. ;)
Moga negara kita makin maju.. ;)
selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-55
salam kemerdekaan KA
Post a Comment