Tabung Masa Depan ...

Monday, August 13, 2012

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal

Salam Ramadan ke 24 hari ini.  Anak bongsu KA dah duk sibuk tanya, bila nak tengok anak bulan syawal ni.  OK, KA kongsi yang ini bagi yang tak tau lagi. ye.
 
( google )
KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.
Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). - BERNAMA

Jangan lupa tunggu dan kalau jadi raya, bolehlah bersorak kuat2 ye! (He He teringat pulak zaman kanak2 KA dulu )

sumber info

InsyaAllah hari ini akan cuba visiting laman kawan2 yek.  Tq sudi singgah! Weekend semalam KA teramat2 busy + celcom bb yang lembap cam sidut sedut.  

12 comments:

Yana Aina said...

tetiap thn yana mmg xsbr nk tgk pcik tue smpaikn khabar raya :)

SURIA AMANDA said...

petang sabtu? ok la tu..semalam suria masak siput sedut masak lemak cili api..

Mrs Lurve said...

kejap je dh nak abis ramadhan...tup2 dh nak tgk anak bulan dah

Sue-Rya Qistina said...

weekend saya pun bz jugak. now msh terasa letihnya. huhuhu. yeay!! dh nak raya. seronok la kan. hehehe

Pokok Manggis Depan Rumah said...

dah nak raya yea.. :-)

Kakzakie said...

Kampung kakak Pontian salah satu tempat melihat anak bulan. Kalau kampung kakak nampak dulu kakak raya dulu tau KA hahaha.... boleh gitu tak?

Wanieys said...

zaman kanak2 dulu umum jer raya esok tu sorak xhengat donia hihi

missha said...

sejak jumaat lepas, missha pun busyyy..huhu

izz iizza said...

anak-anak mesti x sabar tunggu depan tv ni nnti..:)

anisalya said...

zaman sekarang dah tak macam dulu. sekarang ninkalau kalendar kata ahad raya, walaupun tgk anak bulan mmg ahad la raya. zaman saya kecik2 dulu tak mcm tu. mmg ikut anak bulan. mmg kena tggu dpn tv la nak dgr pengumuman. betul kan?

Che Rosliza Che mat said...

tak sabar nak raya..

Si Matatajam said...

Nak kena tunggu pak cik dok atas sofa umumkan kat tv nanti ha ha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...