Tabung Masa Depan ...

Sunday, August 05, 2012

Tip Urus Kewangan Elak Pokai Lepas Raya

1st of all, KA nak mohon maaf sebab no N3 semalam. Banyak sebab antaranya, BB Celcom x berfungsi dengan baik semalam.  Duanya, semalam terpaksa ,bershopping lagi dari pagi hingga ke petang.  Dan balik pulak dah kena siap2kan menu untuk berbuka so memang xde masa nak berblog.  Tq pada kawan2 yang masih sudi jenguk ye.  Ini pun gagahkan juga menaip N3 lepas sahur sementara menanti subuh.
 
KA nak bercerita tentang tips yang ini pula dengan kawan2.  Rasanya sesuai sangat2 untuk kita sama2 ambil perhatian.

BIAR banyak atau sedikit, peruntukan kewangan penting bagi mempersiapkan diri menghadapi Aidilfitri. Pakaian baru, peruntukan duit raya, kos perjalanan pulang ke kampung hinggalah juadah makanan - semuanya menjadi bajet yang perlu diberi perhatian.

Bagi mereka yang berkemampuan, tidak timbul masalah baik sebelum atau selepas hari raya. Namun, bagaimana pula mereka yang tidak berhemah ketika berbelanja atau memiliki tabungan yang cukup selepas cuti raya?

Kebanyakan daripada kita cenderung mengutamakan perbelanjaan menyambut Aidilfitri, bagaimana pula selepas cuti raya?

Itulah sebabnya tabungan amat penting. Tabungan adalah langkah alternatif mengatasi krisis kewangan selepas musim perayaan. Bayangkan andai berlaku kecemasan yang memerlukan kita membelanjakan banyak wang.

Tidak dapat banyak, sedikitpun harus kita menabung... Jadikan ia suatu amalan.

TIP: Belanja berhemah:

    * Senaraikan barang keperluan yang ingin dibeli
    * Letakkan dalam bajet jumlah barangan yang dikehendaki
    * Lakukan penelitian premis yang hendak dikunjungi untuk lebih berjimat
    * Elak menggunakan kad kredit
    * Usah berbelanja ketika perut lapar kerana ini mendorong kita berbelanja lebih
    * Beli barang keperluan secukupnya dan elak pembaziran
    * Pastikan barang yang dibeli mempunyai nilai berpatutan
    * Elak membeli barang diimport sedangkan anda barangan buatan tempatan memiliki kualiti sama

Bagi KA yang penting, bersederhanalah dalam apa jua pun ! Nanti  kalau semuanya OK, KA BW laman kawan2 yek!................Salam.............

Sumber : Berita Harian

25 comments:

::EIDA:: said...

Ida nyer tips. kat ATM sorok! Bwkl keluar duit bila habis raya je.. hikhik

inazamri said...

benda utama kena buat bila soping adalah belanja berhemah.Belanja ikut keperluan.Saya pun soping gak smlm baju anak2.Setiap bulan mmg dah buat potongan gaji utk simpanan tabhung haji so tak risau dengan over bajet dah la.

qasehraihan said...

berjimat cermat amalan mulia..hehe
tunggu gak entry dia smlm..huhu

Aleyn said...

Nice tips...insyaAllah memang beli mana yg perlu jer

rieda_ffya said...

Alhamdulilah...byk besederhana tahun ni...sama2 la kite semua..

~Sweet Honesty~ said...

saya tak berabis d bln syawal ne..buat yg termampu je..

Ummi Iman said...

Biar berjimat asal selamat ;)
Nice tips

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Bagus ni... haaaaaaaa

azievee said...

thank...sharing is caring
x nak berhabisan time raya takut lepas raya semput lak..hahaha

Sue PeLik said...

huhuhuhuhu baguslaaa tips KA neh huhuhu

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam KA..slmt bersoping ya,yg penting keperluan anak2 didahulukn :)

IntaNBerliaN said...

tu la.. mmg kne berhemah dlm berbelanja kan.. lbh2 lg bln 9 ni, gaji lmbat masuk..

paridah said...

nak berbelanja biasalah kena ukur baju di badan sendiri...kalau mampu berbelanja besar ok je..jgn membazir dah...

ckLah @xiiinam said...

Pesanan yang berguna sangat ni.
Selamat meneruskan ibadah puasa ya!p

Wanita2u said...

Nice entry! :) Jemput join Giveaway Ramadhan Special dari Wanita2u.com. :D

http://portalwanita2u.blogspot.com/2012/08/giveaway-ramadhan-special.html#.UB5mvE7Rwis

Woofer Storm said...

tips sesuai tuk orang BOROS macam sy,hehe

slm ramadhan^^

kaishin said...

biar papa asal bergaya..sila jangan amalkan ayat ni hehe

Miss Uya said...

yup.. pas raya pun kena ada saving. untung tahun ni just rayakan anak je. umah still baru. insya-Allah tak pokai..

syiela said...

saya pun beringat kang terlebih budget haru ni...

Kancil 8349 said...

bagus...terima kasih

Mrs Velentine said...

tq 4 sharing

Cik Saila said...

info yg bgs..mmg rugi kalau shopping ikut nafsu ni..huhu

Riri Yoorin said...

betul2

Wanieys said...

mmg kena berbelanja dgn berhemah tkt nanti lepas raya sambung posa sampai gaji masuk pulak bulan 9 haha...tips yg bagus KA

Fakta Unik Aneh said...

keren keren keren :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...