![]() | ||
| ( Google ) |
KA masih nak ucapkan Salam Ramadan untuk semua kawan2 di hari ke 13 kita berpuasa ni !.
Membaca blog2 kawan2, ramai yang bercerita tentang penyakit gastrik, yang sangat2 sinonim dengan bulan puasa. Bukan untuk jadikan alasan untuk tidak berpuasa, tetapi tentang bagaimana sukarnya buat penghidap gastrik ini untuk menghabiskan puasa dalam sehari itu. KA sendiri pown ada gastrik. So, 2 - 3 hari sebelum puasa Ramadan ni, KA dah berlatih puasa dulu untuk tengok sejauh mana kemampuan 'perut' ni bertahan !. Kongsikan juga panduan ini untuk kawan2 ye.
Petik dari sumber : hmetro,.com.my
Perunding Pembedahan Gastrointestin Pusat Perubatan Tropicana, Dr
Kwan Keat Leong pernah berkata, individu yang ada gastrik sepatutnya
boleh berpuasa tanpa sebarang masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan
seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur,
menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.
Selagi mengamalkan corak pemakanan 3-S iaitu sederhana, seimbang dan
sihat, semua orang boleh menjalankan ibadat puasa dengan baik. Antara
panduan umum yang berguna:
- -Melambatkan sahur.
- -Menyegerakan berbuka. Mulakan dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Elak mengambil air manis atau kuih-kuih manis.
- -Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam.
- -Kurangkan makan makanan manis ketika berbuka atau sahur.
- -Banyakkan minum air kosong.
- -Mengelak makan berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam.
- -Melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan.
- -Ambil lauk atau juadah rendah lemak, kurang pedas atau berempah.
- -Elak minum minuman berkafein ketika berbuka. Bagaimanapun, kopi atau teh boleh diambil selepas solat Tarawih, bukan ketika berbuka.
- -Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.
Kalau cara KA, ubat gastrik mesti makan sebelum bersahur. Kena makan juga walau sedikit dan pastikan KA ambil sekurang2nya 3 biji kurma. Air masak mesti minum tau!. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini tiada masalah gastrik. Mungkin berkat bulan ramadan yang mulia inikan.

18 comments:
good tips
Kawan Leha ada sorang yang gastrik, awal2 ramadhan di dah muntah-muntah masa berbuka... ini tips terbaikk utk dia, nanti leha sampai kat dia ehhh... thank you! :)
boleh amal nih..coz sye ade gastrik. huhu. tenkiu sharing info:)
aritu mase saya ikut hubby g kuantan (1st n 2nd day berpuasa) mmg x tahan sgt. tau je la jln g sane cmne. 2-3 kali muntah, pening sgt2, perut sebu n angin. utk elakkan jd lbh teruk, hubby soh berbuka. :(
tq 4 sharing
tq info
bagoz btol blog KA ni...banyak info kesihatan...thanks..
thanks for sharing..sebab i memang penghidap gastrik...
alhamdulillah saya belum pernah kena gastrik.. setakat angin angin biasa je..
alahmdulillah...setakat ni takde la kena gastrik lagi...minta dimudahkan puasa kita semua...amin.
tq info n
gambar tu sgt menarik.
emmm.... tips ni pun bagus.
nice sharing kak...klo sakit tekak ada x?hehe
dear hairy, cer cek kat N3 MY PETUA KA sebelum ini! hehe
thanks sharing kak :)
nurul antara salah satu org yang berpuasa n ada gastrik..now menyusukan anak lagi lagilah naik gastrik kalau makan tak jaga
bgus tips nie..
Sy ade gastrik jugak..time practise puasa plus puasa ganti, gastrik dtg, selalu x jd nak puasa.. Tp bulan ramadhan ni alhamdulillah, masih mampu berpuasa..keberkatan bulan yg mulia ni.. :)
Post a Comment